Mari Dengar Satu Cerita : Gadis Yang Biadap Pertikai Hukum Islam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok
mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi
atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang
tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika
kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua
itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu
dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai
orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat
sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah
menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku
masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis
kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan
orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua
tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu
BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan
hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam
untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si
gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam
malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama
itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi
bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam
.
.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian
tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan
bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang
bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan
Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah,
dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh
majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu
sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan
undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi
ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita,
amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya
sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.
Comments