Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمَ


1431H sudah hampir ke penghujungnya..
Mari kita berkongsi Doa Awal Tahun dan AKhir Tahun ini bersama-sama..



DOA AKHIR TAHUN
DOA akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam.


Semoga Tahun Baru ini memberi kita lebih keberkatan dan semoga segala
yang diidamkan dan diusahakan berhasil dan diperkenankanNYA.. Aminnn..

NotakakisikukiriHD: ..demikian juga hendaknya harapan buat diri ini... Semoga di rahmati Allah selalu.. semoga segala sikap dan perihal negatif di dalam diri berjaya dihumban.. dan meraih perihal yg positif di tahun depan dan di tahun2 mendatang.. dalam hidup ini.. Insya Allah, Aminnn..

Acheh




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang... ~

Heh! Tajuk...
Ini bukan Aceh dak Acer tuh yer kenkawan - ehehe-..
tapi sebuah negara yg digelar Serambi Mekah.. Tanah Rencong...
di kepulauan berhampiran Sumatera sana.

Kenapa tetiba aku berminat nak menulis perihal Acheh ni..?
bukan menulis sangat pun.. mencoret lebih tepatnya lagi..
Menulis dan mencoret ni beza maknanya....

menulis mestilah panjang.. dan ber'isi' dan ber'isu'
sedangkan daku hanyalah mencoret semata..

sebab apa..?
satunya... dah lama tak hapdet dari 'air tangan'ku sendiri... heheh ;D
biasa copy paste artikel yg aku rasa menariks utk dikongsi bersama, melainkan ada 'kerajinan'ku utk menambah serba sedikit corat-coret serta komen dan 'sound effect'
*sengih lebar*

duanya... kerana aku asyik membaca Trilogy.. oh bukan, dah jadi 4 logi - macam loji pulak, haha!- buku2 tulisan Novelis Thriller terkemuka negara, tak lain siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid (RAM). Aku baru sahaja selesai membaca air tangan RAM neh yg bertajuk BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU, HIJAB SANG PENCINTA dan yang paling terbaru, kesinambungan dari Trilogi tadi.. CINTA SUFI... Berkisarkan seorang anak muda di kurun ke 15 dahulu.... terpaksa merantau ke Tanah Rencong sana dek kerana merajuk dengan ayahandanya (penghulu) yang tersilap hukum.... dan dia membesar dibela oleh ayanhanda angkatnya, Wali Sufi.. Apa yang menariknya, aku dah lama S E T O P membaca, namun, aku baru ingin membangunkan kembali minatku nombor satu di suatu ketika dahulu kala...



quote paling menarik dalam trilogy ini
~Sebagai manusia, aku sayang padamu....~

Lama sungguh aku 'tidur' rupanya.... Bukankah MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU..? Kalau dahulu, beratus muka surat, dalam masa beberapa jam sahaja... di semakin pertambahan usia ini... Sebulan dua tak tentu lagi.. ho hoooo~~

Ok, back to topik... so, melalui pembacaan ini.. macam2 ilmu yang boleh kita kaut, kita fahami... Tapi, yang penting, aku dah tertarik sangat dengan watak ciptaan RAM neh ~Laksamana Sunan~ i love it!! ;) Selain menghayati isi penceritaan, ia juga memberi yeah, satu penimbal balik buat diri ku.. untuk menghayati dan meniliki diri, sesungguhnya kita ini hanyalah ummat dan insan ciptaan yang kerdil.. yang sering terlalai di arus masa... Ok, aku tau aku dah merepek dah ni.. Apa kaitannya dengan Aceh..? kisah itu berlatar belakangkan Acheh sebagai latar utama, di kurun ke 15... diselang-selikan dengan kisah di kurun ke 21 ini... Sungguh pandai RAM memainkan plot ceriteranya... sehingga ada ketika buku itu tertinggal di opis, walhal dah masuk kereta.. sanggup daku park ketepi kembali dan menapak naik di tingkat atas tiga sana-walhal, tak dan pun nk baca malam itu.. huhehoo :P-

