Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Japan part 3)

 

~Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang~


Date jalan-jalan itik ayam : 2-11 Dec 2016


...cont. dari part 2


8 Dec 2016, Thu. - Osaka Castle visit

Hari ini kami di bawa ke Osaka Castle, ke Aquarium Osaka, naik eye of Osaka, naik bangunan tinggi di Osaka, Umeda Sky Building, dan beberapa lagi Osaka attractions yang aku dah lupa.

Awal pagi, kami keluar menuju Osaka Castle dulu. Lawaaaa sangat tempatnya. Boleh imagine kalau waktu musim sakura tu, mesti cantik gilerrrr..... mesti putih-putih je bebunga sakura tu kan dan berguguran. Tapi, kerana kami datang pada musim sejuk.. maka batang dan ranting sahaja la yang tinggal kan, hehe.

Kami di bawa memasuki Istana Osaka ini, dengan penerangan oleh seorang tourist guide. Kami juga di bawa naik ke menara istana, dan juga di bawa ke satu sudut yang tersembunyi, ia boleh membiaskan Osaka Castle di air dalam kolam membentuk pantulan imej.

Kemudian, kami lepak-lepak sahaja di depan taman di depan istana tu. Banyak trak-trak jualan makanan dan souveniers juga. Zue sempat membeli takoyaki, dan kami makan bersama-sama, main-main dengan burung merpati yang banyak disitu. 

Kemudian kami move ke Aquarium Osaka pula. Dalam perjalanan jumpa satu arked tepi jalan yang menjual longgokan tshirt tapi berkualiti, beg dan kimono. Aku sempat sauk beberapa helai tshirt untuk adik2 lelakiku. Beberapa orang nak masuk Aquarium, tapi aku cakap, sama ngan Aquaria KLCC je kot... (^_____^) - hehe of course ada kelainan, tapi aku malas masuk, dan mereka yang nak masuk pi masuk... dan beberapa yang  taknak menghabiskan masa lepak di mall area situ sahaja. Ronda2 buang msa tgk semua kedai souveiers, kedai pakaian disitu sehingga mereka keluar. Lepas tu keluar-keluar, ambil photo lagi. Kaki aku masa tu dah berdenyut sangat sakit. Tak larat! Tapi tahankan sahaja.

Kami beransur menaiki Eye of Osaka pula. Kemudian, sesi photo lagi, then kembali semula ke stesen subway untuk kembali ke bandar Osaka. Melalui kedai jualan tshirt longgok harga patut tapi kualiti terbak, ramai juga turut menyumbang hasil belian.

Sampai di Osaka, sebelum kami ke Umeda Sky Building, kami berhajat nak dinner dulu di satu restoran rasa Malaysia, Tapi tunggu punya tunggu, tak dapat-sapat jugak turn. Sudahnya kami berlalu pergi untuk ke Umeda Sky Building session. Kaki ku masa ni dah tahap heret kaki. Sakit, dan sakit. Aku berjalan sambil berpaut pada lengan Sal je, nasib baik ada dia.. Yang lain dah jauh di hadapan. Kami menyinggah juga di Family Mart, macam biasa, beli onigiri dan beberapa lagi sebagai alas perut..

Selepas sesi di Umeda Sky Building, kami pun pulang la ke rumah. Di pertengahan jalan, seperti biasa, kami membeli air, nasi dan apa-apa sahaja untuk makan di rumah. Sesampai dirumah, baru makan. Huhu, susah nooo nak makan kt Jepun ni tau.. nasib baik masing2 membawa bekalan yang banyak.

Nak menapak ke restoran tu dah berrrrrrpuluh kilometer. Patah balik pun dah puluhan km. Menapak lagi ke subway ke rumah semua kena pakai bas nombor 11.

Memang banyak turun berat sewaktu kami di sana, pastinya. 

