Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda : Japan (Part 2)


~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang~

...cont. dari part 1


Date jalan jalan itik ayam : 2-11 Dec 2016
cont. dari part 1 (after fewww years haha!)

Sewaktu kami pergi ketika itu, kami terjumpa satu family dekat kedai ramen.. anak laki 3 tahun, anak perempuan 5 tahun, 3 minggu katanya bercuti untuk Jepun dan Korea.

Terjumpa jugak dengan satu family dari Kota Singa. Kebanyakan family ni mereka lebih suka jalan sendiri sebab free and easy.. tapi kena cari maklumat dulu la.. cuba join group kt FB 'Road to Japan' macam2 info yang dorang share atau nak tanya.. ramai yg sudi membantu dari feedback, dorang cakap info dari group RTJ tu sangat2 membantu... saya join pun lepas dah balik dari Japan pagi

Sebagai info, kat Jepun ni, kedai makan dia dibuka dalam waktu tertentu sahaja.. contohnya untuk dinner : waktu operasi 6pm- 9pm sahaja

So kena pandai manage masa... kena awal kalau nak dapat tempat dan makan awal, kalau tak berderet beratur  kat luar kedai menunggu turn dalam cuaca sejuk tuh...  Sebab biasa kedainya kecik2... dan full ya kawan-kawan.. Saiznya boleh dikatakan 1/3 dari kedai makan biasa di Malaysia ni

Dan anda tidak boleh berlenggang-lenggang kangkung dan amal budaya lepak-lepak. Order, makan dan keluar!
Masih ramai lagi yang sedang menunggu turn dalam barisan, di musim sejuk pulak tu… Adoiii, ingat ni pun dah terasa angin-angin sejuk tu.. beratur dan dalam kelaparan lagi!

Nota: now tarikh 16 Jan 2024, Tues

Tiba- tiba aku mcm nak lawat blog sendiri yang dah lama bersawang.. tiba2 rajin nak jenguk draft.. eh eh, ada draft Trip Japan part 2 rupanya… halfway taip, lepas tu sidai kat situ… tahun 2024 baru jenguk kembali… ini pun tak tahu berjaya submit untuk post ke tidak ni…. 
*_______* heheheeeee

Ok nak sambung cerita mana ya pasal Japan ni… sebab dah almost 7 8 tahun berlalu khuennnnnn ^______^

Ok, sambung..

5 Dec 2016, Mon - Tokyo tour
Sehari sebelumnya kami dibawa melawat the greatest the beautiful of Fujisan, Lake Kawaguchiko dan juga Gotenba Premium Outlet. Sampai di tempat penginapan kembali dah tengah malam

Jadi, pada hari ke 4, awal pagi lagi kami dan bangun bersiap, selepas bersiap - I kan antara terawal, confirm no 1 atau 2 la hehe.. sebab aku tau aku cepat bersiap, tapi kalo mandi tu ambl sedikit masa sampai badan rasa sejuk dan puashati baru aku stop - walau dalam musim dingin  

^______^   

 menunggu yang lain bersiap, aku teman dan tolong Kak Ima selaku chef dan kakak sulung buat breakfast. Best sangat, buat nasi goireng di Tokyo hehehe.. gunapakai segala bahan yang ada di dapur, dalam fridge dan juga aku request sambal my mom untuk di bawa ke sana, so K Ima pakai sambal cili kering mak tu sebagai pes nasi goreng kami.

Setelah semuanya ready, kami selesai bersarapan dan get ready to ronda2 kota Tokyo pula. Hari itu, kami dibawa melawat Akihabara, yang dikenali dengan 'electric city’ - yang wellknown dengan arked2 mainan games, anime, manga dan sebagainya lagi tu. Kami jalan-jalan, ronda2 dan sesi photo sahaja, sebab takde la yang giler semua tu.. Kalau bawak geng lelaki mungkin sangkut lama jugak di situ kan..   Selepas itu,  kami dibawa ke Ueno Park dan berdekatan situ ada masjid.. so kami bersolat di masjid berhampiran Ueno Park tu. Cantik sangat pemandangan di Ueno Park tu... macam vibes musim luruh pun ada lagi, walau dah masuk awal musim sejuk dah ketika tu.  

