Edisi Jalan-Jalan : Entry sangat tertunda - Japan (part 1)



 


~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang...~


Entry tertunda (yang sangat tertunda, lol) : 

Date jalan-jalan 2 -11 Dec'16


Nota : ekceli ini adalah dalam draftku, dah lama taip.. tapi hanya save in draft.. so aku pilih untuk publish aja la.. walau tidak lengkap sepenuhmya.. boleh? who say cannot kan.. lol.. belog sendiri maaa..  *ngeh ngeh ngehh*


Day 1 - 2 Dec 2016, Osaka & Tokyo

Kami menaiki pesawat Air Asia X, dari KLIA2 ke Kansai Airport.
Sewaktu perbincangan, kami sudah membeli ticket KL-Osaka-KL (sebab cari2 tix murah kan). Bila dah beli, baru la timbul nak ke Tokyo pulak... oleh kerana kami grouping, dan bukan banyak duit nak ke sana be-be-be-rapa kali (dgn assumption, inilah pertama dan terakhir kami ke Japan, lol) so, kami decide, ok, kita pergi ke Tokyo jugak la     *semua horeyyyyy*


Jadinya, setelah membuat online survey, dan tanya rakan-rakan, kami bersetuju untuk membeli tiket bas pula untuk ke Tokyo. Tiket mahal wehh... dalam RM 300- 400 untuk perjalanan selama 8 jam (macam KL-KB wohh, huhu). So malam tu, kami akan bermalam di dalam bas sahaja. Sampai Tokyo dah pagi. Namun, pembelian tiket ditangguh-tangguhkan kerana - melalui pembacaan- survey sana-sini-sinun, adakalanya tiket akan rendah -ada tempoh tertentu.


Pencarian tiket bas kami ditangguhkan seketika, sehingga la 2 bulan sebelum berangkat, dek kerna kesibukan dengan tugas  hakiki, masing-masing terlupa akan perihal satu yang masih tertangguh ini. Tiba-tiba teringat ehhhhhhh tiket ke Tokyo belum beli lagiii!! Namun demikian, di ketika itu tiket menjadi lebih mahal, dan hanya 5 seat sahaja yang tinggal, sedangkan kami 11 orang semuanya.. Oh nooooo... *sad*  Jadinya, hendak ataupun tidak, kami terpaksa membeli shinkansen - dengan kos RM645, sehala *sengih-selebar-alam*  Good job!! LOL (Notakaki: konon nak jimatkan, apoo?? sekali laaagi mahal) *padan muka*


Setibanya kami di Kansai, masa sudah pun menjangkau pukul 3 petang, so kami mencari surau terlebih dahulu. Sangat selesa. Selepas itu, kami merayau mencari makan dan merayau sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke kaunter untuk pembelian tiket shinkansen ke Tokyo.


Perjalanan mengambil masa selama 3.5 jam (berbanding bas selama 8 jam) kami tiba di Tokyo pada pukul 12 tgh malam. Yeayyyy... Suasana masih sibuk dan bising walaupun di tengah 12 malam.  Plan kami, cari seat atau tempat menunggu, then tunggu di situ sehingga pagi menjelang, sebelum adik student (dari Sakura Timur) fetch us up. Namun-namun-namun, di Tokyo Station, kosong, lapang sesangat dan tiada tempat menunggu ya kawan-kawan.  Empty! Nada! Yillek! *ammaaa*        So kami dengan langkah ayunya bergerak la ke suatu sudut, maka beramai-ramai kami mem'parking' luggage2 kami yang-sangat-comel di situ. Nak tunggu pukul 8 pagi. Ouch.. long way to go! 


Kemudiannya, anggaran pukul 2.00 pagi.. kami semua dipersilakan dengan segala hormatnya keluar di perkarangan Tokyo Station, atas sebab-sebab kerja-kerja pembersihan... kahkahkahh... maka dengan itu, kami pun stay outside la.. dalam suhu anggaran 5-6 darjah celcius... dan masuk kembali setelah siap kerja-kerja permbersihan dalam anggaran 5.00 pagi. 


