Posts

Showing posts from December, 2012

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Bau Kasturi dan Zina

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah yang mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan. Suatu hari dia lewat di jalan-jalan dan seoarang wanita memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah. Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah, maka wanita terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkannya dengan Allah dan azab yang pedih.. Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kat...

Mari Dengar Satu Cerita : Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak membebel juga. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya itu. Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar...

Edisi Jalan-Jalan : Water Rafting di Slim River

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ 22 Dec 2012, Sat. Sepatutnya, hari ni aku pi survey rumah kat Kajang, tapi sebab Jijah (adik Sue) call aku masa  on the way balik dari office tu Jumaat dalam time Maghrib camtu, dia tanya.. "Kak Zie nak join tak office kitorang ada aktiviti water rafting esok, director kitorang tak boleh join last minit.. Akak nak pi tak? percuma jer. opis kitorang dah bayar RM200 sorang, akak cuma kena bayar RM10 jer untuk tol dan minyak.." "Macam menarik.." aku pulak balas.. memang dah lama teringin nak join aktiviti macam ni, tapi kekangan masa, kekangan geng dan of course kekangan kewangan kan.. RM200 nak buat menda2 camni? Banyak lagi kot duit tu boleh aku agih dan peruntukan yang lebih penting.. hehehe... *alasan orang kedekut dan berkira* kuikuikuiii.. So aku cakap nanti aku confirmkan dulu dengan kawan, ubah tarikh tengok rumah.. so bersetuju la aku join aktiviti lasak water rafting ittew... See, last minit pu...

Novel : Kemelut Kasih - Part 8

Image
~ EighT~ Bab 8           "Charina Shafini , ada orang nak jumpa di bawah sekarang….," terdengar laungan dari seorang siswi dari tingkat bawah. Charina yang sedang enak menonton siaran drama bersiri kantonis Cina itu tersentak apabila mendengar namanya dilaungkan. Dia bergegas mendaki anak tangga menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat dua untuk mengenakan baju yang lebih kemas dan membetulkan keadaan dirinya sebelum bertemu tetamunya itu. Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya itu, dia melangkah turun ke foyer blok.         Charina menduga Farid yang ingin menemuinya memandangkan dia sering ke mari menemuinya, meskipun kadang kalanya tanpa sebarang sebab, hanya sekadar untuk melepas rindu, begitulah alasan yang sering Farid utarakan apabila dia melarang Farid dari berkunjung menemuinya di KOSASS ini. "Tak manis," begitulah alasan dari pihak Charina pula apabila Farid meminta sebab kenapa dia dilarang ke ma...

Ceritera Kenduri : Eca dah kawenn! + Kenduri Ayo's (adik Lyana)

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang~ Hi selamat pagi kenkawan... ^_^ *mood rajin tetiba hapdet belog, kekekekk...* 17 Nov'12 - Sat Ayo's Weds @ Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya Ok, citer ke Cameron sudah, now nak hapdet kenduri pulak la.. Seminggu sebelum ke Cameron, kami attend 2 wedding. 17 Nov tu adalah majlis adik Lyana (one of my best ies ), family dia sume pun dah kenal aku.. dari mak, ayah, adik beradik, mak pak m enakan sepupu sepapat.. kekekek... merangkap foster family la jugak kot eks... Last jumpa Mama (aku panggey Mama) masa pi Hadyai bulan 3 aritu kot... First nampak muka aku, merepek dia.. aiyakkk... *icon jelir2 notty*  Busy la Mama, aku cakap, dia cakap dulu busy gak, boleh jer selalu datang and jumpa... uh uh uh.... *dulu lain sekarang lain Ma.. tapi hanya dalam hati.. kekekeek* Tapi aku hanya senyum jer la kat Mama, sambil peluk2 manja.. sorry Mama... ^_^ Lyana mesej and wasap,  seminggu sebelum tu ...