Sunday, September 15, 2013

Edisi Jalan-Jalan : lagi lagi CH, lagi lagi CH




Date jalan-jalan : 7-8 Sept'13
(Sat & Sun)


Salam!
Hi kenkawan, jumpa lagi kita yer..

Haaa.. amacam tajuk? ok tak hehehehe..
(macam ala-ala siri bersiri Senario ek, kihkihkih)

Jom update pasal jalan-jalan lagi..

Kali ni aku ke CH bersama family pulak.. Entry ini sini dan sini  adalah jenjalan dengan kenkawan..

Actually, dah janji nak gi sana minggu dan hari yang sama ni dengan my kenkawan yang biasa tu jugak... Cuma kali ini Fazilah boleh join sebab dah dapat LESEN BESAR dari inche hubby dia, Afiq untuk bermalam di sana ngan kami-kami ni khann.... Sebab kukuh, nak test drive cik putih kami - cik putih aku ataupun cik putih Mc Ja - either one, tapi kami decide nak pi ngan Cik Putih Mc Ja... Alih-alih, maafkanlah daku duhai kawan2ku yer... terpaksa postpone di lain kali la plan kita itu nampaknya... Janji LESEN BESAR tu masih valid untuk kami outing at least for a night, kan Apiq kan... kan kan kannn.... *sengih*

Kebetulan pulak mak ayah dan adik bongsu ku ke mari untuk menghantar adik 2nd bongsuku di UPSI, yang mendaftar diri pada 1hb Sept nan lalu... Alang-alang dah ke mari kan, so kami membawak la our parents to Cameron Highland pulak... untuk merasai suasana nyaman, greeneries dan kesejukan di puncak gunung sana..

So, Aku, Wanie, Raihan dan Ana dan keluarga membawa la Mak, Ayah dan adik bongsu kami... Seperti biasa, kuar di pukul 7++ pagi, berjanji bertemu di R&R Sg. Buloh, then shoot terus ke Tapah... Sampai di Lata Iskandar, macam biasa kami akan stop di situ untuk makan-makan dan isi perut.. Selain itu bergambar.. Kemudian kami menyinggah di Bharat Tea Valley untuk minum2 teh serta jalan-jalan di ladang teh... Seterusnya kami terus ke Tanah Rata untuk check in di apartment sewaan. Alya Apartment. Penthouse di bandar Tanah Rata. Sangat luas dan selesa. 3+2 . Aku berhubungan dengan Puan Amira, tetapi suaminya, En. Mohd Azwan yang datang dan attend  untuk kami hari itu. Agak peramah orangnya. Sebelum itu, adik ipar aku memberi nombor En. Ramli Buyong, pemilik Puncak Arabella apartment, tetapi oleh kerana telah penuh, En. Ramli terus memberikan contact number Puan Amira ni. 

Selepas check in, rehat2, kami keluar ke Big Red Strawberry Farm di Cactus Valley.. Cam biasa la, makan2 dan minum dan rasa strawberry menu's.. Sebelum tu ayah cakap taknak keluar sebab nak layan TV - bola sebenarnya - Pesta Bola Merdeka yang bermula petang tu (astro pun ada kat sini.. katil, seterika dan iron board, tilam & toto tambahan, peti sejuk dan pinggan mangkuk ayun, cili padi pownnn ada kalau korang nak dan rajin memasak) - antara Harimau Muda dan Singapore (which is HM won the game). Tapi akhirnya mengikut kami setelah mak bebel sebab anak2 ajak jalan kan.. Heheheheeh... 

Lepas makan-makan dan jenjalan di Big Red Strawberry,  kami menyinggah di pasar malam.. Jalan2, shopping2.. Pastu balik... rehat2 dan tido ler... Tapi sebelum tu ayah sempat sakit dada - susah nak bernafas- seksa sangat nampaknya- sejuk sangat agaknya.. Sian ayah... Aku dah bersiap dan nak bawak dia pi spital, dia taknak pulak... Ayoh oh Ayoh! Mak dan ayah masuk tido awal kat bilik tengah... Aku dan anak-anak sedara dan Raihan masih sempat melayan tv dan borak... Suasana sejuk.. Aku yang biasa sebelum ni dah beberapa kali ke sini ble tahan jer.. Siap mandi air sejuk lagi okay! Tapi kali ni, menggigil wehh... lap badan jer... Hahahaha....

Esoknya, kami bersiap dan check out dalam kul soploh pagi... Semalam En Azwan tu cakap takde sapa booked, so boleh la check out lambat pun takpe.. Tapi, sebab lepas tu dah terus nak shoot balik kan.. Sebab esok keje, plus mak ayah dan Epah dah seminggu di KL ni.. Malam tu juga plan nak balik KB! So kami terus check out la.. Kami ke Taman Agro MARDI di Tanah Rata tu dulu... Agak lama kami berjalan-jalan dan bersnap-snap gambo di situ. 

Kemudian kami lunch di foodcourt Brinchang, kemudian terus shoot ke Sg. Palas. Sempat stop di 'Batu Bersurat' di perjalanan ke Sg. Palas tu.. Snap-snap gambo, kemudian turun ke Tea Boh Plantation. Konon nak tunjuk tempat dan lokasi Ombak Rindu la kan.. Sekali ada satu kejadian yang tidak disangka-sangka. Tayar kete Ana dan Nusi terkena minyak hitam yang tertumpah, tong kena gesel dek satu Triton, kata satu hamba Allah tu. 

