Novel : Kemelut Kasih - Part 32




Bab 32

   “A
mboi.. bukan main mesra lagi abang dengan dia tadi yer….”  Charina sengaja mengusik, namun sebenarnya meluahkan perasaan cemburunya dengan cara paling berhemah yang dia rasakan. 
            “Abang berdua sahaja ke berbincang tadi.. Nobody else?Soalnya lagi ingin tahu. Menanyakan kembali soalan yang berlegar sepanjang hari petangnya tadi.  Tangannya ligat menyikat rambutnya yang ikal lurus melepasi bahu. Pandangan matanya memerhati susuk badan tegap suaminya yang baru keluar dari tandas di sudut bilik. Diperhatikan suaminya berjalan menghala ke arahnya.
            “Kenapa… Sayang jeles ye..?” balas suaminya pula, membalas gurauannya. Dia menghadiahi satu kucupan di dahi isterinya dan mengelus lembut bahu isterinya yang terdedah. Pijama satin ungu lembut terletak indah di badan langsing isterinya. Kemudian dia mengucup bibir Charina lembut, sebentar. Kemudiannya dia memerhati wajah ayu isterinya dari pantulan cermin lemari di depannya. Mereka saling berbalas pandang.
            “Abang… I’m serious…” Charina bersuara mematikan tindakan romantik Shahrul. “Sayang tanya ni..” suara Charina mula mahu merajuk. Mukanya sengaja dicemekkan. Tangannya meletakkan sikat di atas almari solek, dan kemudian dia mencapai pula minyak wangi dan menyemburnya sedikit di leher dan sedikit di pergelangan tangannya.  Kemudian dia bangun dari bangku menuju ke katil. Shahrul mengekori langkahnya rapat.
            “Siapa yek sorang lelaki yang sama dengan Sayang tadi..? Abang rasa macam pernah jumpa…. Looks familiar la..” Shahrul pula menyuarakan isi hatinya yang agak tertanya-tanya juga sedari tadi. Dia kemudian duduk betul-betul di sebelah isterinya. Boleh menghidu bau haruman segar dari badan isterinya yang betul-betul menaikkan nafsunya. Charina berpaling memandang suaminya yang amat rapat, menyebabkan dia sedikit mendongak.
            “Yang mana tu, bang..?? Shariman..? You dah kenalkan.. Erm… or En. Fauzi..” dia meneka. Sengaja tidak menyebut nama Faizul terlebih dahulu. “En. Fauzi tu one of a manager dekat Syarikat Megah yang Sayang selalu cakapkan tu…  The one who work very close to us. Banyak maklumat yang kita perlu ambil dari dia. Maklum la.. Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia la katakan… And, yes.. another guy is Faizul… dia  pun work very close to both of us… Abang tau kan.. saya dan Shariman yang handle this company account….” Begitu panjang lebar Charina menerangkan.
            Tanpa dia sedari wajah Shahrul sudah berada amat rapat di wajahnya. Dan kemudian sekali lagi bibirnya dikucup lama oleh suaminya. Badannya direbahkan di katil. Charina terperanjat. So sudden. Serangan yang tiba-tiba, sedangkan dia asyik bercakap.
            “Aa.. abang…” Charina tercungap. Dia mahu bingkas. Namun dia terpaksa melayan suaminya terlebih dahulu. Sudah menjadi tanggungjawabnya, dia meladeni kehendak suaminya. Setelah puas menggomolnya, Shahrul berbaring keletihan di sebelah Charina. Mereka sama-sama keletihan.
            Charina mencapai lengan suaminya dan meletakkan kepalanya di atas lengan suaminya sambil cuba tidur dan memejamkan mata melayan kantuk.
            “So.. that guy name is Faizul ya, Sayang..” tiba-tiba Shahrul bersuara memecahkan keheningan pagi. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Ingat-ingat lupa dia mengingatkan wajah jejaka yang ditemuinya siang tadi, kemudian cuba dibandingkan wajah jejaka yang pernah beberapa kali dia temui sewaktu mereka masih di kampus dahulu.
            “Apa Bang..?? Faizul..?? Hmm….” Suara Charina yang sudah hampir terlena. Sayup-sayup dia mendengar suara Shahrul. Kemudiannya desiran nafas halus memberitahu dia sudahpun terlena.