Ok, ok.. yang ketiganya.. adalah kerna secara kebetulan, aku bertemu kembali dengan rakan seperjuangan di sewaktu sekolah rendah dahulu... Noorhisham Hamzah namanya... tiba2 di pagi Ahad semalam, dia mesej di FB... Mesejnya berbunyi begini

"Salam Ruzi...
masa sekolah dulu,sy ada sorang kawan gak namanya ruzi***..bapanya ada kedai roti dan kek "


aku nak tergelak pun yer.. sedih pun yea.. sebabnya, kedai dan kilang roti yg disebut itu, yang dibina dan dibangunkan oleh Ayahanda ku, En. Sidek b. Samat akhirnya tidak kesampaian utk diwarisi oleh anakanda-anakandanya dan legasinya... Sempat sehingga aku grads jer.. seawal setahun daku grads, hasil usaha 30 tahun jugak la ayah aku tu... runtuh di telan masa...-hampir lapan/sembilan tahun nan lalu..~adalah sebab musababnya.. hurm..- Namun, aku pasti di tempat penempatan aku di KB sana, sehingga hari ini masih ramai yg mengingati legasi ayahandaku itu.. Sidek Bakery tetap tersemat di sanubari apatah lagi penggemarnya..
Ops, sorry... aku dah melalut lagi...

Ok, we back to topic... apa kaitannya dengan Acheh? Kaitannya, kerana rakan seperjuanganku ini.. (yg juga mempunyai pertalian bau-bau bacang.. di sebelah datukku aka ibuku) dah menjadik 'manusia' la.. tak sangka la jugak.. zaman kecik dulu aku tau dia nakal ya amat.. -walaupun pakcik2nya (3 org) semua lulusan Al-Azhar..-seorang bekas S/U Akhbar TGNA- dan seorang makciknya.. pun sama. Dia, kalau ikutkan mungkin 'melencong'.. tapi.. itulah berkat hasil usaha pakciknya..-hantarnya ke sekolah pondok di Pulau Melaka- dan diri dia juga, of course.. aku rasa.. sekarang, yg aku rasakan.. bakal menjejak dr HM Tuah, or Dato' Fadzillah Kamsah...- menjadi orang la jugak sekarang... selain seorang kaunselor, sering memenuhi jemputan ceramah sana sini dah... tak sangka... Dari Sekolah pondok, dia melanjutkan education ke Acheh... sehingga berjaya mengurat sorang anak dara Acheh dan kini memiliki 2 anak perempuan.

Moral yang aku nak cakapkan di sini.. Dahulu kami sekelas di Sek. Keb. Padang Garong (dahulu ada 1 jer sekolah padang garong neh, sekarang dah jadik - so, sekolah kami sekarang dikenali SKPG (2), bertempat di kompleks sekolah2 di pinggir bandar Kota Bharu. Kami ditempatkan sekelas di darjah 1-3 (di darjah 1 hingga 3 Biru -kelas kedua, jika mengikut nombor pendaftaran sekolah. Kemudian di darjah empat.. Aku dinaikkan ke darjah 4-6 Merah (kelas pertama)- pengubahan dibuat mengikut kedudukan dan prestasi sebermula darjah 4. Manakala dia diturunkan ke darjah 4 Kuning.. (kelas ketiga) dan dalam sistem sekolah kami dahulu, kelas Hijau adalah yag paling corot sekali.. Kemudian, semalam katanya dia kembali ke darjah 5 Biru... Aku sudah lupa pada memori seawal darjah persekolahanku.. ingat2 lupa...- Maklum dah menjangkaui usia matang neh kan.. heheehhh.. huhu-

Namun, bila dia text di FB, aku masih mengingati nama rakan sepersekolahan ini.. namun yang kekal di memori, pernah sekelas... selepas peralihan kelas, aku kurang mengingati kenangan di Kelas Biru itu... Mahupun kelas Merah. hurm... sikit2 jer lupa... Mungkin tiada kisah menariks.. apatah lagi selaku murid perempuan yg tak banyak sangat karenah kan... *Senyum* Tapi, dia berjaya bangkit dari kenakalan masa silam.. kurang bijak pandai.. Namun boleh mencipta nama sebagai Kaunselor meningkat naik... Tak mustahil jika ada rezeki akan jadi pelapis kepada yg ternama kelak. Sedangkan bila dipandang pada diriku sendiri.. Aku masih biasa-biasa sahaja. Tiada yang boleh aku banggakan.. No, bukan banggakan.. but at least, we have something dominan about ourself that can gain not for us.. but also to family and others.. Bangsa dan negara, semestinya... So, moralnya, selain diri sendiri.. usaha dan matlamat diri sendiri perlu jelas.. and dont look down to others.. Sentiasa perlu muhasabah diri.