Kebetulan, pada awalan aku nak masuk jugak kat situ.. Namun menyedari ada satu kereta  selang dua nak keluar so aku ambil tempat di sana.. Namun malang untuk Ana dan Nusi, sebab masa tu katanya mereka tengah gelak2 dan tak perasan ada limpahan minyak hitam di situ.. Maka habis la satu tayar belah kiri tu berselimut dengan minyak hitam itteww..... Maka selepas itu, adalah usaha membuangnya dari lekatan batu dan pasir... Tak sempat nak bawak mereka ke atas, maka dari bawah sahaja lah dan terus kami shoot balik ke KL... Pertengahan jalan, gumpalan minyak hitam dan batu dan pasir gugur di perjalanan sebab panas kan.... Kalau panas, gugurlah mereka... 

Kami singgah di R&R Tapah untuk bersolat Asar & Zuhur, kemudian balik... Dari atas tadi dah plan, mak ayah balik besok sajalah ke kampung.. Masing2 dah tak larat dah malam tu... Aku tiba di SK pada pukul 1030 malam selepas menghantar adikku, Raihan di Port Klang. Sebelum tu singgah makan ikan dulu di Tg. Harapan.

So, next plan ngan my kenkawan pula... Ntah bila masing2 free...

Jom layan pics kat bawah ni dulu... ^_^











































NotakakiHD : Nanti nak pi lagiiii..... Cameronnn, nanti aku datang lagi yerrr.... ^_^


Friday, September 13, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 15


~FifteeN~



Bab 15



        Shahrul datang sewaktu aku sedang berborak rancak dengan rakan-rakan sebilik dan beberapa orang lagi rakan searas yang sering melepak di bilikku. Sebenarnya bilikku ini sering menjadi port mereka melepak. Sama ada petang atau malam, bilikku sentiasa penuh didatangi tamu. Apatah lagi dengan tugasku sebagai AJK Kebajikan aras dua yang sentiasa didatangi rakan searas yang ingin mengadu masalah bilik mereka seperti kerosakan lampu, tingkap, kipas dan sebagainya. Selain itu, Kak Linz selaku senior yang dihormati. Dia dulu pernah menjawat Floorept atau Ketua Aras sebelum meletak jawatan dari sebarang tugas meskipun menang dalam Pilihanraya Kolej bagi peringkat blok bagi jawatan SU Kebajikan Blok itu.



Syikin pula dihormati kerana dia merupakan antara pelajar yang paling 'senior' di blok ini meskipun wajah dan perwatakannya yang masih keanak-anakan. Dia juga di kagumi kerana dia merupakan bekas pelajar luar negara sebelum ini, tetapi terpaksa balik kerana masalah kesihatan. Kesemua pelajar blok ini memanggilnya dengan nama Kak Syikin kecuali aku dan roomatesku. Ini kerana kami pada mulanya mengagak umurnya yang sebaya kami sewaktu awal pertemuan. 

       Waktu itu, Kak Linz belum memasuki bilik itu lagi kerana senior mendaftar lewat seminggu. Kami selaku pelajar yang baru mendaftar datang awal seminggu untuk mengikuti sesi orientasi. Namun setelah mengetahui umur sebenarnya, kami masih mengekalkan panggilan asal kerana sudah terbiasa memanggil Syikin. Yati pula dikenali sebagai Yati Ganu kerana terdapat beberapa orang lagi bernama Yati di blok ini. Lagi pula, seramai tiga orang Yati yang turut menyertai ROTU bagi sesi pengambilan baru ini. Selain itu, perwatakan kami yang peramah, periang dan sekepala menyebabkan ahli-ahli blok yang lain terutamanya searas sering mencari kami sekiranya terdapat masalah.

Aku cepat-cepat bersiap. Mereka semua galak mengusikku.

"Dating…! dating…! " Mereka semua sepakat mengusik. Aku buat muka bodoh meskipun perasaan malu bersarang di hati. Namun sesekali menyengih.

"Mana aci dia nak gi dating…… Kita intai nak…" Ujar Syikin sambil disahut gelak ketawa dari Yati, Kak Linz, Ita, Kak Ina, Kak Lia, Jatt, Zazila dan Mira. Aku membuat muka selamba.

"Helleh, semalam pun dia gi dating…… Nak jelous kat orang pulak…." Usik Yati dan Kak Linz pada Syikin. Dia terdiam.

"Haa? Kak Syikin gi dating ngan sapa semalam?" Soal Kak Lia, Zazila dan Mira serentak. Rahsia Syikin berhubungan dengan Abang Hakimi itu hanya diketahui kami satu bilik sahaja. Aku gelak lepas menyindir ke arah Syikin. Sengaja membakar hatinya. Dia hanya buat muka bodoh, ala muka lembu kenyang.

"Mana ada Kak Syikin dating. Semalam Kak Syikin gi beli tiket nak balik Johor minggu depan la…." Dia berselindung.

“Ada orang tak nak mengakuuu….,” sambung Kak Linz lagi. Kak Linz, Yati dan aku berpandangan sambil mengangkat kening dan tersenyum simpul. Aku memberus rambut ikalku yang mengurai melepasi bahu. Selepas itu aku mengoles nipis lipstik di bibirku. Siap! Setelah itu aku mengatur langkah menuju ke foyer meninggalkan mereka yang masih giat mengusik Syikin pula. 

Shahrul bangun dari kerusi menunggu setelah melihatku muncul. Aku berjalan ke arahnya. Agak berdebar dan teragak-agak aku untuk bersuara, namun gembira memandangkan dia sudi ke mari berjumpaku. Inilah juga kali pertama dia ke mari berjumpaku semenjak kami bergelar tunangan di antara satu sama lain. Biasanya kami hanya bertemu secara kebetulan di fakulti atau di pasaraya.

Aku melemparkan senyuman ke arahnya sebelum memulakan bicara. Terdapat beberapa orang pelajar yang berada di foyer itu sedang menelefon. Nasiblah tiada yang aku kenali secara rapat.