Shahrul memandang wajah ayu isterinya di sisi. Ada persoalan yang masih belum terjawab, namun dia tidak mahu mengejutkan isterinya. Lagipun esok masih ada. Akhirnya dia turut memejamkan mata setelah lampu di sisi tepi katil di matikan.


            “Dah lama Hairi ngan Erin tak balik kan bang.. Last diorang balik rasanya sewaktu majlis kahwin Chairul dulu… apakata kita yang pergi jenguk anak menantu kita di KL nun, abang..??” soal Puan Maria kepada suaminya. Dia memandang suaminya yang sedang enak membaca surat khabar di kerusi yang diletakkan elok bersama sebuah meja di sudut laman di tepi kolam kecil yang dia dan suaminya rekabentuk  sendiri.
            Tangannya membelek-belek daun bunga yang sudah nampak kekuningan. Di capai dan dibuangnya untuk mengelakkan dari terjangkit kepada daun-daun yang lain. Dia membelek lagi pohon keladi besar yang di tanamnya betul-betul di kiri kanan kolam ikan mereka, menimbulkan suasana malar hijau yang nyaman dan segar.
            “Abang.. awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni..??” Puan Maria bersuara lagi setelah persoalannya tadi tidak mendapat sebarang jawapan dari suaminya. Dia berpaling ke arah suaminya yang hilang dalam dunianya sendiri.
            “Abang..!” suaranya sedikit kuat.
            “Ya Puan Maria.. ada apa …?” akhirnya Bekas Penolong Pesuruhjaya Polis Johor itu menyahut juga akhirnya. Dia memandang ke arah isterinya dari sebalik akhbar The Star yang sedang asyik dibeleknya tadi. Mukanya penuh tanda ingin tahu. Tadi dia sedang asyik membaca berita perihal kematian seorang suri rumah yang sedang hamil 3 bulan dibunuh. Kesian… baru 27 tahun, masih muda sudahpun meninggal. Itulah ajal manusia yang sudah terjanji di loh mahfuz lagi. Tambahan pula anak sulung si mati berada di sisi ibunya yang mati di bunuh. Pastinya dia sempat melihat kejadian itu dan pasti ia menjadi trauma kepada kanak-kanak berkenaan selagi hayat.
            “Abang ni.. asyiiiiikkkk dengan paper awak tu… soalan saya, langsung tak dijawabnya..” nada suara Puan Maria sudah merajuk. Namun tangannya masih tangkas memegang wayar dan menyirami pokok-pokok bunganya yang subur di kelilingi taman mini mereka. 
            “Awak ni… sikit-sikit dah nak merajuk.. tak pernah nak berubah dari zaman muda awak tu…” balas Tuan Hj. Ab. Rahman pula.
“Ni, awak tengok ni.. muda-muda lagi dah meninggal.. dah la tu, dibunuh di sisi anak dia lagi tu… Baru setahun anaknya… Apa la nak jadi dengan dunia sekarang ni… jenayah sana sini…” keluh Tuan Hj. Ab. Rahman sambil menunjukkan coretan berita yang di bacanya tadi kepada isterinya.
            “Apa dia bang..?” terperanjat Puan Maria mendengar ulasan dari suaminya itu. Dia lantas meletakkan wayar getah dan berjalan menutupi pili air sebelum berjalan menuju ke meja di tempat suaminya.
            “Ini hah.. berita ni….” Sambung Tuan Hj. Ab Rahman lagi mengulas kembali berita yang di bacanya tadi kepada isterinya. Akhbar itu diunjukkan kepada isterinya. Puan Maria memerhati sepintas lalu.
            “Innalilahi wainnailaihirajiunn.. Kesiannya…” ulas Puan Maria akhirnya. Naluri keibuan dan kemanusiaan membuak-buak di dadanya. Dia mencela-cela si pembunuh yang masih belum dikenalpasti lagi.
            “Sudah-sudah la tu… orang tu dah meninggal.. sedekahkan lah Al-Fatihah, takde gunanya kita dok kutuk si pembunuh tu… nanti-nanti dia dapat la bahagiannya nanti..” Tuan Hj. Ab. Rahman menenangkan isterinya yang beremosi.
