Thursday, September 13, 2018
Mari Dengar Satu Cerita - Kisah sebiji tembikai
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
KISAH TEMBIKAI MANIS
Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun cina ). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya - "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut. Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata:
"Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: "Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"
Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?
"Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"
Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati, atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.
NotakakiHD: Semoga memberi manfaat kepada kita bersama
Hi There!
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Hi There!
Hi Uolssss....
Holla! Lama sungguh tidak menjenguk blog sendiri kan...
Bersawang yang sarat sangat-sangat dah ni... dan tidak mudah untuk dihapuskan lagi.. LOL
Well, no new update... just post suka-suka to say hi pada mana yang masih singgah di sini.. hihihiii... Jangan maaarahhhhhh
NotakakiHD : Lavvv u ols.. Muaaahhhhhhh
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~
Hi There!
Hi Uolssss....
Holla! Lama sungguh tidak menjenguk blog sendiri kan...
Bersawang yang sarat sangat-sangat dah ni... dan tidak mudah untuk dihapuskan lagi.. LOL
Well, no new update... just post suka-suka to say hi pada mana yang masih singgah di sini.. hihihiii... Jangan maaarahhhhhh
NotakakiHD : Lavvv u ols.. Muaaahhhhhhh
Monday, July 10, 2017
Novel : Kemelut Kasih - Part 31
Bab 31
“A
|
ku nak kau buat
salinan gambar tu sebanyak sepuluh keping… Semua gambar yang ada ni sepuluh
keping semuanya, setiap satu gambar kau scan, atau kau guna fotostat warna… kau
buat sepuluh keping salinan setiap satu.. Ingat tu…..” berulang kali dia memesan,
tegas.
Kedengaran suara menyahut di talian
sebelah sana.
“Aku tak kira….. aku nak gambar tu 3
hari lagi... kau touch up kasi cantik sikittt….. ” ulangnya
lagi sambil membayangkan perjalanan rancangannya agar berjalan dengan lancar.
Dia tersenyum puas… dan kemudiannya
menghamburkan ketawa berdekah-dekah…
“
|
Cik Rin…. En. Faizul
di talian…” suara telefonis sementara yang menggantikan Dania yang sedang dalam
pantang, melahirkan puteri kedua.
“Ok…” ringkas Charina menjawab. Sebentar kemudian talian
disambungkan.
“Yes…?? May I help you..??” suara Charina, kedengaran formal. Suasana pagi dan
masih dalam mood kerja pastinya.
“Pihak Megah nak buat janjitemu dengan you and Man… berkaitan
rancangan yang diusulkan dulu tu….” Suara Faizul dari talian di sebelah sana.
“Bila tu..?? kat mana..??” ringkas dan padat Charina menyoal.
“Lunch Meeting.. ?? Tomorrow.. ?? ” soalan berbalas soalan.
Charina membelek dan memerhati kalendar yang bertanda di atas meja di
hadapannya.
“Why not minggu depan..?? Besok sampai hujung minggu ni jadual I penuh la
Joe…” suara Charina lembut. Diperhatinya lagi tanda-tanda bulatan dan pangkah
yang dicoretkan di atas kalendarnya. Besok hari Khamis, terdapat satu mesyuarat pengurusan di pejabatnya. Lusa dah hari Jumaat, kemudian Sabtu Ahad dah
cuti mingguan. Dia kurang menggemari membuat temu janji pada hari Jumaat kerana
padanya masa berlalu begitu pantas pada hari itu. Lagi pula kalau membabitkan
dikalangan lelaki, mereka perlu bergegas menunaikan solat Jumaat selepas itu
pula. Atau jika appoinment mereka dibuat selepas solat Jumaat jangka
masa sudah agak suntuk dia rasakan.
“Erm.. ok.. kalau macam tu, I set on Monday, shall we..??” soal
Faizul lagi tidak putus asa.
“Orait, deal…” setuju Charina, namun tangannya masih lagi
membelek-belek kalendar yang berada di tangannya sedari tadi.
“Nanti you inform Man, ok…?” sambung Faizul lagi.
“Ok…. Nanti I bagitau dia..” Charina meletakkan kalendar itu di tempatnya
dan tangannya menekan pula pada Lotus Notes Application untuk memeriksa
sekiranya ada email terkini yang di terima sambil sebelah lagi tangannya
memegang gagang telefon.