"Kenapa nak jumpa saya?" Soalku padanya lembut.
"Hujan takde, ribut takde alih-alih nak jumpa…. Pelik tu…." Sambungku lagi bergurau.

Dia senyum kecil.
"Rindu…." Jawabnya turut bergurau. Aku terperanjat dengan jawapan dan layanannya terhadapku namun aku cuba mengawal dari menunjukkan reaksiku itu kepadanya.
"Ada hal la…" dia menambah ringkas.
Aku mengangguk, namun wajah tertanya-tanya.
"Nak bercakap kat mana?" Aku menyoal.
Dia diam seketika.
"Kita gi Kajang, nak?" Dia pula menyoalku.
Aku mengangkat bahu tanda tidak kisah.
"Boleh jugak…." Balasku akhirnya.
Dia senyum lagi. 
"Commeyy…," ujarnya pula. Ibu jari tangan kanan ditegakkan bersama sekuntum senyuman ringkas.
Aku sengih sambil berjalan mengekorinya. Benar juga kata Mamanya dulu, anak bujangnya ini baik orangnya namun aku memerlukan masa untuk mengenali hati budinya. Sebentar kemudian aku berhenti berjalan. Dia turut berhenti.
"Kenapa ni, ada masalah ke?" Soalnya padaku.
"Kita gi dengan kereta saya lah ya…" ucapku pula.
"Okay." Ringkas jawapannya.

Setelah itu kami beredar menuju ke arah kereta Swiftku yang berada di belakang blok. Setelah itu Shahrul memandu laju menuju ke Kajang. 20 minit kemudian kami tiba di Medan Selera Sate Kajang yang menempatkan beberapa buah gerai sate yang glamour di Malaysia ini, terutamanya Sate Haji Samuri.

Kami melangkah laju menuju ke arah meja yang masih kosong. Ramai pengunjung yang datang ke mari di hujung minggu ini. Aku memilih untuk duduk di bawah gerai payung yang agak redup. Shahrul duduk berhadapan denganku. Setelah mengambil order, pelayan terus pergi.


Kami sama-sama terdiam buat seketika. Aku menunggu bicara dari Shahrul kerana dia yang mempelawaku ke mari. Mestilah ada hal yang ingin dia bincangkan. Aku memerhati aksi orang ramai yang sedang enak menjamu selera. Aku perasan mata Shahrul sesekali merenungku tajam namun tidak aku endahkan. Aku memerhati seorang anak kecil dalam usia empat tahun yang sedang mencubit pinggang abangnya dalam usia enam tahun. Sesekali abangnya mengaduh kesakitan dan memukulnya perlahan. Setelah itu ibu mereka memarahi si abang kerana memukul si adik menyebabkan si abang mencebek mahu menangis. Aku yang memerhati adegan itu ketawa kecil. Kasihan si abang. Si adik yang mengusik tapi si abang pula yang dimarah. Aku mengulum senyum menyerlahkan kedua lesung pipit yang dalam di kedua pipiku.


Shahrul memerhati wajah manis Charina dalam diam.
Lawa! Pujinya dalam hati.

Tiba-tiba Charina berpaling seolah mengetahui Shahrul memuji kecantikannya. Senyumnya masih bersisa. Shahrul kalut sebentar, namun cuba disembunyikan.

"Ketawa kat siapa ni?" Soal Shahrul membuka bicara. Sebenarnya dia turut memerhati aksi kedua beradik tadi.

"Takde apalah. Aksi budak tu yang melucukan saya…." Jawab Charina disulami ketawa yang masih bersisa. Pandangannya dialihkan kepada keluarga tadi.

Shahrul mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia memerhati wajah bersih Charina. Tetap ceria seperti biasa. Tiada tanda dia menghadapi masalah! Shahrul bingung. Dia pasti, gadis semalam adalah tunangnya itu. Sekali lagi dia merenung wajah ayu tunangnya yang berada berhadapan dengannya. Charina yang perasan akan gelagat Shahrul itu tetapi sengaja buat tidak tahu sambil terus memandang sekumpulan pemuda selang dua meja dari mereka.

Apo kono dongan tunang den nie aee..? Soal Charina dalam hatinya.
Konfius aku. Masuk kali ni dah empat kali dia renung aku! Getusnya dalam hati. Dia berpaling ke arah Shahrul semula.

"Err, apahal awak nak jumpa saya?" Bicara Charina membuka tajuk perbualan setelah nampaknya Shahrul belum mahu membuka mulut.

Shahrul memandangnya. Senyum.

"Macam mana pelajaran. Okay?" Soal Shahrul pula.
Charina mengerutkan kening. Bertambah konfius.
Takkan datang sini semata-mata nak tanya pasal pelajaranku aje…..? Dia memandang wajah kacak Shahrul. Keningnya yang terbentuk dan hidungnya yang mancung merupakan aset Shahrul memikat gadis. Matanya tajam memikat. Deep set eyes! Namun dia tahu Shahrul hanya setia kepada Suraya seorang sahaja.

"So far, okay la…." Charina tetap menjawab soalan Shahrul tadi.
"Penting jugak soalan awak ni yea…." Sambung Charina lagi, bergurau plus menyindir.

Shahrul terbatuk. Keningnya diangkat sebelah. Matanya mencerun. Dia memahami sindiran Charina tadi. Jauh-jauh datang semata-mata menyoal pasal pelajaran. Tak logik langsung! Macamlah dekat UPM nun takde tempat untuk dia bersoal soalan itu. Selama ini mereka tidak pernah bertegur sapa apatah lagi keluar berdua! Tiba-tiba keluar semata untuk menanyakan soal pelajaran. Ish…. Dalam diam dia senyum. Mengakui ketajaman fikiran Charina.

