Novel : Kemelut Kasih - Part 29
Bab 29
“H
|
ey Kasut… Long
time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus
biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa.
Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali
rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja.
“Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka
berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya
dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah
peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu.
“Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia
memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim
berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda.
“Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi.
“Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul pula.
“Aku ambil alih bisnes bapak aku… Ekceli, bapak aku ada bukak subsidiari
baru.. so aku handle one of the subsidiary…. logistic…” Terang Farid lagi.
Shahrul mengangguk.
“Eh.. takpe la.. kita jumpa lain kali la.. Aku dah lambat, nak cepat neh…” suara Shahrul akhirnya. “Ni kad aku.. ada apa-apa call
je le.. Mana tau nak kuar minum, lepak-lepak ke….” Dia menghulurkan kad namanya
kepada Farid. Farid menyambut. Dia turut mengeluarkan kad namanya dan
menghulurkannya pada Shahrul.
“Ok.. see you…”
Masing-masing meneruskan hala tuju masing-masing.
S
|
hahrul serius meneliti
bajet yang diserah oleh Suraya untuk disemak kembali. Dibalik-balikkannya
beberapa kali naskah yang diberi untuk pengubahsuaian kembali bajet Projek Perumahan
Mega Angel Height mengikut konsep terkini yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak. Projek mega yang akan menaikkan nama syarikat mereka dan pastinya
jua mereka yang terlibat disebalik semuanya kembali menemukan mereka, namun
dalam situasi yang berlainan. Dia harap mereka boleh bekerjasama dalam situasi
professioanlisme dan tidak mencampur adukkan masalah peribadi yang terdahulu.
“Abang, tak nak tidur lagi ke…??” soal Charina sambil meletakkan secawan kopi di sebelah suaminya. Dia
memerhati jam di dinding. 12.15 minit pagi. Dia duduk bertenggek di atas tempat
tangan kerusi suaminya yang sedang asyik meneliti dari kertas dan juga komputer
ribanya itu. Tangannya membelai-belai rambut suaminya. Shahrul memeluk pinggang
isterinya dan meraih sebelah lagi tangan isterinya, dan mengucupnya perlahan.
“Sayang tidur dulu…. Abang nak habiskan sedikit sahaja lagi ni…. Sebab
kita kena cepat submit bajet yang baru….. Lusa diorang nak
tengok….” Shahrul menjelaskan. “Abang
kena siapkan ni dulu… nanti besok nak tunjuk kat Mr. William, lepas dia approve,
Abang kena serah dekat Puan Marina pula
sebelum submit ke Zach’s Holdings…” tambah Shahrul lagi.
Charina mengangguk. Kepalanya dilentukkan ke kepala suaminya. Matanya
memerhati butiran yang terpapar di skrin
yang sedang diperincikan suaminya.
“Okay bang.. Sayang masuk tidur dulu ya… Ngantuklah.. besok nak keje….”
“Ok Sayang.. gud nite….” Dia mencium dahi isterinya.
“Nite, Bang.. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam….”
Charina berlalu ke kamar peraduannya sementara Shahrul masih meneruskan
dengan kerja-kerja yang perlu disudahkannya segera. Menjelang pukul 3.00 pagi
baru dia beransur menyusuri Charina di kamar.
Comments