Bila lagi nak rasa stay outside dalam cuaca mencapai sejuk beku kan... ini la masanya!  *hahahahaaaaa*

Err, bukan kami jer yang dipersilakan keluar itu ya.. bersama kami ada lagi 2 orang middle east ladies.. pastu ada la sorang dua warga tempatan... yang, err agak mabuk.. lepas tu dia terbaring je layan diri sorang-sorang tak menggangu kami pun.


Di kesempatan itu, kami pun melihat la bagaimana kerja-kerja pembersihan di negara matahari terbit itu... Aku ingatkan, kerana negara maju kan... depa pakai la peralatan canggih ke apa.. tapi, suprisingly.. semuanya menggunakan tenaga fizikal dan manual jer.. kagum jap, dah la kebanyakan yang buat tu adalah warga tua okeh! Lepas tu kami-kami-kami pun membuka la luggage kami dan mengeluarkan beberapa makanan yg ada untuk mengunyah dan memberi haba sempena usaha untuk mengurangkan rasa sejuk itteww.


K Long yang berkebetulan mengalami masalah perempuan ketika itu, decide untuk cari hotel di kawasan sekitar.. Alhamdulillah, ada satu dua kekosongan setelah mencari di beberapa hotel di kawasan sekitar. So K Long decide nak amik sebilik dan kami yang lainnya memilih untuk bertahan sehingga pagi sambil borak-sembang-gelak-sambil tgk kerja pembersihan sementara menunggu kerja pembersihan siap sebelum kami di beri kebenaran masuk ke dalam kembali.



Day 2 - 3 Dec 2016, Tokyo

Ilham, adik yang handle Sakura Timur, yang kami-kami ambil pakej dengan mereka sepanjang  'misi mencari doraemon' itu datang menjemput kami seawal jam 7.30 pagi, awal sedikit dari masa yang dijanjikan.. sebab dia tahu kami bermalam di luar semalam khuenn.. kihkih.. Seawal pagi tadi, kami sudah menjelajah beberapa tempat untuk mencari air demi mengambil air sembahyang.. Kami menuju ke hotel dahulu untuk menumpang guna tandas mereka. Ironinya, hotel tak bagi pun kami masuk untuk menggunakan tandas mereka.. tapi pusat karaoke pulak yang membenarkan kami menggunakan tandas.. 

Dah la tu lama lak tu... baju berlapis lapis kan... pastu 3 orang masa kami pergi tu... mereka senyummm jer... Tak silap aku sepanjang kami bertiga menggunakan tandas itu - sejam sejam setengah jugak la anggaran masa di ambil - 4 kali mereka datang sebab nak bersihkan dan menukar tisu tandas, tapi kami masih di situ.. pekerja di situ senyummm je lepas tu angguk-angguk kepala dan berlalu.. Dah habis menggunakan kami ucap terima kasih banyak-banyak kat mereka, dan mereka angguk-angguk kepala dan tetap senyum  *haittt*     Selepas itu, kami kembali ke Tokyo Station dan bersolat disiar kaki yang agak tersorok di sekitar itu. 


Selepas itu, kami naik ke atas dan rupanya mereka yang lain juga sudah bersolat dengan mencari tandas di kawasan sekitar. Kemudiannya selepas McD dibuka, dan kami-kami masing2 membeli secawan kopi panas... Ya rabbi, nikmat sangatttt.. hilang segala sejuk2 awal pagi tadi...


Setelah Ilham sampai, kami dibawa ke Air BnB, aka rumah tumpangan kami.. Ya rabbi.. ini satu lagi hal. Rumahnya dah la jauh, sampai lembik lutut menarik luggage masing2... biasa la.. Jepun, Korea.. semuanya konsep menggunakan tangga sepenuhnya.. dengan beg yang boleh tahan berat tu lagi... bayangkan lah... bertukar stesen sebanyak 6-7 kali kot, kemudian menaiki level-level ke aras yang berbeza.. jarak yang boleh tahan agak jauh.. dengan badan yang dah penat, boleh tahan aak penat la.. tapi kami tetap bertahan dan meneruskan seperti biasa. Hello.. baru hari pertama okeh! Kemudian setelah sampai di stesyen-lupa-nama, kami terpaksa berjalan selama 30-45 min lagi untuk tiba di rumah tumpangan kami.. yang best kat situ semua lengkap dengan wifi dan stok makanan lagi.. boleh guna dan masak apa sahaja..