Dia baru membuka mulut untuk menyoal peristiwa semalam apabila tiba-tiba seorang pelayan datang membawa air minuman dan kemudian datang pula seorang lagi pelayan membawa sate yang dipesan. Setelah itu mereka berlalu.

Charina menghulurkan cawan neslo panas kepadanya dan meletakkan jus tembikai laici di hadapan dirinya sendiri. Kemudian dia menyenduk kuah sate dan sambal lalu menghulurkan kepadanya. Shahrul menyambut. Setelah itu Charina menyenduk untuk dirinya pula.

"Makan la…" Suara Shahrul setelah semuanya siap. Secucuk sate di tangannya diangkat sambil mengangguk ke arah Charina. Setelah itu mereka menikmati hidangan sate itu. Setelah habis tiga cucuk, dia kembali membuka mulut.

"Erin, semalam Erin gi mana?" Soal Shahrul tiba-tiba membuka bicara.

Charina berhenti makan dan memandang Shahrul. Fikirannya berputar ligat. Semalam dia ke PD. Jangan-jangan…..

"Err, semalam Erin gi jalan kat Sunway Piramid….," pantas dia menjawab. Hatinya gementar. Mungkin Shahrul ada melihatnya sewaktu mereka melalui kawasan pantai yang ramai orang semalam. Mungkin dia ada bersama Suraya semalam…

"Window shopping jer.. tak beli apa pun….. " Charina menambah. Dia berlagak selamba. Bukan niatnya untuk menipu Shahrul, tapi sekiranya Shahrul mengetahui rakan sekolejnya cuba mencerobohi tunangnya semalam pasti kalut satu kolej dan seterusnya satu Universiti. Dan akhirnya namanya sendiri yang tercemar! Ini yang ingin dia hindari. Dia nekad untuk menyembunyikan rahsia itu dari semua orang.

"Betul nie….?" Soal Shahrul meragui kata-kata Charina.

Charina mengangguk.

"Betul!" Jawabnya tegas.

"Awak pergi sorang diri?"

Charina mengangguk. "Err dengan Tina, kawan dari KMR"

Semalam pun dia membuat helah yang sama kepada rakan sebiliknya, dia mengatakan seorang rakan dari Kolej Mohamad Rashid (KMR) yang datang secara tiba-tiba mengajaknya ke sana, sehinggakan nasinya pun tidak sempat dimakan. Nasib baik mereka tidak bersoal jawab panjang.

Shahrul terdiam. Fikirannya memutar kembali wajah gadis yang dilihatnya semalam.

"Betul nie?" Soalnya lagi. "Awak tak tipu…?" Duganya lagi.

"Betul…." lembut namun tegas Charina mengiakan. "Kenapa ni, ada apa?" Soalnya lagi berlakon.

Mungkin Shahrul nampak dia semalam. Hatinya mengecut. Macam mana kalau Shahrul tidak percaya? Matilah aku! Dia tidak dapat membayangkan jika Shahrul masih berkeras menyoalnya soalan tadi.
Shahrul kelihatan berfikir sebentar.

"Takpelah, mungkin saya salah lihat…." Suaranya perlahan sambil menyambung makan. Kemudian dia meneguk air neslo panasnya. 

Darah Charina terasa meluru ke mukanya.

"Lihat sapa…?" Soalnya ingin mencungkil.

Sekali lagi Shahrul meneguk airnya.

"Semalam saya rasa saya melihat awak dalam sebuah kereta Civic mengekori sebuah kereta polis kat PD." Terang Shahrul panjang lebar. Suasana hening seketika.

"Tapi… mungkin jugak mata saya silap pandang.." sambungnya lagi perlahan seolah bercakap pada dirinya sendiri.

Hati Charina berdebar kencang namun dia cuba berlagak selamba. Dia melindunginya dengan tunduk mengacau air jus tembikai laicinya berkali-kali sambil menarik nafas perlahan. Moga-moga Shahrul tidak perasan! Doanya di dalam hati.

"Takpalah… mungkin saya silap…" suaranya lagi. Dia berfikir-fikir seketika. "…tapi, saya rasa lelaki yang memandu Civic semalam tu kawan awak yang kita jumpa di X-tra hari tu…," Sambungnya pula. Charina tersentak.

Pulak dah…!! Tak habis lagi….. Mampusss akuu….. rintih Charina dalam hati.

Shahrul memandangnya tepat. Mencari jawapan. 
Charina serba-salah.

Apa aku nak jawab nih? Fikirannya berputar ligat mencari helah.
"Mungkin orang lain tak…." Charina menjawab pendek. Mencipta helah.

"Tapi mukanya mirip wajah kawan awak aritu… sapa namanya tu, Faizul ya…?" Rupanya dia masih mengingati nama Faizul. Rasa cemburu menyelinap di hatinya.


Charina mengiakan.
"Faizul Azlani." Aku menambah nama belakang pemuda berumur 25 tahun itu.

Shahrul angguk.

"Mungkin jugak dia… manalah saya tahu sebab saya takde kat situ…. Tapi perempuan tu bukan saya… Awak yang silap tengok kot." Ucap Charina mencipta helah, berlagak seolah dia tidak mengetahui apa-apa. Dia mengelus-elus leher dan rambutnya yang terurai melepasi bahu.


Shahrul berfikir seketika. Mungkin juga…. Mungkin juga sebab wajah Charina sering bertamu di matanya sejak akhir-akhir ini menyebabkan perempuan yang dipandangnya itu dikelabui oleh wajah Charina.


Dia mengangguk-angguk seketika.

"Yalah kot…." akuinya sambil tersengih. Dia malu untuk memberitahu Charina bahawa wajahnya sering menghantui fikirannya sejak akhir-akhir ini. Entah-entah budak ni gunakan ubat kenakan aku kot…? fikirannya kreatif seketika, hanya untuk memuaskan hati sendiri.

