Wednesday, December 29, 2010

CERITERA Bola : Tahniahh!!! Malaysia Juara Baru AFF Suzuki Cup 2010


yeaahhhh... piala ini milik kita..... bravoo for the team... u ols the bestttt!!! terbaekkkk.....


~Lihatlah sekitar alam...
Dunia luas terbentang...~


Tahniah!
Bravo....!

Buat team Harimau Malaya
di atas kejayaan merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup
(formerly known as Piala Tiger) buat julung kali~selepas 14 tahun Piala ini diperkenalkan pada 1996~

Walaupun kita kalah 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno (SGBK)
namun, dengan kemenangan 3-0 di Bukit Jalil Ahad lepas
memberikan kelebihan aggregat 4-2 kepada team negara.. syabbas bettey..!

i luv u guys....
especially My Apex... kekeke

tapi dia dah ada gepren dah...

and not forgottan, our penganten baru.. MatYo...
and our top scorer.. Safee Sali.... and the rest of the team...


We win of the game...... football!!!



tuu dia... komen from rio Ferdinand kt akaun twitter dia... *wink*

NotakakisikukiriHD: Bangga menjadi rakyat Malaysia... *senyum*
Eh.. tetiba rajin plak...
konon hak tadi last posting of the year la kan...
keh keh keh... saja!!!

ehh.. tetiba idea ilang pulak..
tadi sepintas dia ada....
camane neh...??

idea oh ideaaa....
kembali lah dikau...
sepintas kilat kau pergiii..? chehh!!!!


NotakakisikukiriHD: ntah pape! *jelir*
hurmmmm.. bila la aku nak menukau template neh... nak kaler2 takleh.. nak centre2 takleh... nyampas.. tapi malas.. camne..

CERITERA Bola : Go Malaysia Goo..!!


amacam.. best tak Markus? kah kah kah...

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Haaa.. skang dah 29th Dec 2010. Tinggal 2 hari jer lagi tahun 2010 nak melabuhkan tirainya... So, alang2 tahun nak berakhir kan.. aku agak la.. saja nak kasi hapdet la sket... (ntah bila la lagi berhapdet pasni tak tentu lagi kan.. keh keh)

So, malam karang Final Ke-2 Piala AFF Suzuki (Swift ;D)

Can't wait for it...!!!! Yeahh..!!!

Seronok tgk prestasi skuad negara sekarang neh semakin meningkat dan menjadik!
Seronok dengar sana sini dok gebang dok sembang pasal bola... malaysia lak tuh...
biasa dok dengar kelab2 omputeh tu je kan.. MU la Chelsea la Liverpool la.. dan dan dan dann....
macam2 lagi la... jenuh nak senarai kt sini nanti.. *jelir-cheeky*

Mcm2 siri citer propa yg depa (indon munguks.. ~hehehhh~ dok provoke... takleh terima kekalahan.. wwooo!! ntah pape...

Harap Malaysia boleh main best dan best dan sebest malam Ahad lalu!
Puas hati la tengok dorang main malam tuh....!


kalau depa pakai rayban sambil main bola camane agaknya ye... hahaha.. musti lawoks..
bukan plawok.. keke.. (HKLBR)


dan, tambah yg membanggakan lagi... sebab ada Apex (Khairul Fahmi) ngan MatYo (Noor Shahrul Idlan Talaha - from TRW beb yg main... and dorang memang mantopsss! perghh! *sengih*



Amacam.. ada machoo tak..??

Ok, aku ada letak link GF Apex neh kat LEPAKING sebeleh sinun...
(nota tambahan : dah tunang - now dah putus tunang dah punnn) <-- updated on Apr'2012
kalo rajin nak lepak2 sana pun best.... all new updates tuh...
Macam2 hampa leh baca.. Love Story pun ada, hokay...


NotakakisikukiriHD: Buat dak Emaku... jangan meraung. hokay.... Ai tauu u minat KFCM tuh kan.. kan..... layaaannn.. kihkihkih!

Tuesday, December 14, 2010

Saman oh Saman!

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Hehe, maklum la.. hari ni kan 14 Dec'10. Tarikh apa yer..?
Tarikh apa kawan2..? tak tau... Yang tak tau takpe, daku memahami sebab kome
'budak baik' esp. yg memandu ittew la... *wink* Kalau yg agak2 nakal, agak lasak sikit mungkin paham tarikh hari ini tarikh apa.. *sengih kerang*

Ok, selain arini adalah hari ulangtahun kelahiran Ana, adikku yg dah beranak dua itu *sengih lagi*.. Hari ini adalah tarikh akhir untuk bayaran 50% discount utk S to the A to the M to the A to the N... yeaahh, SAMAN!! keh keh keh... Kalau tak bayar, nak bayor roadtax problem weh... *keh keh keh lagi*

Aku ada 4 saman... (tak le banyak nau kan..) *sengih dan sengih, sengih lagi* Dua/tiga daripadanya adalah dari yg be-be-be-berapa tahun terdahulu. Satu tu dari tahun 2001 tak silap.. di saman atas dasar NO HELMET, apa kes..? sedangkan itu adalah keretaku yg terdahulu.. huhehooo.... Skang dah tukaq pakai kete len dah hah... Bayorkan je la... Satu seatbelt (baru je kena bulan lapan aritu, first time kena, haha!-rasain, lho!) Satu speeding.. pun dah lama dah neh 2002 kot.. *jelir* satu lagi halangan lalulintas kot.. adesss... parking tempat yg tak sepatutnya la kot tuh... *senyum merah, tunduk*

Huh, seb baik dah settle dah hari Sabtu haritu.. 11 Dec'10 wa dah bayar, hokay.... - Bangga sebab dah bayar neh *hinsshhh, hinsshhh* Pagi2 Sabtu aku dah bersiap nak pi balai Polis Jalan Bandar, KL nun... So, pi la ngan Wanie (adik aku gaks).. konon pagi la sangat kann.. kul 915 am baru smpai.. tgk dari luar dan kat jalan macam takdak oghang jerk... Aku parking kt dalam kawasan kete eksiden kena tunda tuh - sebab pree pun ya, sebab lagi satu.. tu jer tempat yg aku tau, hehe.. -Lagipun, kete ni pernah masuk situ pun tahun lepas.. huhu-kes kecurian then kena langgar dan lari then kena baiki then and then, then, then.... Lagi satu sebab berdepan jer ngan balai polis tuh.. so, dokek yo kan...

Masuk pintu, abang (ke adik? hehe) tanya, nak pegi mana cik..? Aku cakap, bayar saman... Mata dah pandang satu notis SEGALA URUSAN SAMAN SILA KE KAUNTER BELAKANG. Ahdik Ahbang Puhlis tu pun cakap la... "ramai tu...." aku senyum dan iya kan jer la... cepat2 jalan konon nak nombor cepatkan.. Sekali, ameeekkkkk!! ramai kau..
Aku pun pi la picit nombor, dan berjaya la dapat nombor 1191 pada pukul 9.16am tak silap.... tgk tgk, nombor sekarang adalah pada nombor (lupa dah) tapi... 100 nombor ke hadapan.. WHAT!! *mata buntang* heh, tak heran la... dengan sebegitu ramai.. aku pasrah jer la.. Janji settle dan bayor sebelum tarik tutup 14 Dec'10 kannn, kann.....


BALAI POLIS TRAFIK JALAN BANDAR, Key Ell....

Tambahan Roadtax dan insuransku dah kena renew hujung bulan ini! Itu lah pasalnya... hahahaa.. kalo tak mau kena bayar roadtax nam bulan jer. Heh... so, dah ada diskaun 50% neh.. apalagi... jom jom jomm... jom bayar! bayar! -ikut nada jom heboh, hokay- *sengih*

Kebetulan, dalam dok jalan ketepi amek tempat sebab dah dipenuhi sekalian ummat nak bayor saman tuh.. aku nampak satu pakcik sedang duduk dibangku menunggu terkuit2 panggil aku ngan tangan dia.. Aku pun pi la.. dia tanya, dapat nombor berapa? Aku pun cakap la sambil tunjuk angka giliran aku.. 1191.. Aku pandang pakcik tu, sempat gak buat penilaian seimbas lalu.. kemas, segak dan masih tegap walau mungkin dalam usia 60 plus mungkin menghampiri 70 gak kot -but look 50 plus-... pastu dia cakap, kebetulan, dia ada teramek 2 nombor tadi.. dia tunjukkan la satu nombor pada aku... 1 0 3 5.. waahhhh!! Alhamdulillah..... cuba tolak, 1191 dengan 1035, berapa dapat murid2..? yeaaaa.. 156 lebih awal... Aku tgk, nombor yg pakcik tu amek dalam pukul 9.04 minit pagi, aku 9.16 pagi... cuba tgk in between nombor2 itu ditekan.. perghh!!


tu dia nombor giliran yg berjaya ditukaQ!

Rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicarik.. aku amek sambil ucap terima kasih dan bagi nombor asalku kt Pakcik Othman neh.. Mungkin dia ble bagi kat org lain pulak.. Aku tanya la nama dia pastu.. Org berbudi kita berbahasa la kan.. So cuba la berborak.. lagipun taktau nak pi mana lagi dah, ramai benau orangnya.. aku tanya la, anggota pun nak kena bayau saman gak ke..? sebab pelik kan.. dia terkejut kot, walau berpakaian civillian. ble lagi org cam. Dia cakap bayar yg dah lama-lama-lama punya.. I see.. Borak serba sedikit. Wanie pun join, datang pulak satu akak neh main menyampuk2.. Pakcik tu bagi nombor aku pada dia pulak.. Sebab akak tu dapat nombor 1248 (selang 5 6 minit jer) Sudahnya kami berempat yg tak kenal banyak pulak boraknya jadik perhatian org2 sekeliling pulak.. ekekkee... Pastu datang lagi satu family neh, mak ayah anak, punn join sama.. ekkee.. buat kawan la pulak... Masa mula2 kaunter yang dibuka hanya 3.. kemudian menjadi 6 kaunter kot.. dan pantas. Gambo2 kalo rajin aku upload kendian. ;)

So, dum dam dam dumm.. dalam jangkamasa sejam dan settle semua.. dalam ten ten, aku dah settle dah... anggaran awal yg ble tahan banyaknya... aku hanya perlu bayor RM 170.. waahhhhh!! tu yg hepi sakan tuh..... Hilang satu masa-elah.. hehe..

Balik tu terus pi KLCC plak. Kul 11 kt sana, makan2 then pi PC & Electronic Fair kat KLCC (Convention Centre) plak... sempat lagi membuang duit kat situ.... Fuhhh!! Oh, my new notebookku.... hiiiiiii~~


dah balik tu teruih kami ke KLCC, besttt! dapat belon ngan laptop.. :D



NotakakisikukiriHD: Ok, pada sesapa yg tak bayor saman lagi tu.. copek2 la yer... Selepas hari ni katanya diskaun dah turun jadi 30% sehingga hujung tahun... Pastu, awal tahun back to normal kot?? Ntah... just wait and see... hihi...

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيمَ


1431H sudah hampir ke penghujungnya..
Mari kita berkongsi Doa Awal Tahun dan AKhir Tahun ini bersama-sama..



DOA AKHIR TAHUN
DOA akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



DOA AWAL TAHUN

Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam.


Semoga Tahun Baru ini memberi kita lebih keberkatan dan semoga segala
yang diidamkan dan diusahakan berhasil dan diperkenankanNYA.. Aminnn..

NotakakisikukiriHD: ..demikian juga hendaknya harapan buat diri ini... Semoga di rahmati Allah selalu.. semoga segala sikap dan perihal negatif di dalam diri berjaya dihumban.. dan meraih perihal yg positif di tahun depan dan di tahun2 mendatang.. dalam hidup ini.. Insya Allah, Aminnn..

Acheh




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang... ~

Heh! Tajuk...
Ini bukan Aceh dak Acer tuh yer kenkawan - ehehe-..
tapi sebuah negara yg digelar Serambi Mekah.. Tanah Rencong...
di kepulauan berhampiran Sumatera sana.

Kenapa tetiba aku berminat nak menulis perihal Acheh ni..?
bukan menulis sangat pun.. mencoret lebih tepatnya lagi..
Menulis dan mencoret ni beza maknanya....

menulis mestilah panjang.. dan ber'isi' dan ber'isu'
sedangkan daku hanyalah mencoret semata..

sebab apa..?
satunya... dah lama tak hapdet dari 'air tangan'ku sendiri... heheh ;D
biasa copy paste artikel yg aku rasa menariks utk dikongsi bersama, melainkan ada 'kerajinan'ku utk menambah serba sedikit corat-coret serta komen dan 'sound effect'
*sengih lebar*

duanya... kerana aku asyik membaca Trilogy.. oh bukan, dah jadi 4 logi - macam loji pulak, haha!- buku2 tulisan Novelis Thriller terkemuka negara, tak lain siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid (RAM). Aku baru sahaja selesai membaca air tangan RAM neh yg bertajuk BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU, HIJAB SANG PENCINTA dan yang paling terbaru, kesinambungan dari Trilogi tadi.. CINTA SUFI... Berkisarkan seorang anak muda di kurun ke 15 dahulu.... terpaksa merantau ke Tanah Rencong sana dek kerana merajuk dengan ayahandanya (penghulu) yang tersilap hukum.... dan dia membesar dibela oleh ayanhanda angkatnya, Wali Sufi.. Apa yang menariknya, aku dah lama S E T O P membaca, namun, aku baru ingin membangunkan kembali minatku nombor satu di suatu ketika dahulu kala...



quote paling menarik dalam trilogy ini
~Sebagai manusia, aku sayang padamu....~

Lama sungguh aku 'tidur' rupanya.... Bukankah MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU..? Kalau dahulu, beratus muka surat, dalam masa beberapa jam sahaja... di semakin pertambahan usia ini... Sebulan dua tak tentu lagi.. ho hoooo~~

Ok, back to topik... so, melalui pembacaan ini.. macam2 ilmu yang boleh kita kaut, kita fahami... Tapi, yang penting, aku dah tertarik sangat dengan watak ciptaan RAM neh ~Laksamana Sunan~ i love it!! ;) Selain menghayati isi penceritaan, ia juga memberi yeah, satu penimbal balik buat diri ku.. untuk menghayati dan meniliki diri, sesungguhnya kita ini hanyalah ummat dan insan ciptaan yang kerdil.. yang sering terlalai di arus masa... Ok, aku tau aku dah merepek dah ni.. Apa kaitannya dengan Aceh..? kisah itu berlatar belakangkan Acheh sebagai latar utama, di kurun ke 15... diselang-selikan dengan kisah di kurun ke 21 ini... Sungguh pandai RAM memainkan plot ceriteranya... sehingga ada ketika buku itu tertinggal di opis, walhal dah masuk kereta.. sanggup daku park ketepi kembali dan menapak naik di tingkat atas tiga sana-walhal, tak dan pun nk baca malam itu.. huhehoo :P-

Ok, ok.. yang ketiganya.. adalah kerna secara kebetulan, aku bertemu kembali dengan rakan seperjuangan di sewaktu sekolah rendah dahulu... Noorhisham Hamzah namanya... tiba2 di pagi Ahad semalam, dia mesej di FB... Mesejnya berbunyi begini

"Salam Ruzi...
masa sekolah dulu,sy ada sorang kawan gak namanya ruzi***..bapanya ada kedai roti dan kek "


aku nak tergelak pun yer.. sedih pun yea.. sebabnya, kedai dan kilang roti yg disebut itu, yang dibina dan dibangunkan oleh Ayahanda ku, En. Sidek b. Samat akhirnya tidak kesampaian utk diwarisi oleh anakanda-anakandanya dan legasinya... Sempat sehingga aku grads jer.. seawal setahun daku grads, hasil usaha 30 tahun jugak la ayah aku tu... runtuh di telan masa...-hampir lapan/sembilan tahun nan lalu..~adalah sebab musababnya.. hurm..- Namun, aku pasti di tempat penempatan aku di KB sana, sehingga hari ini masih ramai yg mengingati legasi ayahandaku itu.. Sidek Bakery tetap tersemat di sanubari apatah lagi penggemarnya..
Ops, sorry... aku dah melalut lagi...

Ok, we back to topic... apa kaitannya dengan Acheh? Kaitannya, kerana rakan seperjuanganku ini.. (yg juga mempunyai pertalian bau-bau bacang.. di sebelah datukku aka ibuku) dah menjadik 'manusia' la.. tak sangka la jugak.. zaman kecik dulu aku tau dia nakal ya amat.. -walaupun pakcik2nya (3 org) semua lulusan Al-Azhar..-seorang bekas S/U Akhbar TGNA- dan seorang makciknya.. pun sama. Dia, kalau ikutkan mungkin 'melencong'.. tapi.. itulah berkat hasil usaha pakciknya..-hantarnya ke sekolah pondok di Pulau Melaka- dan diri dia juga, of course.. aku rasa.. sekarang, yg aku rasakan.. bakal menjejak dr HM Tuah, or Dato' Fadzillah Kamsah...- menjadi orang la jugak sekarang... selain seorang kaunselor, sering memenuhi jemputan ceramah sana sini dah... tak sangka... Dari Sekolah pondok, dia melanjutkan education ke Acheh... sehingga berjaya mengurat sorang anak dara Acheh dan kini memiliki 2 anak perempuan.

Moral yang aku nak cakapkan di sini.. Dahulu kami sekelas di Sek. Keb. Padang Garong (dahulu ada 1 jer sekolah padang garong neh, sekarang dah jadik - so, sekolah kami sekarang dikenali SKPG (2), bertempat di kompleks sekolah2 di pinggir bandar Kota Bharu. Kami ditempatkan sekelas di darjah 1-3 (di darjah 1 hingga 3 Biru -kelas kedua, jika mengikut nombor pendaftaran sekolah. Kemudian di darjah empat.. Aku dinaikkan ke darjah 4-6 Merah (kelas pertama)- pengubahan dibuat mengikut kedudukan dan prestasi sebermula darjah 4. Manakala dia diturunkan ke darjah 4 Kuning.. (kelas ketiga) dan dalam sistem sekolah kami dahulu, kelas Hijau adalah yag paling corot sekali.. Kemudian, semalam katanya dia kembali ke darjah 5 Biru... Aku sudah lupa pada memori seawal darjah persekolahanku.. ingat2 lupa...- Maklum dah menjangkaui usia matang neh kan.. heheehhh.. huhu-

Namun, bila dia text di FB, aku masih mengingati nama rakan sepersekolahan ini.. namun yang kekal di memori, pernah sekelas... selepas peralihan kelas, aku kurang mengingati kenangan di Kelas Biru itu... Mahupun kelas Merah. hurm... sikit2 jer lupa... Mungkin tiada kisah menariks.. apatah lagi selaku murid perempuan yg tak banyak sangat karenah kan... *Senyum* Tapi, dia berjaya bangkit dari kenakalan masa silam.. kurang bijak pandai.. Namun boleh mencipta nama sebagai Kaunselor meningkat naik... Tak mustahil jika ada rezeki akan jadi pelapis kepada yg ternama kelak. Sedangkan bila dipandang pada diriku sendiri.. Aku masih biasa-biasa sahaja. Tiada yang boleh aku banggakan.. No, bukan banggakan.. but at least, we have something dominan about ourself that can gain not for us.. but also to family and others.. Bangsa dan negara, semestinya... So, moralnya, selain diri sendiri.. usaha dan matlamat diri sendiri perlu jelas.. and dont look down to others.. Sentiasa perlu muhasabah diri.

Eh eh, panjang pulak kisahnya jadiknya.. kena bersambung ke episod lain rasanya neh...

ok, sambung sikit lagi...

sebab ke-empat, baru pagi tadi aku tengok perihal Tsunami di Acheh.. dan imbas kembali sebab musabab dan akibat Tsunami yg melanda Acheh beberapa tahun terdahulu. Kisah sedih, suka dan duka... Namun Allah pastinya mempunyai agenda dan rahsia yang DIA sahaja ketahui.

Wallahu'alam.


NotakakisikukiriHD: Masa untuk muhasabah diri... Bukan bermakna kita teruk selama ini.. Namun, betulkan balik posisi hidup kita yang tersipi, terlari atau melencong ke dalam semak ke belukar ke.. balik ke landasan yg lurusss kembali... untuk menjadi seorang yang we must proud of ourself instead of to give something to our family to proud of :)

Saturday, November 20, 2010

CERITERA Cinta (lagi) : 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu





~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang.. ~


Dalam kehidupan, korang tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri korang merupakan satu petanda yang dia mencintai hampa. Dia tidak ingin korang tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai korang, tawww...

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.


16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


NotakakiskiukiriHD: Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya! *wink*

Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...