Eh eh, panjang pulak kisahnya jadiknya.. kena bersambung ke episod lain rasanya neh...

ok, sambung sikit lagi...

sebab ke-empat, baru pagi tadi aku tengok perihal Tsunami di Acheh.. dan imbas kembali sebab musabab dan akibat Tsunami yg melanda Acheh beberapa tahun terdahulu. Kisah sedih, suka dan duka... Namun Allah pastinya mempunyai agenda dan rahsia yang DIA sahaja ketahui.

Wallahu'alam.


NotakakisikukiriHD: Masa untuk muhasabah diri... Bukan bermakna kita teruk selama ini.. Namun, betulkan balik posisi hidup kita yang tersipi, terlari atau melencong ke dalam semak ke belukar ke.. balik ke landasan yg lurusss kembali... untuk menjadi seorang yang we must proud of ourself instead of to give something to our family to proud of :)

Saturday, November 20, 2010

CERITERA Cinta (lagi) : 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu





~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang.. ~


Dalam kehidupan, korang tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri korang merupakan satu petanda yang dia mencintai hampa. Dia tidak ingin korang tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai korang, tawww...

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.


16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


NotakakiskiukiriHD: Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya! *wink*

CERITERA Cinta : Dahi dan Personaliti Wanita



~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang...~

Meh kenkawan.. kita sama2 share info yg menariks ini.. ;)

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut

Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!


NotakakisikukiriHD: tgh nak pikior, what type am i.... hehehehh~~

Saturday, November 13, 2010

Al-Fatihah

~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang..~


Al-Fatihah... ke atas pemergian rakan artis yang pergi secara mengejut,
Shamrin Fotograf... pemergian yang mengejut membuatkan rata2 peminat mengimbas kembali
penglibatan beliau dengan suara serak2 basahnya.. Memang best.. orangnya pun ble tahan.. Semoga di dalam lindungan Allah sentiasa.. Amin..


notakakisikukiri HD: suka lagu2 beliau... antaranya.. LUKA SERIBU RINDU.. Al-Fatihah kembali...

Monday, November 8, 2010

Ceritera CINTA : Bila Rasa Jatuh Hati




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang...~


Haaa... amacam.. best tak baca tajuk kat atas tuh..? *wink wink*
Biasa la.. bab-bab persoalan hati neh... bukan setakat pompuan, dak laki
pun suka gak kan... kan.. kannn..? Sapa yg cakap taakkk tadi tu tipuu tipuu TIPUU lah. hahahaa.... sebab naluri, beb.. naluri ingin tahu especially pasal pompuan.. pasal lelaki oleh makhluk yang bertentangan jantina, heh!

Ok, now... we move on.. tit! tit! tit tit tittt~

Laluan dari janji temu pertama ke perhubungan sempurna jarang sekali berlaku lancar.. tapi.. dengan bebebeberapa tips yg den cilok (cam biasa la kan... copy paste - untuk perkongsian bersama, hokay, hiiii~) ini... so, jom jom jom kita lihat apa yg ada di sini.. yoosshhh!!

(Ayat tambahan lagik.. Ingat tips neh sebelum mula beri jiwa raga, huhuhehohiii)

SATU
Jangan Jadi Terlalu Selesa

Hanya kerana korang boleh sembang sempoi dengan dia, tak bermakna malam tu kamu boleh lepas laku habis, hokay...
HD : Jaga2, adab diri tu sikit....

