Posts

Showing posts from July, 2017

Novel : Kemelut Kasih - Part 31

Image
Bab 31 “A ku nak kau buat salinan gambar tu sebanyak sepuluh keping… Semua gambar yang ada ni sepuluh keping semuanya, setiap satu gambar kau scan, atau kau guna fotostat warna… kau buat sepuluh keping salinan setiap satu.. Ingat tu…..” berulang kali dia memesan, tegas.             Kedengaran suara menyahut di talian sebelah sana.             “Aku tak kira….. aku nak gambar tu 3 hari lagi... kau touch up kasi cantik sikittt….. ” ulangnya lagi sambil membayangkan perjalanan rancangannya agar berjalan dengan lancar.             Dia tersenyum puas… dan kemudiannya menghamburkan ketawa berdekah-dekah… “ Cik Rin…. En. Faizul di talian…” suara telefonis sementara yang menggantikan Dania yang sedang dalam pantang, melahirkan puteri kedua. “Ok…” ringkas Charina menjawab. Seb...

Novel : Kemelut Kasih - Part 30

Image
Bab 30 S hahrul membimbit beg-beg plastik di sebelah tangan kanannya sambil sebelah tangannya lagi memegang erat tangan Charina. Mereka melintas jalan di depan Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Sogo. Hampir dua jam dia menemani isterinya membeli belah di hujung minggu ini. Kebetulan pula mereka ke sana pada hari Sabtu, yang mana setiap Sabtu pasar malam  di kawasan Masjid India yang lebih dikenali dengan nama Jalan TAR itu akan membuatkan keadaan menjadi  bertambah sibuk. Pelbagai jenis orang, bangsa, kecil mahupun besar mengambil kesempatan untuk membeli belah, mencari makan dan melepak memerhati suasana. Tidak kurang pula yang mengambil peluang untuk mencuri sekiranya ada yang terlalai dan teralpa sebentar. Dalam keriuhan suasana itu, sepasang mata yang tajam asyik memerhati Shahrul dan Charina berjalan bergandingan mesra. Tiap inci pergerakan pasangan itu dipandang sehingga hilang dari pandangan.  Hatinya penuh dengan dendam kesumat . ...

Novel : Kemelut Kasih - Part 29

Image
Bab 29 “H ey Kasut… Long time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa. Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya  khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja. “Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu. “Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda. “Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi. “Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul...