Thursday, June 11, 2020
Edisi Jalan-Jalan : Trip to Korea
Entry tertunda : Date jalan-jalan 22 -29 Nov'15
Assalam..
Lama betul blog ni tak ber'hapdet'kan..
Is busy (lol) alasang sangat kan 😝
Ok la tak sempat nak bercerita panjang
Kita tepek la dulu sebagai summary
Ada masa kita berkongsi cerita di lain hari, hiiii
Kami ke Busan dahulu dari 22-24 Nov'15. Di sini kami sendiri-sendiri jer.. sume explore sendiri. beli 1 day ticket for subway... nota : lupa berapa kosnya.. jika teringat, nanti saya update kembali ya..
Kemudiannya, kami ke Seoul dari 25-29 Nov'15, dengan menaiki KTX with cost (lupa) - lol
Di Seoul, kami ditempatkan di kawasan Myeondong. Nungmaru Guest House namanya. Ibarat kat KL ni macam area Bukit Bintang la... Stesen KTX pun dekat jer.. jalan kaki sahaja... Lintas jalan terus jumpa shopping area. Uniqlo, Nature Republic, and all shopping centre and attraction there. Cuma masa sahaja yang membataskan
Kami masa ke Nami Nara tu, terawal sehari dari snow.. masa naik ITX train tuh, masa nak ke Station Gapyeong, dah nampak putih sana sini dalam perjalanan, excited giler.. tapi bila sampai Nami, belum snow pun... dia turun sebagai hujan, sebab masih berat.. sedihhh... "sobb seebbb*
Malam, balik dari Nami - kalau ke Nami harus seharian kat sana -kerana pergerakan ke daerah lain yang agak memakan masa - sewaktu sampai dan nak bergerak for having dinner di satu kedai Taebokki tu.. tiba-tiba hujan jatuh dan membentuk snow kat tangan kami... masing2 masa tu menjerit macam apa jer.... jakun kan, first time having snow.. lol... ingatkan kembali, perangai excited masing2, kelakar betul... LOL
Esoknya, mendapat la rasa -4 punya cuaca... snowflakes turun melayang-layang menimpa, tapi sakit la... muka terasa perit terkena angin kering tuh... sewaktu itu, kami berada di Gwanghwamun Square dan National Palace.. sempat jugak buat video.. K Ima siap beraksi acah-acah wartawan lokasi.. bila tengok kembali, best jugak kan.. bolehlah berangan menjadi journalist yang cover rancangan sendiri *ngeeee*
Ada beberapa lagi tapi saya adalah lupa sekarang.. nak imbas kembali dan menaip kembali itu adalah M A L A S... kalau ada kesempatan, kerajinan lagi nanti saya update balik naaa
*macam umpama mimpi jer*
*sila tidur awal malam ni*
*mana tau esok ada ilham nak menulis
^________^
notakakiHD : untuk ke Nami Islan, kena naik ITX train dari Seoul Station ke Gapyeong Station, fare fees : KRW 4,800 jangkamasa : 1 jam Dari Gapyeong Station, ada feeder bas.. tapi kalau nak cepat boleh ambil teksi.. tak sampai 10 minit pun - fare fees : lupa, so sorry. Kemudian, kita akan naik ferry pula untuk sampai ke sana... (again. tambang lupa - harap maklong 😋
Edisi Jalan-Jalan : Ho Chi Minh
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Edisi yang sangat tertunda - date jalan jalan : 22-26 Nov 2014. update gambar dahulu, cerita kemudian ek.. (kalau rajin) kekeke
Tapi nak bagi tahu... Ho Chi Minh ni memang syurga shopping bagi kaum wanita la.. seumpama kami kami kami ini
*har har har*
Antara tempat menarik yang dilawati :
Chu Chi Tunnel
Delta dan Selusuri Sungai Mekong
War Remnants Museum
Pasar Ben Thanh
Pusat Pakaian Wanita Linda
Buu Dien Library
etc (lupa dah)
NotakakiHD : Ini pun dipublish dari draft jugak...
Tskk tskk tskkkk
Notakaki 2 : Trip ini adalah kali pertama Laili, Sal dan Zai join our gojes group
Edisi Jalan-Jalan : Entry sangat tertunda - Japan (part 1)
~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang...~
Entry tertunda (yang sangat tertunda, lol) :
Date jalan-jalan 2 -11 Dec'16
Nota : ekceli ini adalah dalam draftku, dah lama taip.. tapi hanya save in draft.. so aku pilih untuk publish aja la.. walau tidak lengkap sepenuhmya.. boleh? who say cannot kan.. lol.. belog sendiri maaa.. *ngeh ngeh ngehh*
Day 1 - 2 Dec 2016, Osaka & Tokyo
Kami menaiki pesawat Air Asia X, dari KLIA2 ke Kansai Airport.
