Perihal Kaum Adam : Tiga Perkara Yang Lelaki Mahukan Dari Teman Wanita Mereka
Menjadi Pendengar Yang Setia
Seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita mereka menjadi seorang pendengar yang setia.
Ingat Perkara Penting
Fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. Lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang ,kuasa dan keseluruhan perkara. Berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.Jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. Lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.
Perhatian Secukupnya
Apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. Mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya.Mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita mereka ingat mereka selalu.
NotakakiHD : Dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan. Semoga dengan tiga perkara ini hubungan anda dengan si dia akan lebih bermakna dan terpelihara :)
Comments