“Good..
ok la Erin, I got to go.. see u then… miss u, bye” selepas mengucapkan
bait kata itu Faizul ketawa kecil.
Charina buat-buat batuk mendengar
ucapan penutup dari Faizul itu tadi.
“Ok, Joe.. bye…” Sengaja dia tidak
membalas ucapan rindu dari Faizul tadi. Gagang diletakkan di tempatnya.
Kemudian dia kembali meneliti email terbaru yang diterimanya dan selepas itu
menyambung kerja-kerja dan laporan yang masih belum selesai.
S
|
uasana di Restoran
Sari Ratu di Desa Pandan yang terkenal dengan masakan padang itu agak tenang
pada tengah hari Isnin itu. Charina dan Shariman melangkah masuk dan terus
menghala ke arah Faizul dan dan seorang wakil Syarikat Megah yang terlebih
dahulu tiba di situ. Mereka saling berjabat tangan.
“So, how are you Miss Charina..?” soal En. Fauzi Dahari, wakil Syarikat
Megah. “Makin cantik, anggun..” pujinya lagi.
“Alhamdulillah, baik… thanks..
tapi tak perlu la puji.. saya alah dengan pujian ni..” Charina senyum dan cuba bergurau,
disambut dengan ketawa dari ketiga-tiga lelaki di sisinya.
“Dia memang lawa sejak dulu.. ntah kenapa
tak pernah nak percaya cakap dan terima pujian orang..” Faizul pula tiba-tiba
menyampuk menyedapkan cerita.
“En. Faizul, please….”
Perlahan namun tegas suara Charina. Dia berharap topik itu dimatikan secepat
mungkin. Mukanya sudah berona kemerahan. Malu. Segan semuanya bercampur.
Walaupun dia sudah bukan anak dara pingitan lagi, namun dia masih mempunyai
batas-batas yang perlu dia pelihara. Dia tidak suka dipuji-puji dan diagungkan
hanya kerana dia punyai rupa.
“Aku tanak campur.. sebelum teman
sebelah kita ni hilang mood, perbincangan kita nanti tak tercapai matlamat, why
not kita isi perut kita dulu..” suara Shariman pula. Sebenarnya tadi dia
turut mahu menyampuk gurau-gurauan tadi, namun tidak jadi setelah melihat
reaksi negatif Charina.
Mereka segera memesan makanan. Makan
hidang.
Shariman memerhati Charina sekilas
di sisinya. Dalam hati dia agak kehairanan kenapa reaksi Charina agak berbeza
hari itu. Biasanya dia senang diajak bergurau. Begitu juga yang difikirkan
dengan Faizul.
Namun setelah itu keadaan
berjalan agak lancar. Sambil makan mereka membincangkan langkah-langkah
alternatif yang perlu diambil untuk memantapkan kembali operasi Syarikat Megah
Trading Sdn. Bhd. yang mempunyai beberapa cabang bisnes itu. Mereka turut
menerima cadangan dari Charina dan Shariman selaku penasihat dan konsultan
perniagaan mereka. Sama ada penjenamaan semula syarikat, ataupun menerima suntikan
modal dari orang perseorangan mahupun syarikat luar mahupun dalam negara yang
berminat untuk bekerjasama. Beberapa cadangan lagi akan diberikan secara formal
melalui kertas kerja yang akan dimajukan nanti.
Sewaktu sesi makan-makan dan perbincangan mereka hampir selesai, pintu
restoran itu dibuka dan satu suara yang ketawa manja mengganggu perbualan mereka.
Seperti dirancang, ke empat-empat
mereka sepakat menoleh memandang ke pintu.
Charina terperanjat memandang Shahrul yang sedang membuka pintu untuk
Suraya. Tangan Suraya mencubit manja lengan Shahrul dan mereka tertawa mesra.
Kemudiannya dia pula mengekori Suraya yang berjalan ke satu meja yang tidak
jauh dari meja mereka.
Seolah-olah terasa diperhati, Shahrul memandang ke arah meja Charina.
Dia terpaku sebentar, dan kemudiannya seolah tersedar dari lamunan dia berjalan
menghala ke arah meja mereka dan menjabat tangan semua lelaki di meja itu. Dia
sedar akan renungan mata isterinya itu.
