Sunday, June 29, 2025

Edisi Jalan- Jalan : Sekinchan & Sg. Besar

 

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 14-15 June 2025


Assalam!

Hai kawan-kawan bloggers..

Lama senyap kan tetiba rajin lak nak update, hahaha

(Last update Jan 2024. June 2025 baru update kembali.. good job bettey)


Kalau-kalau masih teringat, kami pernah punyai  plan last minit yang ONZ. Biasanya lah, kalau plan ni biasa last  minit, eh saya ada hal la.. ehh kenotttt, ada urgency matters lah.. Tapi, trip kami ke Sekinchan dan Sg. Besar ni pun, very last  minit, sama seperti trip kami ke Penang dahulu..

Boleh check link bawah ni

Trip Penang 2013

Kalau dahulu, boss Rahi yang membelanja, kali ini D Shahima pula yang membelanja penginapan dan makan-makan kami. Thanks u uols... (lurve) 

Macam biasa, di suatu petang di hari Khamis 12 June 2025, Shahi cakap, "Korang free ke weekend ni.. si D suh aku bercuti dekat Sekinchan bersama kawan-kawan 1 malam. Dia payung biliklah. Geram dia tengok padi cantik soh aku ootd kat situ" haa gitu, senang kan. walau Rahi ada marathon 21 km awal Sabtu tu, kemudian kerja halfday, while aku punyai event Ahad tu, tapi  macam biasa bila secara tiba2, maka Onz lah dia.  dan, ya.. trip masih kami bertiga lah. (^____^)

Shahi dan aku keluar dari rumah masing-masing selepas Zohor menghala ke Ampang di rumah Rahimah.  around 3 plus jugak la masing-masing tiba. dan terus bergerak ke Sekinchan dengan menaiki kereta Shahima. Aku park kereta di rumah Rahi.

Perjalanan agak panjang melalui lebuhraya DUKE then tembus lebuhraya PLUS dan kami exit di tol Bukit Tagar, kemudian pakcik waze bagi jalan dalam yang jauh tetapi tak jem. Menjelang hampir jam 7ptg kami sampai di Rumah Bendang, Parit 4, Sg. Haji Dorani.

Hence, tadaaa.... sedikit gambaq2 kami di sana. Errm dari kami muda remaja now dah makcik-makcik  remaja purba masih dapat keluar healing kan, bagus kan.. LOL

Trip sekadar makan dan healing sahaja.

Kami sampai di Ampang dalam petang, Rahi ajak kami ke Mentai Sushi pula di Pandan Indah. Adoii, daku  kekenyangan namun makan sashimi dia besh gak, dengan yang lainnya. Aduh mak sengkak kakak!

Lepas tu, sebelum hantar Rahi ke rumah, dan fetch my car, Shahi cakap jom kopi-kopi dulu. Bajet masih banyak. Makkk aihh, ai dah tak larat ni.. tapi kena la pergi jugak kan hahah... so menyinggah di Coffee Bean depan Ampang Puteri tu dulu. Kopi sorang 1, ai amek Americano panas. gula lesssssssss dan 1 kek kongsi 3 orang.

Menjelang Maghrib kami beransur.








                        Haaa, bawah ni pulak serba sedikit snippet gambar-gambar makan2 kami

Malam tu kami makan di Sekinchan Ikan Bakar, sebab check review dalam google macam biasa

Tapi rasa dia biasa-biasa sahaja. Keesokan hari on the way back, kami menyinggah di Aji Ikan Bakar.

Haaa aku rasa yang ni lagi sedap dan harga lagi affordable. 

Dalam trip ni, Rahi mengajar kami  berdua makan belangkas, mentarang, belut, ikan sembilang, telur ikan sembilang dan juga telur ikan mayong.











NotakakikiriHD: aih, nampaknya mereka berdua dan bos dan D dah membelanja kawan-kawan..

I ni hanya menikmati sahaja la so far ya, kihkihkih *sengih_bibir_bergetar* 


Till we meet again!

No comments:

Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...