"Awak pakai ubat ke?" Soalnya tiba-tiba. Apa yang difikirkan terluah tiba-tiba tanpa disedarinya.
"Apa?" Soal Charina terperanjat.
"Apa apanya?" Soal Shahrul kembali kepada Charina.
"Awak cakap pasal ubat tadi…." Jelas Charina pula.
"Ubat? Ohh….!" Laa… terlepas cakap pulak. Ingatkan cakap dalam hati tadi. Ish…
"Ubat apa?" Soal Charina lagi.
"Takde, kawan saya batuk-batuk. Dia pesan belikan ubat tadi. Tolong ingatkan saya nanti balik ya. Nak singgah farmasi sekejap." Shahrul berdalih.

"Ooo, begitu… ingatkan ubat apa tadi…," balas Charina. "Sakit apa?"

"Sakit orang perempuan…." Shahrul sengih mempamer barisan giginya yang tersusun cantik. Kelihatan samar-samar lesung pipit di pipi kiri.

"Gatal! Orang tanya serius ni…."

"Okay.. okay… serius ni," Shahrul mempamerkan raut serius. "… Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika…." Dia senyum lagi. Aduh! hensemnya tunangku ni...  Namun pujian hanyalah dalam hati sahaja.

"Waa.. jauh tu kena gi beli tu…. Kena gi Afrika nampaknya ni…." Balas Charina pula berlawak.

Mereka sama-sama ketawa. Kemudian mengingatkan inilah pertama kali mereka bergurau senda penuh mesra sebegitu, kedua-duanya serentak terdiam. Melihatkan kebetulan itu mereka tersenyum sendiri akhirnya.

"Okaylah, Insya Allah…. Nanti saya ingatkan."Ucap Charina sejurus itu.

Shahrul mengangguk.

Saya tipu jer la….., hati kecil Shahrul berkata-kata. Dia meneguk air. Setelah itu menghabiskan cucuk terakhir sate. Charina sekadar memerhati.

"Kita bayar ya…" soal Shahrul setelah semuanya selesai.
Charina mengangguk. 

Shahrul mengangkat tangan memanggil pelayan untuk membayar. Kebetulan brader yang berbaju belang bertopi merah itu sedang memandang ke arah ini. Dia terus berjalan ke mari. Setelah siap mereka kembali ke kereta. Setelah itu Shahrul memandu balik ke Serdang. Sampai di persimpangan lampu isyarat menuju UPM, Charina mengingatkan pasal ubat tadi.

"Haa… nasib baik Erin ingatkan, Abang lupa tadi…" ujar Shahrul ringkas. Dia memandu terus menghala ke Seri Serdang melalui lampu isyarat yang sedang hijau itu.
Erk, Abang??!

Shahrul dan Charina sama-sama terkejut dengan kata-katanya tadi. Meskipun agak malu dengan katanya tadi, namun Shahrul selambakan sahaja mukanya sambil bersiul rancak. Dalam hati, tuhan sahaja yang tahu! Mungkin ini bermakna hatinya sudah mulai menerima diri Charina…., fikirnya sendiri. Dan dalam masa yang sama Charina turut berpendapat demikian. Mereka menyimpul senyuman sendiri sambil menyulam perasaan masing-masing. Rama-rama berterbangan di sana sini. Agak lama masing-masing berdiam diri sebelum sekali lagi Shahrul bertanyakan soalan awal mereka tadi.

"Betul Erin tak gi PD semalam ni?"

Charina berpaling ke arahnya dan mengangguk. "Betul…." Sambungnya meyakinkan anggukannya tadi. Sekali lagi hatinya kalut sebentar.

"Bukan apa, Abang takut Erin ada menghadapi apa-apa masalah jer… " terangnya tanpa dipinta. Charina menghadiahkan senyuman.

"Kalau ada apa-apa tu, beritahulah Abang… Jangan segan….. Anytime i will attend to you..." sambungnya lagi.

Sekali lagi Charina senyum dan mengangguk perlahan 
"Yalah… In Shaa Allah.." 

Nasibnya baik kerana luka-luka di pergelangan tangan terlindung dengan cardigan yang dipakainya. Charina juga amat berhati-hati mempamerkan bahagian tangannya itu dari roomatesnya yang lain. Mujur mereka tak perasan! 

"Macam tu lah tunang Abang…" Shahrul senyum meleret.

Charina turut senyum. Dia merasa bahagia memandangkan sikap Shahrul padanya telah berubah. Nampaknya dia sudah dapat menerima kehadiran aku sebagai tunangannya, bisik Charina sendiri. Dan dah membahasakan dirinya sebagai Abang pun.….
Allhamdulillah….

Sekilas dia memandang Shahrul yang leka memandu. Namun dalam diam dia merasa bersalah kerana berbohong kepada Shahrul. Dalam diam Charina mengakui dia masih terasa agak ketakutan mengenangkan kisah semalam. Masih terasa tangan kasar Farid menyentuh dan merabanya. Masih terasa cengkaman tangan sasa Farid di pipinya. Dan juga ciuman Farid di mukanya……. 

Dia memejam mata. Ingin dia lemparkan semua ingatannya, namun dia gagal. Dia sedar, selagi dia masih bernyawa, ingatan itu tetap kekal di ingatannya sebagai lipatan memori. Betul kata-kata Azmi semalam, nasib baik mereka cepat sampai kalau tak… entahlah apa yang akan berlaku kepadanya… Tanpa sedar, dalam diam dia mengeluh.

"Kenapa Erin…?" Suara Shahrul yang menyoalnya mengembalikan dia ke alam nyata. "Kenapa mengeluh ni…?" Soalnya lagi ingin tahu.