            “Awak mana tau, awak lelaki.. Saya ni perempuan… Saya tau la apa perasaannya.. Perempuan ni mempunyai perasaan yang halus tau…” Puan Maria tidak mahu mengalah.
            Tuan Hj. Ab. Rahman menggelengkan kepalanya perlahan. “Habis kerana saya ni lelaki, jadi saya tak ada perasaan la maksud awak yea.. ?” dia menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Maria… Maria… dah tua pun tak pernah nak berubah… Anak dah lima makin menjadi perangainya… Hendak bermanja agaknya.. Kemudian Tuan Haji Ab. Rahman tergelak sendiri.
            Puan Maria kehairanan. “Apa yang lucu sangat tu, Bang.. ?” berkerut dahinya.
            “Tak ada apalah… Apa yang awak cakapkan awal tadi tu, Puan Maria.. ? Khusyuk saya membaca sampai tak terdengar apa yang awak bebelkan tadi..” pantas Tuan Haji Ab. Rahman mengalih tajuk perbualan.
            “Abang… tadi, saya cakap kat abang… dah lama anak menantu kita tak pulang kan.. apakata kalau kita yang pergi jenguk diaorang kat sana.. ? Agaknya mereka busy sangat.. tak sempat nak balik..” cadang Puan Maria sambil menuang air teh ke dalam cawan setelah pembantunya datang menghantar sebentar tadi.  Dia menghulurkan kepada suaminya. Sepiring goreng pisang dan kuih ketayap turut disediakan oleh pembantu mereka.
            “Hmm…. Bagus juga tu.. bolehlah abang ambik kesempatan main golf kat KL nun nanti dengan kawan-kawan Abang.. Dah lama tak jumpa mereka..” Tuan Hj. Ab. Rahman mencapai sepotong goreng pisang yang masih panas dan menelannya perlahan. Kepalanya di angguk-anggukkan perlahan.
            “Saya pulak bolehlah shopping puas-puas kat sana nanti..” sambung Puan Maria pula. “Dah lama rasanya saya tak membeli barangan kemas ni.. boleh la saya jalan-jalan dengan menantu awak ke Habib Jewels nanti..” bersemangat Puan Maria mengatur plannya pula.
            “Hm… orang perempuan ni.. tak habis dengan barangan kemas mereka walaupun dah bergayut dekat badan mereka tu… Awak jangan jadi macam ‘pokok krismas pulak’….” Usik Tuan Hj. Ab. Rahman lagi menyakat isterinya.
            “Abang ni…. Badan saya ni masih cantik lagi, ok… masih langsing… walau anak sudah lima…” Puan Maria bersuara membalas usikan suaminya.
            “Sebab tu la saya sayangkan awak..” perlahan Tuan Hj. Ab. Rahman bersuara. Matanya dikenyitkan. Masih dalam mood menyakat isterinya.
            “Abang ni…” Puan Maria mencubit manja suaminya.
            “Adoii….” Tuan Hj. Rahman menyeringai dan ketawa akhirnya.
            “Haaaaa… Mama ngan Abah sedang bergurau senda berduaan di sini… Aaayookk.. !!” tiba-tiba Hazrul muncul mengganggu suasana romantis kedua ibu bapanya. Dia tersengih dan melompat-lompat nakal.
            “Abaaangggg…. Kakakkkkk… Mari la tengok mama ngan abah ni….” Anak bongsu mereka yang kini sudah berusia hampir sepuluh tahun menjerit memanggil kakak dan abangnya untuk turut serta memerhatikan keintiman kedua ibu bapa mereka.
            “Adik.. buat apa menjerit-jerit ni… Pergi panggil abang Hafizi ngan Kak Hani kamu nun.. Ajak mereka makan sama..  Jangan lupa suruh Mak Mah hantarkan sikit lagi air dan kuih kat depan ni.. Ok sayang.. ”
            Hazrul terus melompat dan melangkah masuk mengikuti suruhan Mamanya.
            Tuan Haji Abdul Rahman dan Puan Maria berpandangan, kemudian tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala mereka melihat telatah si manja mereka itu. Kebetulan cuti sekolah, bolehlah mereka rancangkan percutian mereka ke Kuala Lumpur nanti sambil menjenguk  Hairi dan Charina serta Hairul yang kini menyambung pelajaran dalam bidang Undang-Undang di Universiti Malaya.








Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27