Selepas itu kami di bawa ke Asakusa yang ada budhist temple besar depan pintu masuk, banyak juga kedai2 cenderamata di situ. Asakusa ni asalnya satu perkampungan tradisi Jepun, tetapi sudah ditukar kepada komersil tapi masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisi. Kat situ, kalau nak sewa pakai kimono pun boleh. Tapi kami semua tak sewa pun... Mahal kan... LOL. Dan juga, souvenier dekat kedai2 deretan situ juga ya ampun ibukkkk maaaheeiiiiii banget... 

*_____*      

 Aku of course terus compare dengan Korea, sebab souvenier Korea murah. Jaaauhhhh sangat beza hahaha. So membeli 1-2 untuk diri sendiri sahaja la. Thehehheheeee. Selepas bebrapa pusingan, sempat ajak satu acik tu yang pakai kimono, aku dan Sal amek gambar ngan dia.. mula2 dia ingat kami mintal tolong bergambar, dia nak tolong.. Walhal kami ajak dia bergambar sama, haha!

Kemudian, kami makan malam nasi ayam, tapi aku rasa macam makan pulut ayam je?? Hahahahaha.... Makan je la... (^_____^)    Malamnya kami di bawa ke Godzilla Road di Shinjuku. Dari jauh memang dah nampak la kepala Godzilla di atas bangunan hotel. Nama hotel tu Hotel Gracery. kena naik tingkat 8, tapi kami hanya bergambar dari kejauhan sahaja di siar-siar kaki di atas jalan raya. Ambil dengan signage Godzilla Road pun dah  ok... (*______*) Aku pun tak tahu, apakah significant kami di bawa ke situ, dah orang bawak kita pun pergi je la.. Mungkin dia mangsa atau raksasa berlawan ngan ultraman kot heheheee (*_____*)

Selepas itu makan-makan, kami kembali ke tempat penginapan kami. Apa yang pasti, menyinggah di Family Mart adalah suatu kewajiban, untuk beli air, dan juga onigiri dan nasi yang di masak - errr, nasi yang macam pulut tu, kami akan beli dan makan bersama bahan2 masakan yang dibawa dari Malaysia. Sewaktu itu, Family Mart belum bertapak di Malaysia. Ops, ok sekadar nota : aku google Family Mart dah bertapak di Malaysia pada Nov 2016. So kami ke Jepun 2-10 Dec 2016. Belum sempat kenalsuai lagi dengan FM masa tu, heheheh

Kali ini bermula la siri perjalanan kami dengan turun naik subway. Menukar station yang entah berapa kali, dan perjalanan menapak sejauh bebebebeberapa ratus kilometer sehari.. hihihiiiii. Rasanya pengalaman berjalan di Jopun ni la paling banyak dalam sejarah peng-travel-an aku dan rakan2... almost beratus-ratus km sehari. Syabbas bette - cakapku pada diri sendiri. 

*tap own shoulder*  

Di tambah pulak dengan lutut yang terpaksa dipakai guard akibat kesan terjatuh pada suatu hari di tahun 2013, dan kemudiannya seminggu selepas tu tanpa sadar buat zumba fokus tang kaki la- banyak lompat dan sebagainya melibatkan kaki - so yah, aku bawak guard yag bergetah sewaktu ke Jepun. Konon nak kurangkan sakit la kan di kaki kiriku ini, tapi-tapi-tapi  kan jalan ratusan km sehari.... memang berjalan sambil menahan rasa sakit yang amat sangat la dan kadang2 berpaut pada kawan2ku jugak la kalau sakit ya amat. 

Fuh!! Kalau difikirkan kembali, aku boleh harung semua tu... _selepas aku sedar, rupanya lututku dah lari sikit dari soket dia - tu yang sakit... kejadian ketahuan lari soket tu pun dan tahun 2018- akibat dari kejatuhan dan slip pada tahun 2013-  peristiwa itu beberapa hari sebelum our first trip ke Medan, which aku terpaksa berurut dulu. Seb baik masa gi Medan tu dah beransur.... hilang terus kesakitan bila dah bersama raka-rakan. Heheheee.   Tsk tsk tskk.... Syukur Alhamdulillah dengan bantuan Allah jua hendaknya

*________*


Selepas selesai di Godzilla Road, kami kembali ke rumah penginapan kami, dan berehat yang kadangkala kalau dah 11 orang 1 rumah, memang havoc la gak. Mujur tak kena ketuk sahaja. kan di Jepun tak boleh bising. Nanti ada kejiranan, atau polis sendiri yang mengetuk pintu sebagai teguran. Kat sana kena sunyi-sunyi sahaja.


6 Dec 2016, Tue.
Ok, di hari ke 5 itu pula, kami di bawa ke Harajuku yang glamer dengan cosplay tu. Katanya ramai dan banyak orang dengan macam2 cosplay- apa cosplay tu - ala watak siri kartun Jepun - dorang akan pakai dan mekap sebijik macam watak dalam anime-anime dan manga Jeoun tu. Tapi malangnya masa kami ke sana, macam susah nak jumpa pun. Mungkin mereka tahu kami nak datang, so depa segan dan bersembunyi dan tak keluar kot, hehhehh… 

Yang untungnya kat situ kami jumpa kedai Daiso - yang memang sangat padat dan banyak barangan yg boleh kami borong untuk souveniers kepada family & frineds di Malaysia, hihi. Walaupun dari Daiso, tapi semuanya cantik2 ok..... dan mampu milik! Plus dari Jepun ok  (^______^) Siap tukar exchange lagi dekat money changer kt situ okays... sakan masing2 masa tu, hihi. Dapat makan asikrim dan juga apa dah nama ala cream puff tapi panjang kat situ. Sedapppppppp!!!

Selepas itu, kami dibawa ke Shibuya Crossing yang glamer tu. Ramai sangat yang melintas jalan, Tak dapat nak capture zebra cross yang penuh. Kat sini juga kemi berjalan-jalan melawat toko-toko elektrik dan kedai jam. Aku sempat sambar 1, lupa jenama apa. Yang lain semua sambar g-shock. Aku masa tu takde keinginan lagi. So ambik yang lain2 je la..

Kami juga di bawa ke satu statue/ patung anjing yang setia tu.. Haa nama dia Hachiko Statue. Sejarah anjing yang sangat setia menunggu tuannya, seorang professor hari-hari di depan stesen Shibuya tu dan balik bersama. Sampai la tuan dia meninggal. Dia tetap ulang yang sama, dan akhirnya dia pun meninggal. So mereka bangunkan Hachiko Statue kat depan situ. 

Kemudiannya, kami di bawa ke Yoyogi Park. Sangat cantik melihat dedaunan yang masih kekuningan. Satu-satu berguguran, Masih vibes di musim lutuh. Selepas photo-ing kami beransur ke Odaiba pula - Aqua city- kat sini famous dengan patung Gundam atau gundam statue yang besar terpacak tu. Sewaktu cross dari atas satu bangunan shopping complex yang kakak lupa namanya tu, nak ke kawasan  gundam statue tu, angin sangatlah kuat datang menerpa kami. Dia punya angin lintang datang menerpa kami. Sebab kami nak ke sana kena terpa angin lintang tu- berlawanan arah - so nak lawan angin tu sangat susah ok, dan Zue hampir2 diterbangkan angin lintang tu. Nasib baik sempat dipaut dan dipegang je.