DUA
Lelaki dibenarkan untuk mengubah fikiran

Jika dia "LESAP" selepas beberapa kali berjanji temu, jangan terus anggap dia 'TAK GUNAA!!". Mungkin kamu tidak menepati ciri suri hatinya...
HD: Huh, huh huh.... sungguh tidak adil bukan.. But well.... Mari kita fikirkan bersama.. *mata pandang atas, jari telunjuk ketuk2 dagu pelan - dalam hati perlu istiqamah... :) *


TIGA
Boleh saja jika kamu nak telefon dia lebih kerap daripada dia menghubungi mu

Trett tettt tetttt..
Tapi bersedialan dengan akibatnya. Lebih selamat jika ikut gaya lama sahaja-lah ;)
kerana lelaki biasanya lebih suka menjadi "pemburu" dari diburu.
HD: Well, i yem an old fashion one... so, i agree ajer la... hehehehehhh :P


EMPAT

Jangan Ubah Status Relationship di Facebook dari single ke in a relationship selepas satu atau dua tiga kali janji temu

Tunggu sehingga dia sendiri ucapkan bahawa kamu teman wanitanya..
HD: Kalau dia ucap jugak pastu.. tapi dengan few few teman wanita, camane..? ahaks! :P

LIMA
Jika nalurimu mengatakan ada sesuatu yang tak kena, sebaiknya "angkat kaki"

Misalnya, si dia suka keluarkan ayat-ayat lucah, ucap kata kesat bila memandu.. atau kutuk orang tak tentu pasal... asyik diaaa jer la yg hebat yg teror yang yang yang yang lagi.... tak tersenarai dekk... Ekceli, NALURI adalah AMARAN AWAL bagi melindungi kamu dari melakukan kesilapan besar
HD : very very the.... RIGHT!

ENAM
Masa Untuk Cumbuan Mesra? Seks..???

NO, NO, NOOO!!
Dia hanya teman lelaki, bukan suami. Ia BUKAN Penentu Cinta, hokay!
Bila dah sah suami isteri! Kalau dia benar-benar ikhlas mahukanmu, pasti si dia sanggup tunggu..!
HD : Well, semua sudah sedia maklum, kan... Tepuk dada, tanya lah akal + iman... :)


Notakakisikukiri HD: Hurm, definitely..! Jadi, mari kita renung2kan dan fahami dan hayati, serta perbaiki diri.. okes... :)

Saturday, November 6, 2010

We win of the game... football !!



~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang..~

Hehehehe..
lamooo sungguh den tak hapdet
malah menjenguks blog ku ini...

apppoooo la nak jadik... ish ish ish... *geleng kepala* :D

Tgk dak ema menghapdet kisah di hari sabtu minggu nan lalu
30 Oct 2010 - Sabtu (Sat.) (kami pi tgk Final Piala Malaysia, hokay... ;))
Minggu lepas di waktu ini.... kami masih tgh rancak memberi semangat
melompat2, berteriak2... bersorak2.. kek Stadium Nasional Bukit Jalil nun...

aku maleh nak citer panjang...
dah monang kan.... ;D
suka suka suka suka suuukaaaaaaa...

pengalaman yg sangat100x best
setelah dikecewakan pada tahun lepas...

tahun lepas aku pi ngan Wanie jugak
dan berjanji dengan abangku dan 3 lagi adik lelakiku di Stadium Nasional nun
namun, al-maklumlah.. tiada rejeki kan.. nk buek camano.. kami pulang dalam kehampaan...
yg aku rasakan lebih malang lagi, penyokong TRW yg datang jauh dari
tanah kelahiran TRW lebih dirasakan lagi.. (abang ngan adik2 aku lar tu.. huhu)
dah la dari jauh, musim banjir lak tu.. terpaksa mengharung banjir lagi..
namun semangat yg jitu, sanggupppp datang memberi semangat tu...
Aku ngan wanie tahun lepas, tiket on my abang jer.. haha

Namun, tahun ini.. Syukur Alhamdulillah....
sangat2 berbaloi... mereka membalasnya dengan kemenangan yg penuh bergaya...

AI LAIKEEEEE....!!!! Adios.... Bravo wira2 TRWku...
i lap u olszz...


hiiiii~~~~





notakakisikukiriHD : sekarang pun dok layan Ulangan PM 2010 kt TV1 neh.. hehehehehe




Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...