Cerita Pasal Bola : Piala Malaysia - Kelantan Mara ke Final!


~Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang~


Hi, salam..

Lama tak update pasal bola kan.. :) 
Jadi hari ni, saya nak update sikit la pasal bola..
(sebabnya, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia la... hehe *mood gembira* yang akan berlangsung dia Stadium Shah Alam, pada Sabtu nanti, 20hb Okt 2012.

Actually, citer bola ni adalah kemenangan dan cerita gumbira buat seluruh warga Kelantan yang menjadi penyokong terkuat dan setia skuad TRW selama ini. Perlawanan separuh akhir kedua telah berlangsung Jumaat lalu, 12 Okt 2012, juga bertempat di Stadium Shah Alam (SSA) menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) berjaya membenam skuad The Red Giants 2-0, jaringan pemain import dari Lubnan, Muhammad Ghadar pada minit ke 84' yang berjaya mengatasi 3 pemain pertahanan 'gergasi merah' meledakkan sorakan gembira dari penyokong TRW di stadium, di rumah mahupun di seluruh pelosok negara yang menyaksikan siaran secara langsung di siaran Astro Arena (801) ataupun TV1 (101). Ia juga merupakan jaringan terakhir pemain import itu di tahun ini setelah diberi layangan kad kuning kerana mengasari pemain Selangor, Bunyamin menjadikan kad kuning kedua buat dirinya.

Sorakan gembira penyokong skuad TRW bergema lagi di minit terakhir, 93' menerusi masa tambahan kecederaan, hasil jaringan cantik dari  freekick  Mohd Badhri Radzi (atau lebih dikenali dengan nama jolokan  Piya). Aksi Piya yang dimasukkan di separuh masa kedua malam itu, selepas melakukan jaringan- membuka jersinya dan berlari ke sisi padang sambil mempromosikan 'Ajihs Nasi Lemak 80sen yang tertulis di singletnya- telah dihadiahkan kad kuning oleh pengadil .Terdahulu, dia tidak beraksi di separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad ke 4 (SSM1V) 7 Okt lalu.

Sejurus itu, pengadil meniup wisel menandakan tamat perlawanan, seterusnya melahirkan rasa kenangan manis buat semua pemain, pihak pengurusan dan jugak para penyokong TRW. Kelantan mara ke perlawanan akhir secara agregat 3-0, akan menentang skuad ATM yang terlebih dahulu berjaya mara ke final setelah berjaya menewaskan skuad seberang tambak, LionsX11 dalam perlawanan penuh dramatik dengan jaringan penalti 5-4, setelah terikat 1-1 sama di Stadium Jalan Besar, Singapura dan juga sekali lagi terikat jaringan 1-1 sama dia Stadium Selayang pada 11 Okt, Khamis lalu.

Jadi, pertandingan sekali lagi Sabtu ini di antara Kelantan dan ATM dijangka menampilkan pertarungan yang sengit di antara Juara Liga Super 2012, Kelantan dan juara Liga Perdana2012, ATM. Kedua pasukan ini kembali bertemu di final nanti setelah beradu di peringkat kumpulan B di awal pusingan Piala Malaysia ini, di mana kedua-dua pasukan berjaya menjadi juara dan naib juara di peringkat kumpulan. 

Mengikut rekod, kelebihan adalah berpihak kepada Kelantan yang berjaya menewaskan skuad ATM 4-3 di SSMIV dan jaringan 1-1 sama di Stadium Selayang. Namun, pertandingan akhir ini dijangka perit untuk skuad TRW kerana 2 penggempur utama, Farhan dan Ghadar tidak dapat beraksi setelah masing-masing mengumpul dua kad kuning. Oleh itu, taktikal mantap oleh coach Bojan Hodak amatlah didambakan.

Akhir kata, viva TRW! Semoga misi treble berjaya disempurnakan dengan jayanya nanti... Seluruh warga Kelantan menantikan piala treble pada tahun ini. Insya Allah.

Chaiyok! Chaiyok!

Jom layan klip jaringan dan keratan akhbar semalam yang berkaitan :)


Red Warriors Hebat
Berita Harian, 13 Okt 2012

Selangor Merah Padam
Sinar Harian - Edisi Kelantan

Misi 33 GAGAL
Sinar Harian - Edisi Selangor

sedikit sedutan klip malam itu



dan ini dia... seperti yang dijangka
Kerajaan Kelantan pasti mengumumkan Cuti Peristiwa
pada tanggal 21 Okt 2012 (Ahad) nanti, sebagai hadiah kepada penyokong tegar
dan juga harapan berhati-hati sewaktu pulang memandu ke Kelantan nanti..





ok, ok.. ada sikit lagi yang nak dikongsikan di sini
seloka pasca separuh akhir kedua Piala Malaysia
Klate vs Selangor ;)



Ok, kat bawah ni pulak seloka-jenaka- daku dan rakan2
 menjelang separuh akhir kedua.. ngeee
*kredit to fb my lovely preng, jay emsss*


perbualan aku dan anak buah ku Syamil Shahrizal yg merupakan peminat TRW tntg bola malam ni

aku : esok slangor lawan kelantan..kalahlah kelantannnnn
syamil : aku selangor, mu klate, kalohlah klate sok..kalohh kalohhh (dgn kecek klate)
aku : ek eley ko pehal ni sokong slangor lak..kalau tak bergaduh je klu ckp kelantan kalah..haha
Unlike · 




Dalam suka, ada duka...
Oleh itu, kita haruslah sentiasa berpada-pada..
Malam yang sama juga menjadi kenangan akhir hayat
buat arwah Suharto Abdullah, 45 tahun
setelah diserang sakit jantung sewaktu meraikan jaringan pertama TRW.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga tergolong dalam para mukminin. Amin..


NotakakiHD: viva TRW! GKG! Semoga berjaya.
                      Buat para penyokong TRW, berhati2lah dalam percakapan, 
                      jangan dok ber'agah' sangat deh.. Bersederhana sudah...       
                      masih ada 90 min lagi to go... okes wink Lepas konpom 
                      meney gak,  kita  ssuko sungguh la... ko guano.. hehe   grin

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27