Edisi Jalan-Jalan : Penang Kami Datang ^_^



Entry tertunda : Date ,  6-7 July'13

Yippie! akhirnya berjaya jugak kami ke Penang!

Seperti biasa, on da spot planning! Plan sehari sebelum, actually pagi 5 July, which is hari Jumaat pagi baru confirm, malam tu jalan.. Dari plan dan janji dah berapa lama, nak tunggu time masing-masing free.. memang la payah... So, trip jenjalan ke Penang ni hanyalah kami bertiga sahaja - Ruzi, Shahi dan Rahi. Fazi tak boleh la sebab kena la dapat keizinan inche hasben dulu kalo boleh khann... Tapi, sebab kena bermalam.. takkan Inche Afiq nak bagi kebenaran plak.. melainkan kami ajak dia join skali... dan sebilik... gilo? aaahahahaaha... dengan kata lain dan bahasa halusnya, cannot la... huhuh.. hukhuk!

Pagi Jumaat tu, Shahi baru confirm. So on plan.

Actually lagi, seminggu sebelum, Shahima aka JM, menyuarakan nak berjalan-jalan ke Taman Buaya di Melaka sebelum puasa. Suka nau nak menengok buaya tu.. Aku yang dah ke Melaka masa attend kenduri kawen Ee, rakan serumah taim matriks dulu Feb lalu tak kisah ON jer... jalan balik hari jer kan.. Bila disuarakan ke Penang, plan kami dari setahun dan 2 tahun yang lepas.. katanya bajet tinggi.. Lagi pula, Rahi(mah) kena outstation ke Parit Buntar, dan Fazi(lah) pula katanya ada kenduri kat umah abang ipar minggu tu... So plannya habis dan senyap macam tu ajer, not yet resolve..

Akhirnya, tetiba di suatu tengahari yang hening di 4 July (tak silap), Rahi whatsapp kami dan habaq ada offer menarik.. Boss dia benarkan dia bercuti bersama kami dan siap huluq bantuan lagi ttuu... Penginapan dan makan2 adalah ditaja.. Kami hanya perlu minyak, tol dan shopping sendirik... Offer menarik, apalagi kan... Stujuk je la, kihkihkih... Bukan sonang nak terima offer nan menariks ini... kan, kann  *ngeeeeeeeee*

So, pada Jumaat (5 July) tu, Shahima kerja halfday jer.. tengahari dia pi servis kete.. terpaksa tukar dua tayar depan, huhu.. Aku sharp on 530pm terus balik, sampai rumah dah dekat2 kul 7 pm, terus kemas-kemas baju2 yang nak dibawa.. kemas umah dan mandi manda then solat terus bersiap... Dah la keje kat opis tadi non-stop, banyak keroje huhu... Seb baik Wanie dah seminggu di rumah Ana. So rumah kosong. Mengikut rancangan awal, Shahi nak datang pick up aku pukul 8 malam.. menjelang 8.45 malam baru dia sampai dek kerna jammed!! Biasa la.. hari Jumaat lagi pulak kan... So almost 9 malam, kami memulakan perjalanan ke Parit Buntaq...

Sesampai di Parit Buntar, di Ritz Kapitol Hotel lebih kurang pukul 12.30 malam, dengan 2 kali berhenti. Isi minyak sekali, dan ease ourselves sekali di RTC Gopeng. Kami exit di tol Parit Buntar dan mengikut jalan yang dipandukan dak Rahi kat whatsapp. Cantiknyaa bilik tuu... Konsep bali. Ai likee.....!!  Kami borak2 dan hampir 330 pagi baru masing-masing lena.

Pagi, kami bangun tapi masih bermalas-malas atas katil... Kemudiannya menjelang tengahari baru masing-masing bersiap untuk check out. Nak ke Penang la pulak kan... ^_^ Kami breakfast di Oldtown di pekan Parit Buntar dulu. Sebelum tu, semasa on the way ke Oldtown, Rahi tetiba sedar 2nd phone dia tertinggal di bilik hotel. So kami berpatah balik (tak la jauh sangat) dan amek h/p dia terlebih dahulu, dan kembali ke Oldtown. Konon nak breakfast, tapi dah menjelang tengahari.. makanya consider BRUNCH (Breakfast-Lunch) lah jadiknya. Aku makan Ipoh Hor Fun Mee, manakala Shahi dan Rahi makan nasik lemak, dengan hazelnut oldtown white coffee. Sambil makan, boss Rahi datang.. Kemudian kami mintak diri nak gerak ke Penang.

