Edisi Jalan- Jalan : Entry Tertunda : Kampung Kuantan, Kuala Selangor


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Date Jalan-Jalan : 23 Mar'13, Saturday.


Kami berempat, Aku, Shahi, Rahi dan Azie telah berkunjung ke Kampung Kuantan di Kuala Selangor.
Ekceli, aku yang nak ke sana, mereka hanya mengikut... Rahimah yang dah berkunjung kali ke 2/3, tetap sudi ikut kehendak rakannya yang nak tengok kelip-kelip di tepian sungai ni.. ^_^ (ni kes terpengaruh dari novel Anis Ayuni- Kau Kekasihku & Beautiful Asmara (Aina Emir) la ni.. hahahaa.. so nak merasai sendiri keindahan cahaya2 kelip-kelip sang kunang-kunang the fireflies itu. Cantikkk sangat.. Umpama pokok Xmas yang bersinaran di malam hari..

Kami bergerak dari Kg. Medan (umah Shahi) agak lewat -sebaik sahaja selepas Maghrib. Di siang harinya, kawan kami Rahimah aka Ema ni amaattt la busy nya.. Azie pulak half day keje. Janji nak gerak after Asar, at last yang nyata is after Maghrib. Takpe, jadi la... dalam masa lebih kurang sejam, melalui Bukit Jelutong, Puncak Alam dan seterusnya melepasi Sg. Buloh dan memasuki Kuala Selangor. Tiba di parking Kg. Kuantan itself dalam 830 malam. Agak banyak kereta dan 2 buah bas yang membawa pelancong. Ketika kami sampai, hujan baru reda, dan kawasan parking masih kebasahan.

Kami terus menuju ke tempat bayaran, membayar untuk satu sampan. Satu sampan hanya boleh dibenarkan seramai 4 orang sahaja, dengan bayaran RM50/ sampan. Ngam ngam kami pun berempat sahaja. Shahima membayar dahulu RM 50, dan kami diberi 4 tiket berserta 4 air minuman. Kami terus berjalan ke pelantar. Sempat meninjau sekitar pelantar dan air sungai di kegelapan malam suram baru reda dari hujan. Diberikan jaket keselamatan seorang satu. Tidak lama menunggu, kami turun ke bawah berhati-hati meniti tangga yang agak tinggi. Suasana agak kelam dan sejuk. Bising bunyi mulut masing2 berempat yang agak becok, hahaha... Aku plus excited la kan... Dah lama idam nak pergi sini ni.. Tetiba ajak dan berborak malam sebelum itu-sewaktu ke Hospital Sg. Buloh melawat ayah seorang lagi kawan kami-Fazilah- mereka ON saja.. so here we are.. on the spot planning, akhirnya kami sampai jugak di Kampung Kuantan itu..

Kemudian kami berhati-hati menaiki sampan seorang demi seorang. Dibawa mengelilingi  sungai dan menjejak pohon2 bakau di tepian sungai yang penuh bercahaya oleh serangga terbang yang bercahaya cantik itu. Masing-masing "canteknyaaaa... canteknyaaaa..." macam nak naik dan pegang jer satu persatu binatang kelip2 ni... pastu makan2 and telan.. Loll....

Bak kata abang pengemudi sampan, malam itu cahaya bulan agak terang.. Jika datang di waktu malam yang gelap, lebih indah pemandangannya... Kami menyelusuri sampan dari satu pokok bakau, ke satu pokok yang lain.. Aku perasan, Shahima yang berada di sebelahku ini dari tadi lagi udah kejung badannya... mulut yang biasa becok tetiba senyap sekejap.. Tapi aku biarkan sebab nak menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ni... Bila Abang pengemudi boat berhenti dan memasuki ke salah satu pohon bakau di situ.. Dia benarkan aku bangun dan mengambil seekor kelip-kelip yang paling dekat dengan sampan kami. Aku excited bangun dan menangkapnya.. Sekali tangkapan seekor sudah berada dalam genggamanku.. Si Shahima yang tadi kejung excited jugak.. Aku berikan pula pada Azie dan Ema yang berada di bahagian belakang sampan. Selepas beberapa ketika, kami lepaskan kembali kelip-kelip sang kunang-kunang the firelies itu...

Selepas hampir setengah jam, kami kembali ke jeti. Bila dah sampai jeti, Azie pulak tetiba bukak cerita, biasa kalau dalam sungai yang banyak kunang2.. ada buaya.. langsung melompat Si Shahima.. Dah la dia memang takutkan air.. Nasib baik berani2kan diri ikut naik juga tadi.. ikutkan kawan dia nan sorang ni la... Haha.. Rahimah pun istighfar panjang... Aku pulak? biasa jer, sebab pada aku selamatlah kot kan? Kalau tak dah takde dowh Kg Kuantan ni.. dah tak digazet as salah satu visiting place la kot?? sebab sume dah habis di baham sang croco tu.. hehehehee.... cabul dak mulut aku? Aduss... tak tak.. itu aku fikir logik sendiri la.. Pastu, kami naik ke pelantar tengok, ramaiinyaaaaa ummat menunggu turn. Penuh pelantar hingga ke luar. Seb baik kami tercepat sampai tadi.

Kemudian, kami beredar dari situ, dan menghala ke Jeram untuk sesi mengisi perut pulak. Urm, malam itu banyak makanan sudah habis.. so mengorder la apa yang ada... Komenku pada makanan kami malam itu is kurenggg... Selepas makan, kami singgah di tepian pantai di kegelapan malam borak2 dalam setengah jam.... Selepas itu, bila waktu sudah menunjukkan ke angka 12 malam, kami beredar. Kami kembali ke Kg. Medan menghantar Shahima & paking kereta Rahimah... Kemudian masing2 membalikkan diri dirumah masing2... Dekat kul 2am sampai la di rumah..

Tima kasih kenkawan sebab kesempatan ke Kg. Kuantan ini..
Luv u ols... ^_^













Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27