Perihal Kaum Adam : 8 Cara Mengenalpasti Lelaki Penyayang
- Get link
- X
- Other Apps
1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh
tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada
kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan
halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ”
kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan.
Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki
yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang
dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik.
Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap
kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang
bagaimana.
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang
penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat
ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai
hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya
meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah
hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan
samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje
bila si adik ingin bermain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan
lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main
atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam
dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan
rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu
sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada
sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada,
bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung
menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya.
Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat
humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka
membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya
sedih dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan
cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat
berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting
macamni korang berhati-hati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak
lokek langsung! Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang.
Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada
sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan
berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur
kebencian.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments