Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...
Abang Harriz, tunggu ai datanggg... ^_^
*Tea Boh Plantation*
location for Movie Ombak Rindu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
24th & 25 Nov'12
(Sat & Sun)
Umpama siaran ulangan, namun seorang sahaja ahli majlis yang bertukarrr...! *hehe*
Setahun nan lepas, kami-kami dah mendaki ke Cameron Highland nun. Tahun lepas, di tarikh 26 Nov'11. Balik hari saja. Yang join dan pergi kala itu adalah aku, Mc Ja, Ema dan Wanie, namun siaran ulangan adalah pada tanggal 24 Nov'12 dan 25 Nov'12 nan lepas, dan yang bertukar dan berganti baton hanya antara Wanie (adik aku) kepada Azie (sepupu Ema).
Awal-awal lagi kami dah plan nak pi, (awal la sangat kan.. ^_^ walhal seminggu sebelum jer decide, plan 2 minggu sebelum - berbanding plan sehari sebelum di tahun nan lalu)
Booking hotel awal-awal.. tepon sana, tepon sini.. last2 kami book Hotel Sentosa.. di tengah2 bandar Brinchang tu.. senang jalan kaki saja ke Pasar Malam atau Pasar Tani. Sempena musim sekolah, pasar malam adalah setiap malam yer kawan-kawan.. pasar tani juga.
Ekceli, kami ke sana kerana atas sebab-sebab nak gi ulang makan menu yang sedap-sedap di Big Red Strawberry Farm jer... ekekekek... yang berlokasi di Cactus Valley. Tempat lain tak sangat la kan, sebab dah 4 5 kali dah kot masing2 ke sana.. cuma Azie jer la baru first time (setelah dah dewasa lagi matang lagi matured ni), yang zaman kanak-kanak riang ria dulu dah lama berlalu la kan...
So, kami plan gerak after Subuh di hari Sabtu (24 Nov'12) atau before Subuh, gerak dari rumahku di Seri Kembangan exit tol Subang, dan berhenti Subuh di RnR Sg. Buloh.. after that terus shoot ke CH sana. Namun apa yang dirancangkan tidak seperti rancangan, Rahimah dan Azie yang sepatutnya tiba di Bukit Serdang malam, tiba selepas Subuh.. makanya pergerakan kami bermula selepas Subuh, di pukul 7.
Seperti biasa, aku yang drive and drift kata depa... naik ikut Tapah. Seawal perjalanan, hujan turun dengan lebat diselang seli renyai-renyai. Uwaaaa... dua tiga hari sebelum takde pulak macam tu, biasa hujan belah petang. Ini di hari pergerakan kami pulak seawal pagi dah sejuk bangetttt!!
Kami tiba di Lata Iskandar lebih awal dari tahun lepas, walau waktu pergerakan adalah hampir sama. Berhenti untuk makan-makan bekalan terlebih dahulu... tengah malam tu ai rajin nak masak nasi himpit ngan sambal sotong.. *sikit masin- tanda orang dah tak sabar nak kawen, kata dorang-dorang ni la* atau saja jer letak garam banyak2 sebab nak soh orang cakap nak kawen kan.. wakakakakaaaaa... lollllll... #ok,aiwatlawaksengetjertutadikuikui
Seperti di tahun nan lalu gak, kami menyinggah membeli buah durian, namun buah rambutan diganti dengan buah manggis. Nikmat makan sebab perut lapar dan hari yang sejuk... selepas makan dan sesi bergambar, kami berangkat ke Brinchang untuk check in dulu. Rehat-rehat, baring setelah 2 jamnya, tempat pertama dituju adalah Big Red Strawberry Farm. Masing2 dah excited, aku nak amek itu.. ko amek ni.. kau amek tu, aku amek ni.. especially si Cik Ja yang mengaku strawberry lover tu kan.
Alih-alih, sesambil beratur, check mengecheck la telefon dan FB bagai kan... bila taim nak mengorder, terus riak muka berubah.. hanya kerna satu status di 'sebelah sana'. Urm... aku nak makan ni.. kau makan tu.. jadinya, scones and tea + fried strawberry ice cream je la... dan 'tiba-tiba strawberry saya rasa masam' muka pun dah monyok... What to do... just face it, okeh! Aku pun makan the same menu, Ema and Azie makan salad, tea and scones (korang kalo ke sana wajib rasa, bagi aku sooodap sangat! hehe - promote nampaaakkk- macam la dapat percent dak.. kekeke.. *jelir*
Selepas tu, hujan turun dengan maha lebatnya. Ok, baru teringat, ada kejadian yang takleh blah masa nak cari parking kat sini... Ntah kenapa, aku yang biasa drive ni jadik kelam kabut kelibut.. tssk tsskk tskkk... sebab tempat maha curam, bila dah nak undur, nak naik balik, kete xleh naik.. walau dah imbang minyak dan clutch habis baik la.. angkat brek tangan pun dia toootap meluncur turun ke belakang.. uwaaaa... ai panik jap selepas dah hampir bape belas tahun memandu neh.. aagagagagaaga..
Namun akhirnya, berjaya jugak setelah Ema dan Azie dimintak keluar, dan Cik Ja membantu mengangkat brek tangan.. pffff... loga hati den. Kata mereka (Ema dan Mc Ja, tahun lepas pun kejadian hampir sama.. kete dah terlepas naik atas, baru perasan ada parking kosong kat bawah.. elok jer aku undur and handle wisely dengan cerun yang maha curam tu.. tahun ni depa kata sebab asyik kena usik ngan depa jer kot.. katanya aku berdebar.. yee ke..? tssk tsskk tsskkk...) Ok, satu lagi kejadian, alih-alih sandal baru beli masa balik Klate raya haji aritu.. baru lagi tau.. wat hal.. putus pulakk... saja jer... geram betul aku.. Seb baik xleh ngap.. kalo tak dah selamat dah... hehehe.. Ekceli aku cool jer.. layaannn kan jer sambil jalan dengket2.. hujan masih lebat katakan. selepas suasana hujan agak reda, kami beransur pulang ke hotel.. Kuar dari Cactus Valley, maaakk aih, jem nya jalannn... Kami balik hotel, mandi rehat solat dan apa yang patut, lepas tu keluar pi pasar malam plak dalam suasana hujan yang turun kejap renyai kejap lebat tu... Masing2 penuh tangan.. aku pulak sambar la sandal baru sempena sandal yang putuih sudah kasih sayang siang tadi. ^_^
Balik, makan2 and tidoq.. aku pulak sambung baca novel sampai awal pagi, Rahimah sambung bermesej or berwasap. Azie dan Cik Ja dah belayar entah ke mana. Esoknya kami bersarapan di CH Fud Court dulu kemudian ke Tea Boh Plantation kat Sg. Palas tu.. aku dah penah ke sini kali pertama dulu, tapi dah lupa sebab dulu orang yang bawak and drive kan.. ^_^ So call JM aka Shahi yang dah ke sini aritu untuk dapatkan landmark.. ooOOooo rupanya jalan naiknya dekat market, dan area Ladang Rose dan selepas Kea Farm tu (menghala ke Simpang Pulai) ada jalan susur kecik di situ. Kalau nak pi situ kena perhati elok2, sebab jalan masuknya kecik sangat.
Kami berjaya ke sana dan konon cuba ber'feeling' Izzah dan Harriz la kan... *aku tambah jer ayat ni* Tea Boh Plantation ni kan satu location untuk Ombak Rindu.. thehehehee *grin* Cantik sangat.. tak caya? tengok pic atas yang aku tepek tu la.. walau versi agak gelap, tapi comey la kan... Lepas habis situ, kami patah balik singgah market, beli jagung, sempat juga beli pokok bunga mawar.. ai nak tanam mawar plak barang sepokok.. dah lama tak tanam menanam ni.. he he heee~~~
Pastu again kami menyinggah di Big Red Strawberry Farm sebelum kami pulang. Semalam Cik Ja kehilangan selera makan, kali ini dia nak makan Ciskek dan strawberry choc... namun again, ciskek dah habiss.. membebel dia sepanjang itu sebab kempunan ciskek dari tahun nan lepas lagi kan... aiyokkk... nak wat camane kan, tadi nak menyinggah masih lagi konyang selepas sarapan.. haihhh... Lenkali la siaran ulangan lagi ek, Ja.... senyum sket... jangan tiba-tiba strawberry saya rasa masam lagi tawww....
