Selingan : Pak Mat Stress!!
Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis jelita di tengah jalan, tiba-tiba gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke hospital.
Pak Mat sedikit stress!
Sampai di hospital, doktor mengatakan bahawa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahawa dia bukan ayah kepada bayi itu, tetapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.
Pak Mat bertambah stress!!
Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahawa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.
Pak Mat semakin stressss!!
Setelah ujian selesai, doktor mengatakan bahawa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.
Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.
SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!
Siapakah bapak kepada anak-anaknya???!
Comments