Cam biasa, selepas sesi photo, kami bergambar juga dengan statue ala hollywood dari kejauhan. Kat sana pun ada statue of Liberty macam kat hollywood tu ok. Tapi sini panggil statue of Liberty Odaiba la. Kemudian kami pi singgah makan dan kemudian baliklah kami untuk berehat.


7 Dec 2016, Wed.- Osaka kami datang
Hari ini kami bersiap untuk kembali ke Osaka pula. So kami bersiap, kemas diri, kemas rumah. Kami pun chekout dari air bnb Tokyo tu. Kemudian jalan kaki heret luggage masing-masing untuk mencari teksi pulak. Tak larat nak naik subway. turun naik tangga, sebab sana takde eskelator okay. Semua pakai tangan dan tenaga untuk angkat luggage masing-masing yang terrrrsangattt lah beratnya itu.

Kami mengambil teksi, menuju ke *lupa station apa* tapi bukan Tokyo Station* ok, dah ingat- nama dia Shinagawa Station. Kami mengambil shinkansen (keretapi laju) untuk kembali ke Osaka. 3.5 jam kami sampai, dan ada adik baru yang menunggu kami di situ - Nada namanya - comel sangat, dengan skirt dan sneakers dia - So kami terpaksa pusing2 mencari air bnb kami di Osaka pula - tak jumpa. Kami sama-sama mencari, pusing sana, pusing sini. Hampir 30-40 minit akhirnya berjumpa lah juga. So kami check in. 

Tapi dekat sini kami dipisahkan dengan 2 bilik dan 1 ruang tamu. Agak terbatas berbanding open/ studio konsep sewaktu di Tokyo. Alaaaa, takleh bising2 macam kat Tokyo dahhhhh hehehee… (^______^).   So kami pun pilih la bilik masing2 dan berehat.

Malamnya, kami di bawa keluar ke Shinsaibashi Street. Ramai sangat ummat di sana. Pelbagai arked kedai jualan di sana. Dan paling glamer ada kat sana adalah yang MESTI ambil gambar dengan 1 mural kt bangunan tu. Sorry, aku lupa nama dia buat masa ini. - ok dah cari- nama dia Glico. Aku tak tau kenapa glamer sangat- ramai giler dan berpusu nak selfie ads Glico nih. 

Kemudian again, masing2 sakan bershopping beg anello dan juga jam-jam tangan G-Shock. Aku pun turut terpengaruh la kali ini, sambar 1 untuk my personal usage. Tapi beg anello aku tak terpengaruh, hehe.. Dah pergi sana kan, tempat asalan G-Schok dan aku sambar 1 jam untuk ayahanda ku. dan beg tangan cantik untuk ibundaku.

Jalan-jalan, photo-photo kemudian kami pun pulanglah berehat. Penat! tapi gembira!

Siapa je tak suka shopping kan LOL


Nota kaki HD : Bersambung kembali pun, nampak gayanya panjang jugak karangan ni. So bersambung lagi ke part 3 - kalau rajin dan berjaya publish nanti. Wish me luck!

NotakakiHD2 : Assalamualaikum kawan2.. haiii.. lamanya blog ini diinggalkan bersawang kan. Tetiba temui jalan pulang! Lol. Semoga daku kembali rajin mencoret barang serba sedikit kembali.

NotakakiHD3: cam biasa sedikit pic untuk tatapan sendiri jugak hehe

                          


dengan gundam statue
                                      
\

dengan Hachiko statue

dengan statue of liberty Odaiba

Yoyogi Park

us

me in Shinsaibashi Street (Dotonburi)

back to Osaka, selfie depan shinkansen 1

selfie depan shinkansen 2

selfie lagi depan shinkansen sambil tunggu our shinkansen

tiba di Osaka, masing2 mencari arah air bnb, daku sempat selfie hehe



Yoyogi and me



Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27