Kali ni tak banyak kami round and round... sebab tujuan utama nak releks-releks saja, dan makan puas-puas di BRSF tu sajork pom.. After that, beli barang sikit apa yang patut dan choww at 4pm... Kami bersinggah di RnR Tapah untuk solat Asar dan isi perut. Seperti biasa RnR tapah tidak sah kalu tidak sesak dan jem penuh manusia. Lepas Jamak & Qasar Maghrib dan Isyak, kami berangkat pulang... Tiba di rumah almost 9 and half.. Arakian adanya perjalanan pada kali ini.
kalau ikutkan aku dan Cik Ja nak 'buat gila' shoot pi naik Penang pulak ke, atau menyinggah di Lumut untuk ke Pangkor barang sehari sebab cuti ku masih berbaki untuk dihabiskan.. ^_^ Tapi memandangkan Rahimah dan Azie perlu pulang sebab perlu kerja kerna cuti sudah kehabisan, so kami KIV lenkali la jika ada masa dan kelapangan lain kan.. heheheheee...
Owh ya, hampir terlupa, kebetulan, masa kami ke CH pada Sabtu yang berkebetulan 24hb tu, bukan main jemmm dekat area Golf Club tu.. ramainyaaaa polis2, banyaknyaaa kereta2 polis.. kuingatkan apa... rupanya kebetulan sekali kereta kami lalu di kawasan itu, berkebetulan pula dengan Sultan Pahang yang tengah drive buggy nya sendiri. Sebelahnya ada perempuan muda. Rasanya bukan Sultanah Kalthum tu kot.. sebab nampak muda... Lepas balik dan dapat tahu rupanya the very same day Tg. Muda Pahang -yang kawen dengan Julita Aishah tu- dah kawen lagi, dan resepsi di CH on the very same day kami ke sana... *patutt la jemmmm!* so aku agak anak menantu dia la kot no yang kami nampak sama buggy ngan dia tu... gambau tak sempat nak snap.
Ok la, apapun.. layann la beberapa pics di bawah sinun... *wink*
Kita mulakan gambo dengan Perkahwinan DiRaja la eks..
Cik Puan yang baru
katanya, namanya Cik Puan Bahiyah Akip, 29 years
*kredit gambo yang saya ambil ari blog : http://hani81.blogspot.sg
Our Wonderful Life
katanya dari CARI forum dan KhirKhalid pictures
aku ada lagi satu gambar dari Forum AMnet, tapi save kat opis plak
dekat Amnet Kak Teh (forumer) dah delete pulaks..
nanti daku update bila dah kat opis. *senyum*
(nota : dah update, pic ke 3, pic pertama from forumer mamienita)
(nota : dah update, pic ke 3, pic pertama from forumer mamienita)
nota : katanya model Dove, tapi tak perasan pulak aku model Dove yang mana satu..
mari kita tengok gambau Tg. Muda ngan first wife pulak eks..
with Cik Puan Julita Aishah (Singaporean/ ex-stewardess)
Ok, sudah-sudah la pasal perkawhinan diRaja..
now baru ku tepek menepek barang seketul dua tiga ketul
gambo kami-kami-kami itu hari...
now baru ku tepek menepek barang seketul dua tiga ketul
gambo kami-kami-kami itu hari...
Nasi himpit, sambal sotong, durian
manggis tak snap plak
Lepas isi perut, upacara snap snap snap pulak
Us, singgah menyinggah di Lata Iskandar - macam biasa-
kemudian menyinggah di Bharat Tea Plantation untuk amek mood santai dulu
walhal baru lepas isi perut tadi.. kekekeee
After check in, rest jap and solat, kami out to Big Red Strawberry Farm
di Cactus Valley
ini hasilnya yer tuan puan.. *jelir*
Sambil menunggu hujan renyai dan lebat reda
jenjalan dan snapping dulu
Day 2
Permulaan hari kedua, jom sarapan dulu bersama
bihun sup, soto dan barli limau suam, teh tarik(s) dan teh-o
Then we move to Ladang Teh Boh
us, otw ke Tea Boh Plantation, singgah snap dulu di Batu Bersurat ni, hehe
suka-suka-sukaaa sangat dengan snap pic aksi dua sefufu ni
Azie & Ema.. canteekkk dan suweett sangat kan..
sorang aksi kena pasung, sorang aksi seronok kan mainn *thehehehh*
Cactus Valley & Big Red Strawberry Farm again
Comments
for providing these details.
He was entirely right. This post actually made my day.
You cann't imagine simply how much time I had spent for this information! Thanks!
I will bookmark your blog and check again here regularly.
I'm quite sure I will learn plenty of new stuff right here!
Good luck for the next!
truly understands what they're discussing on the web.
You definitely realize how to bring an issue to light and
make it important. More and more people need to check this out and understand this side of the story.
It's surprising you are not more popular since you certainly possess the gift.