"Eh, mana ada.. Takde apa-apalah" Pantas dia menafi dan menggeleng kepala.

"Mana boleh, takde apa-apa boleh mengeluh…?" duga Shahrul pula, masih belum mahu mengalah.

"Takde… cuma risau dengan result Intermediate Accounting yang exam minggu lepas je…" Charina mencari helah.

"I see…. Macam mana hari tu, okay tak?" Soal Shahrul lagi prihatin.
"Okaylah… tapi risau gak ni… satu section soalan tu Erin terlupa jawab, lepas habis baru Erin sedar. Ish…!" Jujur dia menjawab. Namun bukan itu yang dia fikirkan tadi.

"Soalan besar ke soalan kecil?" Soal Shahrul lagi.

"Soalan kecil… Mula-mula tu Erin skip dulu soalan tu.. Ingat nak jawab kemudian.."
"Hah, kalau camtu banyak can lagi la nak lulus…."
"Yalah, tapi entah yang lain tu betul ke tak…."
"Sebab tulah dia dinamakan test… ujian.. Sebab dia nak uji minda kita… Reti..?"
"Saya faham, cikgu…." Jawab Charina.
Mereka ketawa serentak.

"Yalah, cikgu pun cikgulah…." Balas Shahrul.
Dia membelok kereta menghala ke kanan dan berhenti di sebuah farmasi di situ. Selepas meletakkan kereta di tepi jalan, dia keluar.
"Erin tunggu sini ya…" pesannya.
Charina mengangguk.

Shahrul berjalan menuju ke farmasi dan membuka pintu kacanya.

"Kopaklah duit akuuu….." ujarnya perlahan kepada diri sendiri. Dia senyum. Takpelah, nak cover line punya pasal duit dia melayang dalam RM 8.50 kerana membeli ubat batuk seperti yang diberi alasan tadi kepada Charina. Setelah selesai dia kembali ke kereta.

"Dah beli dah?" soal Charina.

"Dah!" Sambil menunjukkan ubat batuk itu kepada Charina.

"Ooo… tak lah jauh sangat nak membelinya… taklah sampai Afrika nun…" Charina berlucu.

"Haa, yalah tu…" Ujar Shahrul sambil memasukkan gear dan menekan pedal minyak kereta. Kereta meluncur laju. Dalam 10 minit kemudian mereka sampai di kolej Charina. Selepas mengucapkan terima kasih dan jaga diri, Shahrul pun beredar.

"Shah…. Eerr.. Abang…" Panggil Charina dari belakang.
Shahrul berpaling.
"Terima kasih…." Terputus kata-kata Charina.
Shahrul mengerutkan dahi tanda tidak faham.
"Pasal belanja hari ni…"
"Oh…"
"…dan… pasal bunga hari tu…" sambung Charina lagi. 
Menduga sebenarnya. Dia tunduk.
Shahrul senyum dan mengangguk.
"Abang balik dulu…" ujarnya dan terus menyambung langkah gagah.

Charina mengangguk. Dia berdiri di situ melihat Shahrul menuju ke TZMnya sehinggalah bayang Shahrul lenyap ditelan kegelapan malam. Setelah itu dia berlalu ke biliknya sendiri.

Wednesday, September 4, 2013

Tuesday, September 3, 2013

Info : Tafsir Mimpi - Part 1




TAFSIR MIMPI

Abu 
Jika anda bermimpi tersembur dan atauu kena abu dalam hidung hingga seolah-olah tidak bisa bernafas menandakan didalam pekerjaan anda saat ini sedang ada yang tidak beres.

Adinda
Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih (adinda) anda menandakan Anda akan dikurniakan pekerjan mulia dan tinggi.

Adegan 
Jika anda bermimpi menonton adegan lucu, dan pertunjukan jenaka menandakan bahwa anda akan memperoleh suatu keuntungan yang baik dalam pekerjaan.

Ajar 
Jika anda bermimpi diajar oleh orang terutama guru atau orang tua menandakan ada Suatu kehormatan yang akan diperoleh.

Admiral 
Jika anda bermimpi bertemu dengan seorang/banyak admiral berarti hidup usaha (dagang) anda dan dikehidupan sosial sangatlah maju. Dan jika seorang wanita yang bermimpikan bertemu dengan admiral akan bersuamikan sorang duda yang terhormat dan kaya raya.

Air 
Jika anda bermimpi berjalan diatas air alamat anda akan beruntung. Sedang mimpi tenggelam dalam air sungai alamat buruk. Dan bila bermimpi lihat air masuk kedalam rumah alamat anak dan anda akan mengalami sakit. Anda bermimpi menangis melelehkan air mata alamat akan datang kegembiraan. Dan memimpikan air buah menandakan tak lama lagi (dalam hitungan hari) akan menerima kabar gembira dari sanak famili atau teman Anda. Mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapatkan rezeki. Mimpi melihat air mengalir, bermakna aka mendapatkan kabar yang mengejutkan

Ayah
Jika anda bermimpi ayah Anda dan bunda (tegasnya) melihat orang tua berarti sangat baik sekali kehidupan Anda selama ini dimata mereka.

Ayam 
Jika anda bermimpi melihat ayam terbang ke pohon menandakan Anda akan menerima uang. Mimpi melihat ayam betina mengeram alamat akan dikaruniai kebaikan. Sedang anda bermimpi melihat ayam sedang bertelur, alamat akan mendapat untung. Dan bermimpi membeli atau dapat ayam jantan alamat Anda segera mendapat anak. Bermimpi ayam anda dicuri orang bertanda akan bersedih hati. Memelihara anak ayam artinya Anda jangan gaduh (gelisah, resah) dengan rezeki sekarang. Sedang bila mimpi memberi makan kepada ayam artinyua pekerjaan anda akan bertambah maju dan sukses segala yang dicita-citakan.

Ayu 
Jika anda bermimpi melihat perempuan yang ayu dan cantik alamat Anda akan bersedia dalam lamaran atau dilamar orang dan semua yang anda ingin jika tidak disertai dengan hal-hal yang Anda harapkan akan mengalami kegagalan walaupun sesungguhnya cita-cita tadi besar artinya.

Ayunan 
Jika anda bermimpi tidur diatas ayunan, Anda akan dibawah berlayar (pergi jauh). Mimpi duduk berayun dengan seorang yang berlainan kelamin alamat akan segera tiba jodoh. Sedang mimpi jatuh dari ayunan bertanda akan ada rugi besar dalam perdagangan.

Aktris 
Jika anda bermimpi menghindari suatu pertunjukan yang dilaksanakan oleh seorang aktris ternama berarti anda akan dapatkan kemewahan yang berlipat banda. Kalau anda sendiri yang jadi aktris, alamat segala cita-cita dapat tercapai.

Akrobat 
Jika anda bermimpi dalam satu pertunjukan akrobat ditengah udara tanpa kecelakaan si pemimpin (orang yang posisinya diatas anda pimpinan anda) akan beruntung kalau yang dilihat itu ada kecelakaan atau jatuh maka perjalanan atau rencana anda baiknya jangan dulu diteruskan karena besar kemungkinan mengalami banyak rintangan. Dan jika anda sendiri yang menjadi akrobat artinya pandangan mata masyarakat kepada anda tidak dihiraukan atau penuh ejekan.

Alam 
Jika anda bermimpi bermimpi melihat keindahan alam yang luar biasa alamat anda akan terlepas dari susah dan rugi. Dan kalau anda sedang sakit (tertimpa musibah) akan sembuh seperti sediakala.

Alun
Jika anda bermimpi melihat alun ombak bertanda rezeki anda sedang dipermainkan keadaan sebentar naik sebentar turun.

Album 
Jika anda bermimpi melihat foto-foto dalam album baik orang-orang atau pemandangan-pemandangan indah, bertanda anda yang selama ini ditunggu-tunggu kesudahannya akan mengalami kepahitan tapi juga bisa teratasi dan ada kemungkinan dapat kawin.

Alkohol
Jika anda bermimpi meminum barang alkohol sehingga (yang memabukkan) seolah-olah tidak tahu dunia lagi, bertanda anda akan mengalami badan yang sehat, pikiran waras dalam menghadapi sesuatu peristiwa kehidupan jasmani dan rohani.

Almari Pakaian
Jika anda bermimpi membuka lemari pakaian dan yang membuka itu adalah perempuan maka ia akan berlimpahan pakaian kelak dikala ia bersungguh-sungguh mencari hidup.

Amal 
Jika anda bermimpi sering meramal (melakukan perbuatan baik misalnya menyumbangkan dana dsb), Dalam kenyataan anda tidak perlu lagi beramal. Dan jika anda menerima amalan dari orang lain, alamat harus hati-hati dalam waktu-waktu dikala anda sedang ditimpa susah. Kebalikan dari itu bila anda mimpi menjadi kepala amal dari suatu masyarakat atau orang banyak.

Anak 
Jika anda bermimpi melihat, memelihara, mempunyai mendengar anak, alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau anda bermimpi mempunyai anak laki-laki. Mimpi melihat anak-anak bermain bermakna akan mendapatkan jodoh.

Anak Yatim Piatu
Jika anda bermimpi memelihara atau memungut anak yatim, alamat rezeki anda akan segera membumbung. Dan bila mengunjungi rumah yatim, alamat akan menerima khabar baik dari kalangan keluarga yang dekat. Kalau bermimpi anda sendiri yang menjadi anak yatim bertanda anda hidup penuh kemewahan dan kebahagiaan, sahabat banyak yang menolong dan kasih sayang selalu datan dari mereka.

Anak Domba
Jika anda bermimpi bermain-main dengan seekor/beberapa anak domba bertanda kehidupan rumah tangga anda akan memuncak. Dan anak-anak anda akan sukses dan bahagia hidupnya bila anda bermimpi memberi makan kepada anak domba atau domba-domba lainnya.

Anak Kucing
Jika anda bermimpi bersenda gurau atau sedang bermain-main dengan anak kucing, alamat anada tidak usah susah-susah soal kehidupan dan peri laku perekonomian anda, sekali waktu dalam tempo yang singkat anda segera dapat senang. Mimpi melihat atau mengamat-amati kucing yang sedang tidur, alamat ketentraman rumah tangga anda akan tercapai. Sedang anda mimpi dicakar kucing alamat anda sedang diganggu dan atau akan diganggu oleh orang yang sesungguhnya lebih bodoh dari anda.

Anjing 
Sedang mendengar atau melihat anjing menggonggong alamat ada seorang kawan, teman, sahabat, kenalan, yang berikhtiar membelokkan anda dalam kejahatan (sesuatu yang berakibat buruk untuk anda). Dan bila anda melihat seekor anjing datang pada anda menggoyangkan ekornya bertanda ana akan dapat menyelesaikan suatu urusan penting dengan segera, dan Jika anda bermimpi merawat seekor anjing atau beberapa rezeki anda akan memuncak gemilang.

Ambruk/Roboh
Jika anda bermimpi beberapa tembok rumah anda sama ambruk atau roboh bertanda tangga rumah tangga anda akan berantakan.

Angsa 
Jika anda bermimpi melihat angsa bertanda pertumbuhan cinta kasih anda akan bersemi (tercapai). Dan bila anda bermimpi melihat angsa berbunyi, alamat anda akan (harus) menerima nasihat dari siapapun saja mengenai persoalan yang ada hadapi.