Rancangan awal, kami akan menjenguk kawasan sekitar haritu, nampaknya terpaksalah dibatalkan kerana kakak-kakak-kakak ini *kami lah tu, lol*  semua sudah kehabisan bateri... Setelah masing2-masing sampai di rumah.. kami kemas diri dan merehatkan diri... boleh dikatakan kesemuanya pengsan dengan pelbagai rencam bunyi-bunyian merdu mengalahkan enjin bot 

*sengih-bibir-bergetar*



Lepas tu, malam tu aku takleh lelapkan mata lak, adoii.... mereka yang lain semua selamat di alam mimpi indah.. aku sendirian terkebil-kebil melayan mata yang tak kunjung mengantuk. 


Namun, akhirnya mata terpejam la jugak dalam anggaran 4 pagi... kemudian pukul 5 pagi dah bangun untuk bersiap - take turn ma... Aku suka bersiap awal, sepanjang di Jepun tu, aku sering menjadi orang pertama or kedua mandi okeh.. heheheee   *tap own shoulder*



Day 3- 4 Dec 2016, Mount Fuji tour

Hari ini, kami ke Mount Fuji dengan 1 biji van dan 1 biji kereta. 


Kereta 4 orang - Laili/Zue/K Long/ Nana.

Van - Aku/Sal/Zai/Rafi/K Pinie/Idah/K Ima


Lega, harini kami boleh berehat dalam kenderaan. So aku boleh la melayan kantuk sementara tiba di destinasi yg dijadualkan untuk hari itu - Mount Fuji.


Ya Allah, indahnya ciptaan tuhan... serious, Mount Fuji is soooo damn beautiful.... ia boleh dilihat dari segala genap 360 darjah punya sudut.. dari jauh sudah nampak puncak gunung Fuji itu.. dari dekat lebih stunning... Kereta dipandu terus ke Step 5 - step tertinggi yang paling dekat dengan puncaknya. Rezeki kami, hari itu kami dapat melihat dengan jelas.. kerana ada masanya, melalui pembacaanku, ramai yang komen frust kerana tidak berjaya melihat dek kerna kabus yang tebal meliputi sehingga tidak terlihat pun.. -tapi our geng gojes, Alhamdulillah..


Kami turun dan berfoto di Step 5 itu... then, kami dibawa pula ke Lake Kawaguchiko.. dari sini, pemandangan Mt. Fuji juga tersangatlah cantiknya.. Kami sempat membuat 1 video #superfailedmannequinchallenge kahkahkah... Kebetulan, masa tu  mannequin challenge adalah sangat in.. so kami sepakat dan bergedik nak buat la jugak satu.. tapi semua failed.. ada yang senyum la.. ada yang ketap bibir la... paling banyak kelip mata... tapi nice scenery okeh.... sapa je yang berjaya buat #mannequinechallenge berlatar belakangkan Lake Kawaguchiko dan Mount Fuji tu kan?


Kami la, geng gojes! harr harr harrrrrr


On da way balik, kami bersinggah di Gotenba Premium Outlet. Cuci mata je le kek situ.... masih awal, takde sesiapa yang berjaya melebur duit di situ.. *senyum*


Apapun, here is few pics.. Video taktau simpan kat mana.. nanti jumpa i menepek balik naaa...


Ini adalah part 1 - part 2 xtak tau bila la pulak aku ble sambung ni... ini pun disambung setengah jalan, dari tahun 2016, 2020 baru sambung.. astagaaa... doakan saya da mood untuk mengingat kembali details dalam trip japan ini ya.... *sengih lebar alam*




Indahnya ciptaan tuhan

                                             #superfailedmannequinechallenge but cute LOL

Kami di Fujisan

                                           Kami ronda2 Tokyo - di Akihabara, Ueno Park, etc

Tokyo - Fujisan & Yoyogi Park
 
Tokyo lagi -Akihabara & Ueno Park

notatakakiHD : lamanya, baru nak post kt blog... 2016 to 2020? adoiiiii

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27