Sewaktu perbincangan, kami sudah membeli ticket KL-Osaka-KL (sebab cari2 tix murah kan). Bila dah beli, baru la timbul nak ke Tokyo pulak... oleh kerana kami grouping, dan bukan banyak duit nak ke sana be-be-be-rapa kali (dgn assumption, inilah pertama dan terakhir kami ke Japan, lol) so, kami decide, ok, kita pergi ke Tokyo jugak la *semua horeyyyyy*
Jadinya, setelah membuat online survey, dan tanya rakan-rakan, kami bersetuju untuk membeli tiket bas pula untuk ke Tokyo. Tiket mahal wehh... dalam RM 300- 400 untuk perjalanan selama 8 jam (macam KL-KB wohh, huhu). So malam tu, kami akan bermalam di dalam bas sahaja. Sampai Tokyo dah pagi. Namun, pembelian tiket ditangguh-tangguhkan kerana - melalui pembacaan- survey sana-sini-sinun, adakalanya tiket akan rendah -ada tempoh tertentu.
Pencarian tiket bas kami ditangguhkan seketika, sehingga la 2 bulan sebelum berangkat, dek kerna kesibukan dengan tugas hakiki, masing-masing terlupa akan perihal satu yang masih tertangguh ini. Tiba-tiba teringat ehhhhhhh tiket ke Tokyo belum beli lagiii!! Namun demikian, di ketika itu tiket menjadi lebih mahal, dan hanya 5 seat sahaja yang tinggal, sedangkan kami 11 orang semuanya.. Oh nooooo... *sad* Jadinya, hendak ataupun tidak, kami terpaksa membeli shinkansen - dengan kos RM645, sehala *sengih-selebar-alam* Good job!! LOL (Notakaki: konon nak jimatkan, apoo?? sekali laaagi mahal) *padan muka*
Setibanya kami di Kansai, masa sudah pun menjangkau pukul 3 petang, so kami mencari surau terlebih dahulu. Sangat selesa. Selepas itu, kami merayau mencari makan dan merayau sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke kaunter untuk pembelian tiket shinkansen ke Tokyo.
Perjalanan mengambil masa selama 3.5 jam (berbanding bas selama 8 jam) kami tiba di Tokyo pada pukul 12 tgh malam. Yeayyyy... Suasana masih sibuk dan bising walaupun di tengah 12 malam. Plan kami, cari seat atau tempat menunggu, then tunggu di situ sehingga pagi menjelang, sebelum adik student (dari Sakura Timur) fetch us up. Namun-namun-namun, di Tokyo Station, kosong, lapang sesangat dan tiada tempat menunggu ya kawan-kawan. Empty! Nada! Yillek! *ammaaa* So kami dengan langkah ayunya bergerak la ke suatu sudut, maka beramai-ramai kami mem'parking' luggage2 kami yang-sangat-comel di situ. Nak tunggu pukul 8 pagi. Ouch.. long way to go!
Kemudiannya, anggaran pukul 2.00 pagi.. kami semua dipersilakan dengan segala hormatnya keluar di perkarangan Tokyo Station, atas sebab-sebab kerja-kerja pembersihan... kahkahkahh... maka dengan itu, kami pun stay outside la.. dalam suhu anggaran 5-6 darjah celcius... dan masuk kembali setelah siap kerja-kerja permbersihan dalam anggaran 5.00 pagi.
Bila lagi nak rasa stay outside dalam cuaca mencapai sejuk beku kan... ini la masanya! *hahahahaaaaa*
Err, bukan kami jer yang dipersilakan keluar itu ya.. bersama kami ada lagi 2 orang middle east ladies.. pastu ada la sorang dua warga tempatan... yang, err agak mabuk.. lepas tu dia terbaring je layan diri sorang-sorang tak menggangu kami pun.
Di kesempatan itu, kami pun melihat la bagaimana kerja-kerja pembersihan di negara matahari terbit itu... Aku ingatkan, kerana negara maju kan... depa pakai la peralatan canggih ke apa.. tapi, suprisingly.. semuanya menggunakan tenaga fizikal dan manual jer.. kagum jap, dah la kebanyakan yang buat tu adalah warga tua okeh! Lepas tu kami-kami-kami pun membuka la luggage kami dan mengeluarkan beberapa makanan yg ada untuk mengunyah dan memberi haba sempena usaha untuk mengurangkan rasa sejuk itteww.