Angin 
Jika anda bermimpi angin ribut menyerang rumah, alamat anda sewaktu-waktu akan meninggalkan rumah dan atau kampung halaman.

Angin Besar
Jika anda bermimpi angin bersar Anda akan segera menerima surat dan khabar. Sedang mimpi angin santar alamat anda akan mengalami sakit.

Angin laut
Jika anda bermimpi angin dari laut, alamat negara atau setidak-tidaknya masyarakat anda rusak, dan kalau negara akan timbul peperangan.

Anglo 
Jika anda bermimpi melihat anglo penuh berisi bara atau arang yang masih ada apinya alamat keberuntungan yang segera tiba.

Anak Panah
Jika anda bermimpi mendapat anak panah atau gendewo bertanda anda akan dibantu orang samapai cukup (mampu untuk melakukan keinginan anda sendiri).

Adu 
Jika anda bermimpi beradu senjata dengan orang lain atau teman, alamat akan timbul pertengkaran yang anda sendiri tidak mengalami sakit.

Alas 
Jika anda bermimpi keluar dari alas atau hutan bertanda anda akan kehilangan uang atau sesuatu yang beharga.

Api
Jika anda bermimpi membawa api didalam perahu, bertanda akan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Tanah mendadak keluar api bertanda anda akan mengalami gangguan kesehatan. Melihat api dari jauh, alamat akan panjang umur, sedang api itu warnanya hitam, alamat anda akan segera menemukan apa yang anda cari. Bila bermimpi melihat api menyala di dalam rumah bertanda akan mendapat kebaikan dari Yang Maha Kuasa dan bisa juga makna yang terbalik dari itu anda diminta lebih berhati-hati lagi. Mimpi melihat api turun dari langit dan membakar rumahnya sendiri (anda) bertanda akan mendapatkan rezeki atau uang yang banyak. Dan bila mimpi anda sedang memadamkan api bertanda akan dapat menyelesaikan kesukaran yang sekarang dihadapi. Mimpi melihat api di kuburan, bermakna akan berumur panjang.

Arak-arakan 
Jika anda bermimpi melihat arak-arakan, baik arak-arakan Tionghoa atau lain-lainnya bertanda kehidupan anda mengalami banyak kesukaran peristiwa dan lain-lain yang anda harus bekerja dan membanting tulang dalam selama berhari-hari untuk menyelesaikannya.

Arsitek
Jika anda bermimpi seorang arsitek Anda akan mendapat penghargaan yang tinggi dalam memburuhkan (memperkerjakan) tenaga kepada orang lain.

Asap 
Jika anda bermimpi melihat asap, bertanda akan mendapatkan sakit sedang asap yang tidak berapi, bertanda akan ada khabar yang bohong yang akan diterima. Melihat asap hitam keluar dari rumah, menandakan akan dapat sakit. Sedangkan melihat asap berkepul-kepul, alamat segala apa yang dicita-citakan tidak akan tercapai.

April 
Jika anda bermimpi seolah-olah berada dalam bulan April, bertanda sukses pekerjaan, roman baik, kebahagiaan naik dan kesengan memuncak.

Agustus
Jika anda bermimpi berada dalam bulan Agustus bertanda Segala yang berkenaan dibulan Agustus kemungkinan besar akan tidak berhasil dan segala pekerjaan hasilnya kurang memuaskan.

Apel
Jika anda bermimpi memakan buah apel bertanda anda akan menghadapi sukses yang baik dan tinggi. Mimpi Apel diatas meja alamat presentase kedudukan anda akan naik terutama pandangan dari masyarakat.

Apung 
Jika anda bermimpi dalam keadaan terapung (ditengah air) kemungkinan anda dalam berusahan tanpa fundament yang kokoh dikarenakan kurang kuat perhitungannya. Apung (terapung-apung) dalam sugai atau lautan itulah suatu tanda akan gagal dalam usaha. Bermimpi seekor ikan atau terutama ikan duyung sedang terapung-apung dilautan alamat suksenya dalam perkawinan atau perihal cinta.

Anggur 
Jika anda bermimpi (Pria) yang meminum anggur alamat ada seorang kawan yang dapat menolong dalam sepak terjang, sedang bila yang minum itu seorang perempuan alamat akan menghadapi kawin setahun lagi.

Asuransi 
Jika anda bermimpi menerima polis asuransi kantor bertanda akan naik kondisi keuangan anda.Asin Jika anda bermimpi merasakan air asin atau minum air sungai terasa asin bertanda akan dapat uang dari inisiatif (pemikiran awal) yang kurang jujur.

Atap Rumah
Jika anda bermimpi duduk atau berdiri disebuah atap rumah alamat segala cita-cita tercapai dan bila anda waktu duduk dengan seorang teman karib bertanda anda dapat keperuntungan yang baik dalam suatu usaha dagang.

Awan 
Jika anda bermimpi melihat awan putih alamat kebahagiaan dalam perkawinan sukses dalam perdagangan dan kesehatan terpelihara dihari tua. Mimpi awan mendung gelap peringatan anda harus hati-hati, karena segala barang yang disuka. Mimpi awan terlihatnya merah bertanda suatu desa akan ditimpa celaka dan mungkin kampug anda. Mimpi melihat awan menghitam bermakna akan datang satu kesusahan.

kredit : http://tafsirmimpi.blogspot.com

Selingan : You've Got Mail





Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu menghempas pintunya lalu meluru masuk ke rumah.

Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dihempas lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut dengan lebih keras daripada sebelumnya.

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya kepada wanita itu, "Apa masalah awak ni?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Masalah saya... Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "You've Got Mail!!"


Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...