Edisi Teringat-ingat : Reunion after14 years, :)
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang...
Assalam,
Hai, selamat malam..
Selamat berhujung minggu (yang esok dah Isnin) ngeeee...
So arini ai nak update posting yang minggu nan lalu..
Minggu ni baru rajin nak menulis kan.. baguihhh sungguh no.... *smile*
Ok, minggu nan lalu aku berkesempatan bertemu dan bersua muka (aka Reunion) dengan beberapa kawan sedari matriks, se-Uni dan jugak serumah.. Dua daripadanya sudah 14 belas tahun tak jumpa...
Meaning selepas grad la ni tak berkesempatan nak jumpa... Thanks jugak to FB sebab tanpanya kami takkan jumpa jejak... kaannn.. Seorang tu almost 5/ tahun la kot... last jumpa di rumah dia kat BBB year 2008 dulu... Masing2 walau stay area Klang Valley ni jer pon... tapi sebab masing2 bizi dengan arus perjalanan hidup masing2, bukannya ada kesempatan untuk berjumpa dan bersua muka pon..
Aku di SK, Wea di BBB, Nuyu di Puncak Jalil (baru ku tau) & Mc Posh di Sg. Penchala.
Dahulu, sewaktu kami di UPM di tahun ke 2 dan 3 pengajian, aku, Wea & Poh adalah serumah dan sentiasa ke mana mana bersama.. Kami semua adalah coursemates, matriks-mate, jugak statemate. Nuyu juga statemate. Bako oghe berani, kami gomo sengoti.. he he he he hehhhhh....
Rakan-rakan housemates yang lain, Yanti di BBB juga, Emy di Puchong dan Yus di Shah Alam tidak dapat menghadirkan diri. Apatah lagi Kak Ayu yang sudah kembali ke kampung halaman nun di Kedah sana. Hanya di wasap lah kami kembali bersua muka dan bergurau seloka.
Ok, kami berkesempatan bersua kembali di majlis akikah anak Poh yang sudah berusia 3 bulan di Kg. Sg. Penchala. Megat Syauqie Adzfar nama diberi. Seb baik ada kenduri camni, dapat jugak kami curi masa di Sabtu minggu lalu. for first time after 14 years dengan Poh dan Nuyu, what a long years, huh... Nuyu cakap dia nak jumpa tengah jalan so kami konvoi bersama. So kami state di stesen PETRON sebelum tol Sunway, kerana both kami akan lalu area situ, melalui LDP menuju ke Sg. Penchala. Nuyu masih seperti dahulu jugak. Tak berubah okay. So kami memulakan perjalanan di pukul 3 petang sebab Mc Wea punyai kursus di sekolah di sebelah pagi tu. Wea and family akan gerak terus ke sana. So hanya kami berdua sahaja.
So aku drive di depan, sambil follow 'Uncle John' - waze :D Nuyu follow aku. Hanif, husbandnya (yang jugak rakan matriks & coursemate kami) takleh join outstesen ke PD katanya. Sambil drive aku jenguk2 la melalui cermin pandang belakang, risau jika dia dan anak2 lost. Lambat pulak si Nuyu ni drive, sambil aku pandang meter di depanku. baru 60-70/km per jam kot. Kalau aku sorang dah lane paling kanan dah ni.. hehehe.. Tapi aku tetap ambil jalan selamat di lane tgh, sesekali lane paling kiri. Di hari Sabtu petang, LDP tetap jaaammmmm!! Sesekali Nuyu lost di belakang, namun aku ble pastikan dia beberapa bijik di belakang still on track. Lepas tu jalan makin panjang dan jem.. Aku dah tak nampak dia, tapi aku agak masih on track la kot. Hope so. Nak stop tepi takde tempat, nak bawak perlahan kan, kereta memang bergerak dengan perlahan. Tak tau mana nk stop haih.
Kereta sangat banyak dan jem menyusur jalan menghala ke TTDI. Sampai depan OU, tetiba Nuyu call cakap kete dia stuck, tak perasan hazard tadi. Minyak hitam takde kot, baru sempat call aku. Suara rilekss jer... Dia suruh aku terus pergi dulu kemudian dia menyusul. Aku tanya kat mana namun talian dah terputus. Aku pandang jalan sebelah sana, jammmm!! Laaa dah sudah, camane ni.. Tapi nak tinggalkan dia dan anak2 takkan la kot. Nak patah balik, hurmm.. Jammm, tapi tapi tapi... Ok, aku pantas call dia balik sambil terus drive ke depan, dah masuk area Penchala, stop kejap sambil arranging mereka-mereka ini. Dia cakap, kat area LRT Kelana Jaya. Ok, so aku terus call Mc Wea, nak tanya dia di mana. Setelah beberapa deringan, Wea angkat. Dia cakap baru kat area Kolej kita dulu- time matriks UPM kami di Emile Woolf/Kolej Unitek - which means masih area Kelana Jaya. Stuck in jam. Jalan situ memang sentiasa jam. Nuyu menambahkan statistik jem di petang Sabtu nan lalu. So, aku inform Mc Wea suruh perhati Nuyu dan anak2.. Nasib baik dia masih di belakang kereta Nuyu yang stuck in jam itu. Haih.. so aku meneruskan perjalanan ke Payalimban di Sg. penchala, yang first time aku ke sana. Nasib baik Uncle John (waze) bagi jalan yang betul. Aku sampai betul2 depan rumah Mc Poh (Sh. Azlina). Aku makan dahulu di bawah khemah pengantin-besoknya adalah kenduri anak ipar Poh. sesambil menunggu update from Wea & Nuyu.
Wan Rosmarini (aka Mc Wea) mesej cakap dia dah jumpa Nuyu (Yuhanis) dan anak-anak. Tunggu sampai tow truck datang amek kereta tu, baru mereka meneruskan perjalanan ke sini bersama-sama. Aku cakap OK. Mc Poh sibuk sana sini ngan beberapa urusan. So aku teruskan makan je ler... Poh dan hubby, Azrul jugak langsung tak berubah macam taim kami study dulu lagi. Dalam 30 min ke 45 minit kemudian, barulah Wea dan family & Nuyu dan anak-anak sampai. Rindu dan havoc kami bila berjumpa and having chit chat after these years. Sooo long. Wea, Poh & Nuyu adalah kawan sedari ting. 1 lagi di Sek. Men. Datuk Ahmad Maher di KB. Aku hanya kenali mereka sewaktu matriks. What along years have been. Mana tak kecohnya bila jumpa. Ngeeeee
Kami beransur selepas Asar dan menjelang pukul 630 petang. Janji janji untuk berjumpa lagi di lain kali. State one date untuk jumpa dan makan-makan, di PD, Morib atau Bagan Lalang, maybe.
Jom aja la layan klip sewaktu muda2 kami di bawah ini dan jugak pic minggu nan lalu.. :)
kami yang dulu dan kami yang sekarang :)
sekarang
kami yang dulu
Notakaki : Surely will meet again soon my dearest friend :)
Comments