Ngeeeeeeeeeeee (^________^)


9 Dec 2016, Fri. - Kyoto tour

We went to Kyoto for bamboo grove at Arashiyama Bamboo and few attraction around Kyoto. So hari itu, kami bangun, bersiap dan keluar menuju ke bebeberapa subway station untuk menuju ke satu daerah yang bersebelahan Osaka, iaitu Kyoto. Hari yang ditunggu-tunggu. Nak pergi masuk hutan buluh, weeehuu! hehehe... Kyoto ni terkenal dengan keindahan alam semulajadi. Masing-masing excited. Kami sempat juga berjamak dan qasar di sekitar stesen subway tu je. Kemudian bergegas menaiki train ke Kyoto. Ramainyaaaaa ummat manusia ni. Semua berhimpit-himpit.

Setiba di Kyoto, kami di bawa ke Fushimi Inari dulu. Satu buah temple sangat cantik, yang berwarna oren. Adik yang tolong kami pun sangat-sangat amatur, baru first time jugak katanya mengiring. So kami dan dia sama-sama mencari jalan di sepanjang travel di Kyoto tu. Setelah settle di Fushimi Inari, kami bergegas ke Arashiyama Bamboo pulak.. tapi again mencari-cari jalan. Kena jalan jauh bila keluar dari stesen tu. Kami jalan je kemudian lost track, kemudian jalan lagi ke arah lain, haha... Sama-sama mencari. Dalam perjalanan singgah here and there. Beli kuih mochi la yang cantik dijual di tepi jalan menghala Arashiyama tu. Kami dibawa ke 1 bridge, tak tahu apa sejarahnya.. kemudian baru ke kawasan bamboo.

Tetapi, apabila tiba disitu, walau baru pukul 3 ke 3.30 ptg macam tu, tapi kerana cuaca kan dalam musim sejuk, So bila kami dah sampai dalam hutan buluh, cuaca dah nampak gelap. Kalau amek gambar pun dah tak cemerlang dan cantik dah.. Dah macam mendung dan cahaya pukul 5 menjelang pukul 6 7 kalau dibuat persamaan dengan tempat kita ni. So kami berjalan dan snap la pic juga, what to do kan.. hehe.. Njoice je what you can.. so snap la sana sini.. 

Lepas tu cuaca makin malap dan menggelap. Kami pun perlu pulang ke Osaka. So kami pun beransur pulang menuju stesen subway. Yang paling ingat kat sini, sepanjang beberapa stesen menuju Osaka Station tu, banyak persinggahan tau. Tapi orang sangat ramai. Walau dalam train tu dah penuh, padat dan tersumbat, mereka tetap naik sehingga suasana dalam train tu sangat cramp. Kami yang berada di belakang driver tu, ada yang melepek pipi dan muka di cermin dah, LOL. Ada yang melepek di belakang penumpang lain. Bila berhenti lagi di stesen seterusnya. Atendan train tu siap tolak lagi orang di luar yg nak masuk supaya pintu boleh ditutup. Cramp giler okay.. dengan bau-bauan dari orang baru balik kerja nya lagi.

What a memory! hahha

Kalau train kat KL ni dah nampak penuh, kami hanya biarkan ia berlalu pergi dan naik next train tau. Tapi tidak di sana ya! Disumbat melebihi tahap sardin dah occay (^______^) 

Sesampai di Osaka station, kami masuk pula kedai 300 ke kedai apa dah dorang panggil. Kalau kita sini dulu kedai RM2 la kan, sana kedai 300, semua barang 300 yen.. So menambah lagi la hasil shopping souveniers kami. Hehehehehhehehehehe (*_____*) 


10 Dec 2016, Sat. - Kobe Tour

Hari kedua terakhir di Jepun, turn kami melawat satu lagi daerah bersebelahan Osaka, iaitu Kobe. Di situ, sudah semestinya menjadi satu kewajipan kami melawat masjid tertua di Jepun, iaitu Masjid Kobe. Dibina pada tahun 1935, mempunyai 3 tingkat. Ciri dan rekaan dalaman mahupun luaran dia cantikkkkkk sangat. Alhamdulillah. Ia bercirikan tradisional binaan Turki.  Kami sempat bersolat di masjid itu. Masjid Kobe ini merupakan satu-satunya bangunan yang terselamat sewaktu berlakunya serangan bom pada WW2 1945 dahulu - Perang Dunia Kedua- walaupun pada ketika itu, bandar Kobe hancur musnah dibom atomkan menjadi seperti padang jarak padang tekukur, dengan hanya sedikit keretakan di dinding dan tingkap yang pecah sahaja. SubhanAllah!!

Selepas solat, bergambar serba sedikit di hadapan Masjid Kobe ini, kami beransur pula Taman Herba Kobe aka Kobe Nunobiki Herbs Garden. Kami menaiki ke atas menaiki kabel car. Seronok! Maklum naik kabel car dia negara orang, hihi. Katanya terdapat 75,000 tanaman dari herba dan bunga di taman itu.  Again, kami sempat buat another #mannequinechallenge di situ. Kali ini lebih ok berbanding di Lake Kawaguchiko tu la, hehe.

Selepas itu, sesi photo, kemudian kami beransur pulang ke Osaka.


11 Dec 2016, Sun. - BALIK!!

Hari balikkkk.. Yeahhhh… Akhirnya.. agak lama kisah travel kami di bumi doraemon ni kan, hihi. 

"Ingat tak reti nak balik dahh... hihi" begitu antara komen di FB sewaktu berkomen-komen di beberapa hantaran di mukabuku (facebook). Kami keluar awal pagi,  Ain yang menjadi peneman dan pemudahcara  sewaktu Kobe tour yang akan meneman kami ke Kansai Airport. Ain ni anak tunggal dari Melaka tak silap, tapi rajin dengan bekerja bekerja partime di sebuah kedai ramen, Ayam ya Ramen, mengiringi kami ke Kansai Airport untuk pulang. Selepas berkemas, dan kemas rumah. Kami beransur la... kena turun naik tangga macam biasa dengan luggage yang sangat berat. Haha. Seb baik ada Ain ni boleh menolong kakak yang kesakitan kali dan lutut untuk proses turun-naik tangga itu.

Kami tiba di KLIA 2 dan sebelum berpisah, kami bersama-sama makan di KFC ramai-ramai sebelum balik ke destinasi masing-masing.

Sayonara Japan!

Till we meet again....

Antara koleksi pic pic kami                    

kami dalam lautan manusia di dotonbori, shinsaibashi street. shopping! shopping!

kami jalan-jalan menuju ke Osaka Castle

Jalan-jalan menuju ke Osaka Castle
   
Jalan-jalan ke Fushimi Inari 

Osaka Castle dalam genggaman Zai

Tecer  Sai nak tiup Osaka Castle, tak tau berjaya ke tidak hehe!

Osaka Castle dan biasan

Kami dan peminat yang nak bergambar di dinding Osaka Castle, hehe!


Kami bergambar di depan Masjid Kobe
      
kami di Fushimi Inari

Kami. Osaka Castle & selfie

Kami dan Arashiyama Bamboo
                                         
   
                                          "Sedih... hutan buluh dah gelap" katanya Zai   
              
Kami di Herbs Garden & Ayam-ya Ramen House
                                                       
We were hereeeeeee, Kobe!

the original of takoyaki! sedappppppp sangattttt....

Kami nak balik dahhhhh..

Till we meet again Japan! Sayonara!!



NotakakiHD: walaupun penat, tapi bessstttt sangat.. dan sangat bermakna. What a memory. 

NotakakiHD2: Saya nak mintak sesiapa yang terbaca post ini, sedekahkan Al Fatihah buat arwah Rafizah Tahir, seorang rakan kami dalam trip Jepun ini yang telah meninggalkan kita semua pada Mar 2020, pada cuti lockdown sedunia , tapi bukan kerana covid. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aaaminnnnn Ya Rabb.



Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27