Nak dijadikan cerita, Shahi start kete dia.. tak boleh pulak.. 2 3 kali cuba, sama langsung tak hidup. Kawan yang bersama boss Rahi datang tengok.. Bateri kong katanya. So kena la tukar bateri. Nasib baik workshop jual bateri 2 pintu jer kat sebelah Oldtown tu. So, kami terus ke sana dan Uncle tu kasik RM220 - sel kering. Nak tak nak memang la kena beli jugak kan. Mintak mintak kurang pun tak dapat, sebab cakapnya dah murah.. sebab asal harga RM285, dah tolak diskaun RM15, kemudian tolak lagi RM50 sebab 'bukak kedai'. Waktu berjalan balik ke kereta, aku nampak boss Rahi bisik something kat dia.. Rupanya dia soh top up RM100 kat Shahi untuk batery tu.. baiknyaaa bossss..... owh owh my...

Ok, nak dijadikan lagi satu cerita, waktu pekerja-pekerja workshop tu test bateri, dorang suruh hidupkan enjin. Sekali tak boleh pulak. Auto lock! Dengan kunci di dalam!! Aiyoh.... What happen...?? Dalam kelam kabut tadi, tak seorang yang ingat untuk amek kunci kereta Shahima tu... Satu hal pulak... Di tengah panas di waktu pukul 12 pm ++ tu, masing2 gigih mencuba bukak autolock Persona Shahima tapi tak berjaya! Uncle workshop pergi ambil pembaris besi yang panjang juga, tak berjaya... hampir setengah jam mencuba.. langsung tak tunjuk tanda2 pintu bakal terbukak dan lock berjaya dibuka. 

Cubaan dan kaedah cuba jaya itu mendapat perhatian beberapa orang tempatan yang cuba membantu. Ada kereta berhenti, ada jugak van berhenti. Tapi dorang cakap kalau autolock yang dari sisi/dalam, memang susah nak bukak.. Kalau autolock yang kunci tu dari atas (kereta2 lama), senang sikit... Kebetulan, ada sorang staff  yang memakai kemeja PROTON ke Oldtown tu, so kami dapatkan contact number technician yang berkemungkinan membantu kes ni. Tapi tak sure juga sebab dia dari Bagan. Staff tu terpaksa berlalu kerana ada hal. So kami contact la 2 number yang diberi. Bila contact, cannot be on time sebab jauh dan akan confirm balik. Kami menghubungi pulak hotline PROTON, pun dah lepas masa office yang setengah hari. So mereka akan contact balik.

Dalam masa yang sama, Uncle bengkel ada contact one guy dari kedai alat ganti kereta. At last, selepas sejam lebih mencuba dan menunggu, dalam masa 5 ke 10 minit masalah berjaya! dan autolock berjaya dibuka. Lega kami semua.... hebakk! hebakkk! *two thumbs up*  Upah dibayar sebanyak RM20. So kerja-kerja penukaran bateri disambung kembali. Masa tu, muka masing-masing dah macam hapaaa jer. Panas jangan cakap. Melekit! Berpeluh!


Masa dah menjelang ke pukul 3 petang, Rahi bitau, boss nasihatkan jangan ke Penang kalau boleh. Ketinggalan h/p di bilik hotel.. Bateri tetiba kong, dan autolock & tertinggal kunci di dalam yang tak diduga, katanya tak faham lagi keeee?? Itu belum tahu pasal penukaran kedua tayar kereta yang baru masuk tahun kedua semalam sebelum datang tu... Wuuuuu.... Di tambah pulak dengan aras air pasang di Penang sehari dua sebelum itu. Macam2 pesanan dari kenkawan lain agar hati2 bila tau kami nak ke Penang ni..

Kami termangu seketika. Nak ubah plan pulak ke ni? Datang sejauh dari KL, tetiba takleh pi.. huhuhu... dah sedih dan ralat dah rasa ni... Dah la bertahun tunggu nak sampai Penang.. (Ini 2nd time aku ke Penang). Dulu aku ke USM attend pentauliahan adik aku Ana as Leftenan Muda or Young Officer masa dia kt UM dulu. Pentauliahan dia dibuat di USM waktu tu. Kebetulan pulak masa tu, arwah datuk baru 2 hari meninggal. So dari KB kami shoot terus ke Penang. Lepas tu aku terus dihantar ke stesen bas untuk balik KL, while mak ayah balik KB- tak dan nak jenjalan la masa tu- 

Tapi, ya la.. fikir logik kena ada pro and cons jugak.. So, kami kena la pikirkan next plan.. takkan nak balik KL kot? atau paling tak ke Bukit Merah jer? hu hu huuuuu.... Fikir dah nak kena call and booked bilik... Tapi, what ever kami akan ke Penang jugak sebentar untuk menukar handbag merah Rahimah baru beli semalam di Queenssbay Mall yang ada sedikit error dan ralat. So, plan.. lepas tukar jalan sekejap, balik Parit Buntaq semula atau langsung ke Bukit Merah.

