Mari Dengar Suatu Cerita : Kisah Imam Al-Ghazali dan Wabak Taun


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Kisah Imam Al-Ghazali (rah.) dgn Wabak Taun :


Diceritakan Imam Ghazali rah. pernah mengajar ilmu agama kpd segolongan jin di madrasahnya di kampung beliau di Kota Tus, Khurosan. Pada satu ketika para jin itu meminta izin drpd Imam utk tidak hadir di majlis ilmu selama 10 hari. Imam bertanya...kenapa? Ketua jin menjawab mereka telah ditugaskan utk menyebarluaskan wabak Taun di daerah/negeri sekitar Khurosan. Imam bertanya lagi, berapa ramai yg akan mati, jin itu berkata 6000 orang dan tuan Imam tak terkecuali. Dgn tenang maka Imam pun memberi izin kpd para jin utk beredar.


Sampai tempoh waktunya, benar apa yg katakan oleh ketua jin itu tetapi jumlah sebenar kematian dua kali ganda iaitu 12,000 org. Setelah wabak reda, Imam bertanya kembali kpd ketua jin kenapa angka kematian jauh dua kali ganda dari apa yg diperkatakan sebelumnya dan Imam bersyukur dia di antara yg terselamat.


Ketua jin pun beritahu Imam keadaan sebenar;


1. Jumlah sebenar yg mati (syahid akhirat) tetap 6,000 orang.2. 6,000 org lagi mati kerana panik (fobia & ketakutan melampau)3. Adapun Imam serta mereka yg selamat, ada 3 amalan penting jadi asbab penyelamat;a. Tenang Dan Tidak Mudah Panik.b. Banyak Bagi Manfaat kpd Ahli Keluarga/ Masyarakat.c. Banyak Bersedekah


* Kisah ini pernah diceritakan oleh seorang Ulama besar Yaman (Habib) kepada anak2 murid. Semoga kita dapat ambil iktibar dari kisah ini dalam menghadapi situasi sekarang.



sumber : fb

Comments

Popular posts from this blog

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27