Novel : Kemelut Kasih - Part 29




Bab 29

“H
ey Kasut… Long time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa.
Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya  khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja.
“Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu.
“Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda.
“Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi.
“Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul pula.
“Aku ambil alih bisnes bapak aku… Ekceli, bapak aku ada bukak subsidiari baru.. so aku handle one of the subsidiary….  logistic…” Terang Farid lagi.
Shahrul mengangguk.
“Eh.. takpe la.. kita jumpa lain kali la.. Aku dah lambat, nak cepat neh…”  suara Shahrul akhirnya. “Ni kad aku.. ada apa-apa call je le.. Mana tau nak kuar minum, lepak-lepak ke….” Dia menghulurkan kad namanya kepada Farid. Farid menyambut. Dia turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkannya pada Shahrul.
“Ok.. see you…”
Masing-masing meneruskan hala tuju masing-masing.


S
hahrul serius meneliti bajet yang diserah oleh Suraya untuk disemak kembali. Dibalik-balikkannya beberapa kali naskah yang diberi untuk pengubahsuaian kembali bajet Projek Perumahan Mega Angel Height mengikut konsep terkini yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Projek mega yang akan menaikkan nama syarikat mereka dan pastinya jua mereka yang terlibat disebalik semuanya kembali menemukan mereka, namun dalam situasi yang berlainan. Dia harap mereka boleh bekerjasama dalam situasi professioanlisme dan tidak mencampur adukkan masalah peribadi yang terdahulu.
“Abang, tak nak tidur lagi ke…??” soal Charina sambil meletakkan  secawan kopi di sebelah suaminya. Dia memerhati jam di dinding. 12.15 minit pagi. Dia duduk bertenggek di atas tempat tangan kerusi suaminya yang sedang asyik meneliti dari kertas dan juga komputer ribanya itu. Tangannya membelai-belai rambut suaminya. Shahrul memeluk pinggang isterinya dan meraih sebelah lagi tangan isterinya, dan mengucupnya perlahan.
“Sayang tidur dulu…. Abang nak habiskan sedikit sahaja lagi ni…. Sebab kita kena cepat submit bajet yang baru….. Lusa diorang nak tengok….”  Shahrul menjelaskan. “Abang kena siapkan ni dulu… nanti besok nak tunjuk kat Mr. William, lepas dia approve, Abang  kena serah dekat Puan Marina pula sebelum submit ke Zach’s Holdings…” tambah Shahrul lagi.
Charina mengangguk. Kepalanya dilentukkan ke kepala suaminya. Matanya memerhati  butiran yang terpapar di skrin yang sedang diperincikan suaminya.
“Okay bang.. Sayang masuk tidur dulu ya… Ngantuklah.. besok nak keje….”
“Ok Sayang.. gud nite….” Dia mencium dahi isterinya.
“Nite, Bang.. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam….”
Charina berlalu ke kamar peraduannya sementara Shahrul masih meneruskan dengan kerja-kerja yang perlu disudahkannya segera. Menjelang pukul 3.00 pagi baru dia beransur menyusuri Charina di kamar.










Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27