Jadinya, setelah beberapa ujian tu, Shahi agak berkecamuk, dan aku take turn drive to Penang melalui Butterworth. Eh eh, tetiba ai dah drive atas Jambatan Pulau Pinang la... Tak sangkanya akuuu.. kekeke... Kemudian, dan dan tu aku teringatkan satu lagu yang darjah 4 - first lagu diajar untuk silibus main rekoder- lagu bertajuk : Jambatan Pulau Pinang. Aku terus nyanyi sambil drive kat atas Penang Bridge tu (kehkeh), budak budak berdua ni tergelak-gelak dan cakap, langsung tak ingat lagu tu.. Ish ish ishhh.. Biar betul. Takkan aku sorang jer kot yang ingat ni? Aku siap ingat setiap kata lirik lagi tau.. dengan sedikit note note untuk main rekorder *ngeeeeeeee* (hebat tak ingatan aku) ngeeee lagiiii

So, bila dah sampai Penang, dalam tak tau tu.. Nak menuju ke Queensbay Mall, kami dah terlepas dan terus menuju Batu Ferringhi. Round-round tengok dan lihat kawasan sepanjang pesisir pantai tu. Cantik! Sempat  jugak berhenti makan rojak dan minum cendol nangka & durian. Kemudian patah balik town menuju ke Queensbay Mall. Sebelum masuk, terpandang satu pemandangan indah kat pesisir Queensbay seaside. Meriah sangat dengan jejeran dan deretan van menjual makanan & orang yang ramai menikmati hidangan. Dengan pemandangan laut yang cantik menghala ke Pulau Jerjak. So lepas menukar beg Rahi (aku sempat angkut jam tangan satow, kuikui ( ^_^ ) kami singgah di Queensbay seaside, dan mengorder laksa dan bihun sup. 

Sambil-sambil tu, tengah fikir.. nak bermalam kat mana ni. Hotel tak book lagi, nak patah balik Parit Buntar, macam dah lewat pulak. Sambil makan kami call EQ Hotel yang sudah kami tempah sewaktu pencarian di bilik hotel di Parit Buntar  tadi. Sewaktu menelefon pagi tadi, kebanyakan hotel sudah PENUH! Uishhh... dah dapat satu bilik, tapi terlepas waktu check in pula dek kerna masalah teknikal di tengahari tadi. So, kami gamble call EQ Hotel balik. Luckily, bilik yang kami tempah siang tadi masih available! Phewwww... So kami ada masa sehingga pukul 10 malam untuk check in.

Plannya, Shahima nak makan nasik kandaq yang glamer kat area Georgetown tu. Katanya glamer, kena beratuq panjang. Tapi kedai hanya bukak malam, dan biasanya lagi pukul 9, 930 dah ramai yang beratuq! Tapi kami kena check in dulu.. Lepas tu kalau larat patah balik. Namun, bila dah check in kat Batu Ferringhi nun, lagi pulak perut sudah kenyang terisi, tak larat aihh nak patah town balik. So lepas mandi manda dan kemas diri, kami berjalan kaki ajer ke night market di situ. Aku berjaya menawan satu set quilt cadar with 2 pillow case. Kaler hijau bunga2 halus.. canteknyaaaa.... Harga dalam RM140, terus aku OK. Huhu.. Sebab masa aku tanya2 kat Ampang Point aritu, almost RM300 la jugak.... 

Ok, lepas round night market, kami ber-massage pulak. Ini pun Rahi cakap dia cover... Waaa bestnyaaaa.... Tenkiuu Rahi (dan boss Rahiiii) *flying kiss*  Rahi cover untuk massage kaki, tapi aku tambah untuk neck, back and shoulder untuk half an hour. Lepas tu, adik2 kat situ rekomen untuk amek massage full body untuk 1 jam. So ok la.. Aku dan Ema amek massage full body + urut tapak kaki untuk 1 jam dengan package RM55/sejam. Shahi pulak amek massage kaki jer. Sebab dia masih tak ble massage body selepas operate aritu.

Pas massage, kami balik ke hotel. Sepanjang jalan lengang sebab dah larut malam, dan pasar malam pun dah ditutup. Sempat lagi kami menyinggah supper di McD makan samurai burger sebelum balik hotel. he he he... Balik, kemas diri then borak-borak sat, then boommm... Oh ya sebelum tu kami bertiga pakai tanaka yer.. kikikiii...

Besok nya, after Subuh aku seperti biasa xkan dapat tidonya... Layan la mata kebil2 sambil layan hengpong dan FB bagai... Shahi dan Rahi masih enak dibuai mimpi. Jelesss...! Menjelang ke 945 pagi, tak tahan dah aku bangun menuju bilik mandi dan bersiap dahulu, dan kemudian take turn la. Tepat kul 12 kami check out, dan lunch dulu di warung hadapan hotel. Pastu kami decide nak pusing satu pulau. So Shahi diarah drive menghala ke Balik Pulau. Rahi yang direct. Aku lenang jer kat belakang.. hihi.

Jalan nak ke Balik Pulau dari Batu Ferringhi tu ya rabbiiii... macam ulau kena palu daa.... Sejibik aku rasa macam jalan nak ke Cameron. Kalau aku yang drive amek lap tu syok tttuuu.. kekeke... Owh ya, nak komen pasal Batu Ferringhi. Pengamatan aku, aku rasa situasi dan suasana di Batu Ferringhi tak jauh beza dengan Phuket. 

Selepas berjaya pusing satu pulau, kami kembali ke Georgetown, dan menuju ke Bukit Bendera. Sempat naik train menuju ke puncak. RM8/pax untuk per adult jika pakai My Kad, dan RM 25/seorang kalau takde My kad. Jadinya, sila la bawak My kad anda ke mana-mana yer jika tak nak dicap sebagai BANGLA/ INDON/ PHILLIPINEs. kihkihkih. Kemudian kami menuju ke pusat bandar nak carik tempat jual jeruk. Sikit punya susah daaa.... tanya uncle john (waze) pun ntah mana mana jugak dibawa. Kami mula mula mengikut arah ke Komtar, mengikut explanation dari Abang Jual cendol kat Batu Ferringhi tu semalam. Tak jumpa! pusing sana sini pun lost. Last2 tanya satu Uncle di depan Komtar, at last jumpa juga. Haih, apa la payah sangat direction korang, cuba cakap arked DEPAN IPK Georgetown, kan senang tu... Uncle John (waze) mesti boleh bagi direction yang jelas punya la.. *jelir*  *sengih*

So, kami park kete dan turun menghala untuk beli jeruk yang menjadi satu kemestian bila berkunjung di Penang ini. Kami membeli di Jeruk Madu Pak Ali yang glamer tu, dan jugak Jeruk Nasir yang direkomen Abang Cendol semalam. Lepas tu, masing2 membawa sebeban plastik dan kemudian kami beransur ke Armenian Street untuk meng'snap' barang beberapa mural  di bangunan sekitar yang menjadi salah satu tarikan di bandar ini. Dalam tergesa dan berebut jugak, sebab esok kerja, pukul 6 petang kami masih di situ. Kebetulan ada festival untuk kana-kanak di situ. Sangat ramai yang ada di situ. Berebut-rebut jugak masing-masing nak snap dengan mural yang unik itu. Aku sempat la jugak amek tapi tak semua. Tak larat nak jalan dah.. huhu..

Kemudian, kami beransur pulang. Aku take turn drive untuk balik ke KL. Sepatutnya kami kena hantar Rahimah untuk kembali menyambung tugasan di Parit Buntar, namun akhirnya, dia pun kembali ke KL bersama kami. Kami bergerak dari Penang almost 7 pm +, berhenti di Hentian Bukit Gantang dan tiba  di KL almost 12 am +. Hantar Rahi di Ampang terlebih dahulu, kemudian shoot ke rumah ku di Seri Kembangan, almost 1 am +  then Shahi balik dan sampai dirumah almost 2 am +

Percutian yang singkat, memenatkan tapi amat menyeronokkan.

Thanks to my beloved friend.
Thanks jugak to Rahi dan jugak boss awak tttuuu.. ^_^

Nanti kita plan ke tempat lain lagi yerrr... hihii


Akhir kata, jom layan jer la bebeberapa keping gambo  di bawah ini


@ GTC Gopeng, berhenti sat untuk ease ourself on the way to Parit Buntaq


Bilik kami bertiga di Ritz Kapitol, Parit Buntar


keesokan hari, si sweety Shahi buat perangai, huhu


akhirnya, berjaya jugak ke Penang, weehuuu!




kami ke Batu Ferringhi dulu



snap snap di Batu Ferringhi


malam, dah bersiap sedia to night market & massaging


check out from EQ Hotel


pusing-pusing di Balik Pulau










now dah lepas parking kete area Bukit Bendera







 


misi  mencarik jeruk di town


ini Komtar


move to Armenian Street la pulak kita..
kebetulan hari tu, ada Festival pulak
ramai sungguh ummat manusia di situ






















muka dah penat dah la ni.. xlarat nak senyum dah.. huhuhu..


dah sampai KL daahhh..



 Antara citer asal kami 
yang membuatkan kami ON
ke Penang, weehuuu

*thanks to Rahi dan inche boss *


NotakakiHD : Had soo much fren there. Surely we will back again in Penang, hope with a full team.    *Smileee*

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27