Cerita Pasal Lelaki : 25 Ciri2 Jejaka Gentleman
Ciri² 1)
Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji,dia tidak akan marah.Jauh sekali membebel. Dia akan senyum dan menegur dgn cara paling sopan n berlapik. (bestnyerrr.. baiknyaa... hehehehe)
Ciri² 2)
Anda menyakitkan hati si dia secara tidak sengaja. Lelaki yang gentleman tidak marah melulu.
Dia meluahkan secara terus-terang. Kalau sudah hilang sabar mungkin dia mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh dengan perempuan hanya membuang masa baginya.
Ciri² 3)
Isiden di tempat makan, lain yang dipesan, lain pula yang dihantar. Namun dia bukanlah orangnya yang suka
membebel dann menjerit-jerit maki hamun budak pelayan. (kannn??)
Ciri² 4)
Sewaktu memandu biarpun ada kereta yang membuat isyarat lampu tinggi mengajak si dia berlumba dia tetap tenang kerana dia tak berminat melayan. (bagusss, orangnya.. kan :D)
Ciri² 5)
Jejaka gentleman kalau membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Humble, down to earth.
(Ai likee.. hehehehe)
Ciri² 6)
Lelaki gentleman tidak akan bercakap ketika nasi atau makanann penuh di dalam mulutnya. Dia juga akan makan dgn mulut tertutup dgn senyap. (setuju!)
Ciri² 7)
Hari hujan lebat dan si dia sangup menjemput anda di tempat kerja betul2 di tempat yang berbumbung.
Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau tiada tempat berbumbung dia akan suruh anda tunggu sementara
memayungkan anda. (auww.. mumantisnyaaa.. (^-^)
Ciri² 8)
Ketika berjalan berdua-duaan, korang terserempak dgn keluarga korang atau pun dia.
Si dia dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah memperlawa mereka menyertai anda berdua. (^-^)
Ciri² 9)
Dia tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah
Jauh sekali bercakap berdentam berdentum macamlah dia ada bisnes di Las Vegas! (hahahaaaaaaa)
Ciri² 10)
Dia tidak akan mencarut kalau ada budak nakal yang pancitkan tayarnya. Dia bertindak wajar dengan memberi amaran atau membawa budak itu berjumpa dengan ibubapanya. (^-^)
Ciri² 11)
Dia tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10tahun.
(hahahaaaaaaa)
Ciri² 12)
Lelaki gentleman tidak akan bersin atau hembus hingus tanpa tisu.Mereka juga tidak akan berludah merata-rata. Lelaki gentleman juga tidak sekali-kali melaras-laras alat sulitnya di khalayak ramai.. (EEEEuuw!)
Ciri² 13)
Dia tahu anda penat kerana seharian berkerja. Kerana itu dia tidak berleter kalau anda timbunkan pinggan mangkuk di sinki semalaman. Dia dengan tenang menyingsing lengan membasuh setakat dia mampu... (waa sayangnya kat abang (^-*)
Ciri² 14)
Anda kelam kabut untuk bersiap di waktu pagi... butang bajunya tercabut..dia terus mengambil jarum dan menjahitnya sendiri tanpa menggangu kita. (bertuaahhh, hehe)
Ciri² 15)
Kalau ada darah haid di cadar, dia tidak marah dan tidak menpersendakan kita tp dia memberitahu dan terus menyalin cadar yang baru. (baekknyaaaaa)
Ciri² 16)
Lelaki gentleman akan menggosaok giginya sekurangnya 2 kali sehari. (^-^)
Ciri² 17)
Lelaki gentleman akan duduk di dalam tandas berjam2 jika pam tersebut tidak boleh di pam.
Dan akan membersihkan sehingga hilang bau, warna dan kotorannya. (^-^)
Ciri² 18)
Kalau dia ingin kentut dan sakit perut... dia tidak akan mengeluarkannya di depan anda.
Malah dia akan hilang secara senyap untk melepaskan gas berjauhan tanpa anda sedari. (^-^)
Ciri² 19)
Kalau dia nampak anda membawa beg shopping atau beg kerja yang berat. Dia akan mempelawakan diri
untuk membawanya tanpa di suruh atau diminta. (^-^)
Ciri² 20)
Walaupun dia duduk bersendirian tanpa anda..dia tidak akan meneguknya dari botol.
Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk di minum. (^-^)
Ciri² 21)
Lelaki gentleman di perlu di ajar yang kita ingin di pujuk dan di beritahu kita sedang merajuk.
Ciri² 22)
Lelaki gentleman tidak akan memotong barisan ketika membayar atau semasa membeli tiket wayang.
Ciri² 23)
Lelaki gentleman jika terpandang wanita seksi atau pandangan yang menjolok mata. Dia tidak akan bersorak
apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia kan memandang gf/isterinya. (^-^)
Ciri² 24)
Kalau kita meminta dia untuk membayarkan untuk kita, dia tidak akan mengambil/songlap duit baki tersebut.
Malah memulangkan setiap sen. (baguss camni (^-^)
Ciri² 25)
Dia tidak akan mengungkit kisah lama anda biarpun dia tahu dan sedar dia bukan yang pertama.
As for him the past is past and now he and you is now and future. Alhamdulillah.. (^-^)
Comments