Ceritera Kenduri : Eca dah kawenn! + Kenduri Ayo's (adik Lyana)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang~
Hi selamat pagi kenkawan... ^_^
*mood rajin tetiba hapdet belog, kekekekk...*
17 Nov'12 - Sat
Ayo's Weds @ Dewan Gemilang Felda, Kelana Jaya
Ok, citer ke Cameron sudah, now nak hapdet kenduri pulak la..
Seminggu sebelum ke Cameron, kami attend 2 wedding. 17 Nov tu
adalah majlis adik Lyana (one of my besties), family dia sume pun dah kenal aku.. dari mak, ayah, adik beradik, mak pak menakan sepupu sepapat.. kekekek... merangkap foster family la jugak kot eks... Last jumpa Mama (aku panggey Mama) masa pi Hadyai bulan 3 aritu kot... First nampak muka aku, merepek dia.. aiyakkk... *icon jelir2 notty* Busy la Mama, aku cakap, dia cakap dulu busy gak, boleh jer selalu datang and jumpa... uh uh uh.... *dulu lain sekarang lain Ma.. tapi hanya dalam hati.. kekekeek* Tapi aku hanya senyum jer la kat Mama, sambil peluk2 manja.. sorry Mama... ^_^
Lyana mesej and wasap, seminggu sebelum tu "ko datang awal tau.. ko kan family.." hehehe gelak dia.. Aku yang memang sporting dan easy going kalau takde menda ni jawab, OK jer... ko nak mekap tak? ngan Aiem.. aku cakap lagi OK jer, no hal... So bila dah Jumaat tu, Lyana wasap again... pastu call... Aku cakap, aku nak ajak Wanie (adik aku) ngan Mc Ja (kawan aku - cikgu dari Bintulu Sarawak, biasa sebelum balik Kemaman, Tranung, dia selalu menyinggah di rumahku dahulu), ok tak? Lyana kata OK. So ok la... dari dorang boring kat rumah, aku ajak la depa kan..
Kami gerak ke Dewan Gemilang FELDA, Kelana Jaya lepas Asar. Pertengahan jalan Lyana mesej, and pastu Aiem call. Aiem dah sampai sana.. aku orang pertama dia nak mekap, tsk tsskk... Jem pulak di Bandar Kinrara taim tu.. tapi selepas itu masuk LDP terus shoot ke Kelana Jaya, tak sampai 15 minit dah sampai. Call Aiem, dia soh masuk bilik mekap dan persalinan dulu. Naik lif ke tingkat 2, kata Aiem, pastu naik tangga lagi satu tingkat. OK, so aku ajak depa naik lif. (Note tambah : lepas tengok Walimatulurus Apek n Leuniey 3 episod baru ni kat Astro RIA, aku baru tau Aiem ni pun yang jadi tukang mekap depa sepanjang majlis... woohhoohoo.. merasa ai mekap retis ni eks.. hehehe) ^_^
Hehehe.. kejadian kelakar aku hari tu, masa nak naik lif, pintu terbuka.. Sepasang pengantin yang majlis tengahari tu ada dalam lif, berbaju sepasang kaler grey.. Kepala intai2 keluar tengok sapa ntah.. so kitorang masuk dan pasangan pengantin dan sorang pengiring lelaki nak keluar. Kami masuk lif. Aku terpijak kain leret pengantin perempuan, hahahaa... sapa soh kain panjang sangat? Sian pengantin pompuan tu tertarik-tarik.. aku plak tak sedar memula tu.. huhuhu.. sori yer cik pengantin... hehehe..
Tak lama kemudian Lyana, Kak Long, Abang Din (abang ipar Lyana) dan Qalessya (anak menakan Lyana) sampai. Aiem pun naik, so bermula proses mekap bermula. Me the very first... pastu Wanie pun nak mekap gak... Mc Ja dalam dua... nak tengok dulu katanya.. Lyana is the 3rd.. dan seterusnya sorang sorang sorang Aiem mekapkan.. nak tersandar dia.. hehehe. ikut bilangan, 8/9 orang. At last, Mc Ja berjaya juga dimekapkan.. -sebab takde dalam list and planning kan - sebelum Cik Nor (mak sedara Lyana).