“Hi, Sayang…” sapanya mesra dan menghadiahkan senyuman paling manis.
“Tak sangka kita terjumpa kat sini pulak eks..” sambungnya lagi. “Abang ada
perbincangan dengan client Abang..” tanpa dipinta dia menjelaskan.
Matanya di halakan ke arah Suraya yang sudah pun memilih salah sebuah meja
tidak jauh dari situ dan duduk membelakangi mereka. Mungkin tidak sedar
rakannya berhenti seketika di tengah jalan. Ketiga-tiga lelaki di sisi Charina
sunyi seketika. Mereka memerhati wajah Charina yang tenang, namun tidak dapat
meneka isi hatinya.
“Lunch Meeting juga ke..?” soal Shahrul lagi kepada Fauzi yang duduk
bertentangan Charina.
Fauzi senyum dan mengangguk.
“Oo.. so you ni husband Puan Charina lah ya…” balas Fauzi pula
dengan sopan dan mesra. Sekali lagi mereka berjabat tangan.
“Ya.. kami tengah berbincang tadi.. tapi dah hampir selesai pun.. ”
Fauzi menambah lagi.
“Haah… lunch time dah nak habis.. kami dah nak berangkat pun..” sambung
Shariman pula. Dia sudah 3 kali bertemu dengan Shahrul. Masuk ini kali yang ke
empat.
Shahrul mengangguk. Matanya di halakan ke arah Faizul. Macam pernah
jumpa… hatinya berkira sebentar. Otaknya
ligat memikir. Ohh….
“Macam pernah jumpa..?” suara Shahrul akhirnya.
Tiba-tiba perbualan mereka diganggu. Rupanya Suraya yang sudah menyedari
rakannya hilang mampir menyertai perbualan mereka.
“Sue.. ini Charina.. Erin.. ni Sue…” perkenal Shahrul ringkas.
Mata bundar Suraya yang cantik bermekap memerhati wajah ayu Charina
tajam. Dia senyum tegas dan menganggukkan kepalanya perlahan, formal. Hatinya
tersumbat dendam lama yang masih belum padam namun dia bijak mengawal emosinya.
Charina menghulur tangan untuk berjabat. Suraya menyambut sambil lewa.
“Ok la… we got to go… nak sambung kerja yang masih belum siap..
nanti tak siap bos pukul…” Shariman meminta diri sambil berlucu. Mereka ketawa
kecil. Serentak mereka bangun dari kerusi. Fauzi dan Faizul berjalan menghala
ke kaunter setelah bil yang diminta dari pelayan dihantar sebentar tadi.
Shariman menepuk bahu Shahrul perlahan.
“Bang, saya mintak diri dulu.. jumpa kat rumah nanti.. ” lembut
Charina bersuara dan melemparkan
senyuman dan anggukan hormat pada Suraya.
“Ok Sayang… ”
Kemudian dia dan Shariman berjalan menyaingi Faizul dan Fauzi yang baru
siap membayar bil.
“Untungnya Shahrul punyai isteri yang sporting macam Puan Charina kita ni..” sempat
lagi Fauzi mengomen sekaligus memuji Charina sebelum mereka berpisah ke arah
kereta masing-masing
“Kalau isteri aku dah lama dah terbang
sudu garfu kat situ…” sambung Fauzi
lagi berlucu. Shariman tertawa kecil.
Charina hanya melarikkan senyuman kecil, tidak bersuara. Namun hatinya
terasa sebal juga. Isteri mana yang tidak cemburu. Tambahan lagi client
suaminya tadi merupakan bekas pacarannya suatu ketika dulu.
Faizul hanya terdiam, dia memahami situasi Charina. Fikirannya terlontar
pada kenangan yang pernah mereka lalui dulu sewaktu diperkenalkan semasa dia,
Charina dan rakan sekolahnya Linz sewaktu membeli belah di pasaraya Extra di
Mines Shopping Fair kira-kira lebih 3 tahun yang lalu. Kini setahunya pasaraya
Extra itu sudahpun tiada, dan diambil
alih dengan Pasaraya Giant.
Setiba di kereta masing-masing mereka berpisah menghala ke pejabat
masing-masing. Charina menumpang kereta Shariman tadi. Lagi pula mereka tiada
temujanji lain selepas ini.