K Long yang berkebetulan mengalami masalah perempuan ketika itu, decide untuk cari hotel di kawasan sekitar.. Alhamdulillah, ada satu dua kekosongan setelah mencari di beberapa hotel di kawasan sekitar. So K Long decide nak amik sebilik dan kami yang lainnya memilih untuk bertahan sehingga pagi sambil borak-sembang-gelak-sambil tgk kerja pembersihan sementara menunggu kerja pembersihan siap sebelum kami di beri kebenaran masuk ke dalam kembali.
Day 2 - 3 Dec 2016, Tokyo
Ilham, adik yang handle Sakura Timur, yang kami-kami ambil pakej dengan mereka sepanjang 'misi mencari doraemon' itu datang menjemput kami seawal jam 7.30 pagi, awal sedikit dari masa yang dijanjikan.. sebab dia tahu kami bermalam di luar semalam khuenn.. kihkih.. Seawal pagi tadi, kami sudah menjelajah beberapa tempat untuk mencari air demi mengambil air sembahyang.. Kami menuju ke hotel dahulu untuk menumpang guna tandas mereka. Ironinya, hotel tak bagi pun kami masuk untuk menggunakan tandas mereka.. tapi pusat karaoke pulak yang membenarkan kami menggunakan tandas..
Dah la tu lama lak tu... baju berlapis lapis kan... pastu 3 orang masa kami pergi tu... mereka senyummm jer... Tak silap aku sepanjang kami bertiga menggunakan tandas itu - sejam sejam setengah jugak la anggaran masa di ambil - 4 kali mereka datang sebab nak bersihkan dan menukar tisu tandas, tapi kami masih di situ.. pekerja di situ senyummm je lepas tu angguk-angguk kepala dan berlalu.. Dah habis menggunakan kami ucap terima kasih banyak-banyak kat mereka, dan mereka angguk-angguk kepala dan tetap senyum *haittt* Selepas itu, kami kembali ke Tokyo Station dan bersolat disiar kaki yang agak tersorok di sekitar itu.
Selepas itu, kami naik ke atas dan rupanya mereka yang lain juga sudah bersolat dengan mencari tandas di kawasan sekitar. Kemudiannya selepas McD dibuka, dan kami-kami masing2 membeli secawan kopi panas... Ya rabbi, nikmat sangatttt.. hilang segala sejuk2 awal pagi tadi...
Setelah Ilham sampai, kami dibawa ke Air BnB, aka rumah tumpangan kami.. Ya rabbi.. ini satu lagi hal. Rumahnya dah la jauh, sampai lembik lutut menarik luggage masing2... biasa la.. Jepun, Korea.. semuanya konsep menggunakan tangga sepenuhnya.. dengan beg yang boleh tahan berat tu lagi... bayangkan lah... bertukar stesen sebanyak 6-7 kali kot, kemudian menaiki level-level ke aras yang berbeza.. jarak yang boleh tahan agak jauh.. dengan badan yang dah penat, boleh tahan aak penat la.. tapi kami tetap bertahan dan meneruskan seperti biasa. Hello.. baru hari pertama okeh! Kemudian setelah sampai di stesyen-lupa-nama, kami terpaksa berjalan selama 30-45 min lagi untuk tiba di rumah tumpangan kami.. yang best kat situ semua lengkap dengan wifi dan stok makanan lagi.. boleh guna dan masak apa sahaja..
Rancangan awal, kami akan menjenguk kawasan sekitar haritu, nampaknya terpaksalah dibatalkan kerana kakak-kakak-kakak ini *kami lah tu, lol* semua sudah kehabisan bateri... Setelah masing2-masing sampai di rumah.. kami kemas diri dan merehatkan diri... boleh dikatakan kesemuanya pengsan dengan pelbagai rencam bunyi-bunyian merdu mengalahkan enjin bot
*sengih-bibir-bergetar*
Lepas tu, malam tu aku takleh lelapkan mata lak, adoii.... mereka yang lain semua selamat di alam mimpi indah.. aku sendirian terkebil-kebil melayan mata yang tak kunjung mengantuk.
Namun, akhirnya mata terpejam la jugak dalam anggaran 4 pagi... kemudian pukul 5 pagi dah bangun untuk bersiap - take turn ma... Aku suka bersiap awal, sepanjang di Jepun tu, aku sering menjadi orang pertama or kedua mandi okeh.. heheheee *tap own shoulder*
Day 3- 4 Dec 2016, Mount Fuji tour
Hari ini, kami ke Mount Fuji dengan 1 biji van dan 1 biji kereta.
Kereta 4 orang - Laili/Zue/K Long/ Nana.
Van - Aku/Sal/Zai/Rafi/K Pinie/Idah/K Ima
Lega, harini kami boleh berehat dalam kenderaan. So aku boleh la melayan kantuk sementara tiba di destinasi yg dijadualkan untuk hari itu - Mount Fuji.
Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan... serious, Mount Fuji is soooo damn beautiful.... ia boleh dilihat dari segala genap 360 darjah punya sudut.. dari jauh sudah nampak puncak gunung Fuji itu.. dari dekat lebih stunning... Kereta dipandu terus ke Step 5 - step tertinggi yang paling dekat dengan puncaknya. Rezeki kami, hari itu kami dapat melihat dengan jelas.. kerana ada masanya, melalui pembacaanku, ramai yang komen frust kerana tidak berjaya melihat dek kerna kabus yang tebal meliputi sehingga tidak terlihat pun.. -tapi our geng gojes, Alhamdulillah..
Kami turun dan berfoto di Step 5 itu... then, kami dibawa pula ke Lake Kawaguchiko.. dari sini, pemandangan Mt. Fuji juga tersangatlah cantiknya.. Kami sempat membuat 1 video #superfailedmannequinchallenge kahkahkah... Kebetulan, masa tu mannequin challenge adalah sangat in.. so kami sepakat dan bergedik nak buat la jugak satu.. tapi semua failed.. ada yang senyum la.. ada yang ketap bibir la... paling banyak kelip mata... tapi nice scenery okeh.... sapa je yang berjaya buat #mannequinechallenge berlatar belakangkan Lake Kawaguchiko dan Mount Fuji tu kan?
Kami la, geng gojes! harr harr harrrrrr
On da way balik, kami bersinggah di Gotenba Premium Outlet. Cuci mata je le kek situ.... masih awal, takde sesiapa yang berjaya melebur duit di situ.. *senyum*
Apapun, here is few pics.. Video taktau simpan kat mana.. nanti jumpa i menepek balik naaa...
Ini adalah part 1 - part 2 xtak tau bila la pulak aku ble sambung ni... ini pun disambung setengah jalan, dari tahun 2016, 2020 baru sambung.. astagaaa... doakan saya da mood untuk mengingat kembali details dalam trip japan ini ya.... *sengih lebar alam*
#superfailedmannequinechallenge but cute LOL
![]() |
| Kami di Fujisan |
Kami ronda2 Tokyo - di Akihabara, Ueno Park, etc
![]() |
| Tokyo - Fujisan & Yoyogi Park |
![]() |
| Tokyo lagi -Akihabara & Ueno Park |
notatakakiHD : lamanya, baru nak post kt blog... 2016 to 2020? adoiiiii
Tuesday, June 9, 2020
Mari Dengar Suatu Cerita : Kisah Imam Al-Ghazali dan Wabak Taun
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Kisah Imam Al-Ghazali (rah.) dgn Wabak Taun :
Diceritakan Imam Ghazali rah. pernah mengajar ilmu agama kpd segolongan jin di madrasahnya di kampung beliau di Kota Tus, Khurosan. Pada satu ketika para jin itu meminta izin drpd Imam utk tidak hadir di majlis ilmu selama 10 hari. Imam bertanya...kenapa? Ketua jin menjawab mereka telah ditugaskan utk menyebarluaskan wabak Taun di daerah/negeri sekitar Khurosan. Imam bertanya lagi, berapa ramai yg akan mati, jin itu berkata 6000 orang dan tuan Imam tak terkecuali. Dgn tenang maka Imam pun memberi izin kpd para jin utk beredar.
Sampai tempoh waktunya, benar apa yg katakan oleh ketua jin itu tetapi jumlah sebenar kematian dua kali ganda iaitu 12,000 org. Setelah wabak reda, Imam bertanya kembali kpd ketua jin kenapa angka kematian jauh dua kali ganda dari apa yg diperkatakan sebelumnya dan Imam bersyukur dia di antara yg terselamat.
Ketua jin pun beritahu Imam keadaan sebenar;
1. Jumlah sebenar yg mati (syahid akhirat) tetap 6,000 orang.2. 6,000 org lagi mati kerana panik (fobia & ketakutan melampau)3. Adapun Imam serta mereka yg selamat, ada 3 amalan penting jadi asbab penyelamat;a. Tenang Dan Tidak Mudah Panik.b. Banyak Bagi Manfaat kpd Ahli Keluarga/ Masyarakat.c. Banyak Bersedekah
* Kisah ini pernah diceritakan oleh seorang Ulama besar Yaman (Habib) kepada anak2 murid. Semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini dalam menghadapi situasi sekarang.
sumber : fb
Subscribe to:
Comments (Atom)
Cerpen : Kasih Kita
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...
-
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Entry tertunda : Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019 Yuhuuu... dah updat...
-
Assalam.. lama tak jenguk dan update blog ini kan so sebagai upacara pecah tanah di tengah tahun ini, saya nak share sebuah kisah yang mu...
-
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...