Pas mekap2, kami makan dulu.. pastu kuar masuk kuar masuk bilik persalinan paling havoc aku rasa. Aiem pun cakap, yerr... Pengalaman dia ini jugak bilik paling havoc, haha.. Pastu, Mama mintak tolong kami kami tolong atur bunga pahar sket, dan pastu kami kami pun menjadi gadis reception la... haha... Kasik cenderamata je alang2 dah kena mekap kan...
Ni sebarang beberapa ketui gambar hari tu
sebelum bertukarrrrr!!
selepas bertukarrrr!! ekekkeke..
Me & my besties, Lyana
pasangan pengantin - Ayo aka Azrul & Lydia-
Wanie menjalankan tugas dengan jayanya, hehehe
sempat snap pics dengan Shaheizy Sam
yang hadir memeriahkan majlis
dengan abam-abam pancaragam pulis ni pon amekk la jugak
dorang yang mula2 sekali amek gambor ngan Sam lepas Sam pi salam2 depa..
ekekekekee....
Suasana havoc dalam bilik persalinan
Ini aku snap masa kenduri siang hari tu belum habis
tengah kemas-kemas.. yang preparation dorang dan hiasan majlis Ayo&Lydia
ni aku tak snap plak.. hehehe
18 Nov'12 - Sun
Ecah dah kawennn!!
@ Dewan Gemalasari Risda, Jalan Ampang
Yippiee....!!!
Ecah ini merupakan rakan internet atau lebih tepat lagi rakan forum.
Rakan yang hanya kenal di forum! - bebebebeberapa tahun dulu- *sebab dah tak ingat bape lama dah la ni kan, kekekek* tapi menjadi kawan yang rapat di luar. Begitu juga dengan ikatan perkenalan ku dengan rakan2 karibku sekarang - Ema, JM, PJ- atau sekarang kami memanggil nama Rahi, Shahi atau Fazi (kependekan nama masing2, Rahimah, Noor Shahima dan Fazilah), and me Ruzi from Ruzilah.. hehe.
Waktu kenal masing2 ni semua masih muda belia.. muda remaja riang ria.. riang berposting sana sini,, bergelak gurau menyakat sakan di talian maya... Semua ada di sana... kalah astro ni, haha* Kisah hantu jerangkung, gossip artis, isu semasa, persoalan hati dan perasaan, mahupun dewan politikus.. Boleh sembang apa saja.. asalkan rajin dan ada masa la kan... kadang2 masa tgh aktif tu sanggup curi masa pun, kehkehkehh... Seringkali dah berhubung di dunia maya, kami berhubung di dunia realiti pulaks... Ada gathering kecil atau jumpa2 in between. Segala aktiviti ada - makan2, boling, futsal, badminton, outing... Macam2 pendek kata... Ecah taim tu masih belajar di negeri matahari terbit. berhubung melalui talian forum, mainly.. Sesekali balik, ada kesempatan kami akan berkumpul dan berjumpa.. Kemudiannya dikembangkan ke talian YM *yang taim tu tengah hot dan in* conf sana sini.. Sambil buat keje pun YM on, pastu tetiba bunyi ketukan, boss kadang2 tanya.. siapa? - sebab pc ada speaker kan, aku senyum dan cakap, takde sapa boss...hahahaha... itu kisah bertahun tahun dahulu...
Ok, back to topik! Dia yang taim tu menggunakan nick Esah Gonjeng-gonjeng.. dan beberapa nick lagi la.. dan lebih mesra disapa sebagai Esah.. lama2 jadik Eca, aku menggunakan nick honeydew kemudian lebih mesra disapa sebagai dew/hani (honey pun ada.. tapi jadik lain maksudnya plak kan, haruu.. hahahahaa), Fazilah (aka PJ - katanya Paya Jaras-tempat tinggalnya, hehe), Shahima (aka JM-from first nick Jelingan Manja), and Rahimah as eMa from nick eMarissa. Taim tu senarai panjang umpama gerabak keretapi, namun sekarang seiring perubahan masa, kumpulan makin mengecil dan pendek mengikut arus status masing-masing yang tak lagi bebas dan mudah seperti dulu - terikat dengan komitmen alam yang Esah alami sekarang la kan, hehehehe... *Now, we 4 are bestiesss BFF*
Ok stop pasal imbas kembali. Back to topik lagi..
So, now, minggu lepas adik dah kawen dulu.. Esah dah kawenn!!
Dah melangkau beberapa kakak2 dia... wuuuu.. nak wat camane kan... jalan hidup masing-masing ^_^
Kata Esah, kamilah kakak-kakak yang ada di sisi taim dia di Jepun nun... taim dia up and down dengan beberapa hubungan.. taim bergelut dengan peperiksaan.. and such such such lagi..
Yang kelakarnya si Eca ni, nama sebenar sangat sedap diberi, Akmaliyana.. ada pernah suarakan nak tukar nama pada Esah?? boleh bayangkan tak? ahahahaa... atau Aishah... sampaikan aku perasan aku perasan hasben dia pun panggey dia Eca.. tskk tsskkk tsskkkk... kelakar la Esah ni.. nama dah sedap sangat dik oii... Dia juga merupakan peminat TRW tegar.. sanggup sms atau inbox tanya berapa score kalau dia ada kat luar tu, dan bukan berada depan TV. Kami ni asal satu negeri. Tapi dia membesar di sini. Family dah berkurun stay di Ampang sinun.
Satu kejadian paling kelakar aku rasa, masa tu adalah kejadian di tahun nan lepas, sempena perlawanan Final Piala FA antara Kelantan dan Terengganu. Kami tak dapat ke stadium SNBJ taim tu sebab esoknya pulak aku dan another group of friends nak bercuti ke Phuket. Penerbangan kami di Subuh hari. Punya semangat dia taim tu, sampai up status kat FB... lepas tu ada satu sedara mara Eca aku agak cakap "Kak oii.. ingat sikit, awak tu IC 11" Aku terus gelak dan tanya, "Betul ke Ca? "dia jawab "Eh eh.. Lupaaa.. haah, masa tu Ma pi beraya umah sedara belah sana, terus terberanak kat sana" aku sikit punya gelak.... kelakar sangat si Esah ni taww... hahahahaa.. Namun akhirnya, dalam Final FA 2011 nan lalu, TRW tewas di tangan Terengganu.. wuuuuu...
Semangat TRW memang sejati la Eca ni.. tabik spring aku... Sebelum kawen aritu, sebelum majlis dia ada wasap ajak aku pi tengok Semi Final di SSA, namun sebab tak sihat, aku tolak. Akhirnya dia pi sorang diri, tssskk... tabekkkkk Ca!!
Owhh.. sesi imbas kembali lagi rupanya.. theheehehehee... *icon gelak bibir bergetar*
Ok, nak jugak cakap di sini, yang kelakarnya bila aku attend majlis kenduri Eca ni,
tengok tengok baju Zati atau nama kat forum ~honeymucuk~ sama daa ngan baju aku pakai
semalam kat Majlis Ayo semalam, tsk tsk tsskk... sungguh kebetulan.. Mujur kebetulan tak pakai sama hari tu je.. kalo taakk... wahahahahaaaa...
Ok la, we stop for now.. so layan saja la gambau-gambau di bawah sini..
Selamat pengantin Baru, Ca & Alan
Semoga berbahagia ke akhir hayatssss
Pasangan pegantin baru ~Eca dan Alan Baik/ Akmaliyana & Azlan~
belum ada gambo eloks.. nanti ada ai tepek lagi naaa
dengan sebilangan kawan2 forum except Cik/Mc Ja- which is one of my besties
yang aku dah ajak dia join jumpa depa-depa ini.. tehehehe
NotakakiHD : Semoga berbahagia semua, adik-adik2 kuhh... Doakan jugak kakak-kakakmu ini yer... ekekekeke....
Comments