Novel : Kemelut Kasih - Part 30
Bab 30
S
|
hahrul membimbit
beg-beg plastik di sebelah tangan kanannya sambil sebelah tangannya lagi
memegang erat tangan Charina. Mereka melintas jalan di depan Jalan Tuanku Abdul
Rahman menghala ke Sogo. Hampir dua jam dia menemani isterinya membeli belah di
hujung minggu ini. Kebetulan pula mereka ke sana pada hari Sabtu, yang mana
setiap Sabtu pasar malam di kawasan
Masjid India yang lebih dikenali dengan nama Jalan TAR itu akan membuatkan
keadaan menjadi bertambah sibuk.
Pelbagai jenis orang, bangsa, kecil mahupun besar mengambil kesempatan untuk
membeli belah, mencari makan dan melepak memerhati suasana. Tidak kurang pula
yang mengambil peluang untuk mencuri sekiranya ada yang terlalai dan teralpa
sebentar.
Dalam keriuhan suasana itu, sepasang mata yang tajam asyik memerhati Shahrul
dan Charina berjalan bergandingan mesra. Tiap inci pergerakan pasangan itu
dipandang sehingga hilang dari pandangan.
Hatinya penuh dengan dendam kesumat .
“A
|
bang, cantik tak
baju ni..??” Charina mengunjukkan sehelai blaus dan skirt corak dan warna
senada.
Shahrul memerhati sepintas lalu.
“Apa yang Sayang pakai semuanya lawa …” Shahrul menjawab ringkas.
“Abang ni…. Tak sporting arr…..” ujar Charina sambil mencebek dan membelek-belek
beberapa helai lagi pakaian yang berkenan di hatinya. Sudah beberapa kali dia
berpusing di Bahagian Pakaian Wanita di tingkat 2 di Kompleks Sogo ini.
“La… betul apa yang Abang cakap tu….” Shahrul tak mahu mengalah.
“Malas lah layan Abang ni…. Tau la dah penat….” Dia membelek lagi sehelai
baju kain chifon corak abstrak hijau lumut bercampur kuning cair dan sedikit
kaler coklat. Kain payung warna dan corak senada diacu-acu di badannya beberapa
kali. Dia mencapai pula paten baju yang sama tapi kaler berbeza.
Diacu-acukannya lagi ke badannya.
“Bang, pergi je la duduk kat sana tu…” muncungnya dihalakan ke satu sudut
kecil yang berbangku, dan bolehlah digunakan untuk melepas penat seketika. “Kesian saya tengok…
” sambungnya lagi. “lagipun saya nak cuba dulu dua tiga helai baju ni.. Abang pi dok
sana sat naa….” Sambungnya lagi manja. Mood membeli-belahnya memang tengah
meninggi. Lagi pula sudah lama dia tidak membeli pakaian baru.
“Ya la Sayang… buat la apa yang Sayang suka… Abang nak pi bawah jap… kat area
Abang pulak…. Nak le cari jugak sehelai dua baju Abang… tie yang sepadan..
slack ….” Balas Shahrul pula kemudiannya.
“Ewah ewaahhh… dia pula yang lebehh nampak..” Charina mengusik.
“Ok… sat lagi saya join Abang kat sana, ok…” sambungnya lagi.
“Ok.. kita tengok sapa yang siap dulu..” sambung Shahrul lagi mengusik
isterinya. Dia ketawa kecil.
“Abang cabar saya ya Bang..?” Charina sedikit tercabar.
Shahrul senyum dan hanya mengangkat keningnya.
“See u then..” dia kemudian terus berlalu menuju ke Bahagian Lelaki
di tingkat satu.
D
|
ia memerhati
gambar-gambar yang diambil hampir 3 tahun yang lalu. Dalam sepuluh keping
banyaknya. Dia membelek lagi gambar tadi tanpa puas. Dan akhirnya dia ketawa
kuat. Di kepalanya sudah terbayang apa yang akan dilakukan dengan gambar-gambar
itu….. Kau lihat sahaja nanti…… Dendamnya masih tersumat dan tidak akan
terlerai….
S
|
uraya memerhati organizernya
sebentar. Setelah lunch bersama Zarith sebentar tadi, dan sempat juga
bertengkar kecil, dia berehat sahaja di pejabatnya. Dia membelek organizernya
beberapa kali.
Hari Rabu ini dia akan ke Shah Alam untuk berjumpa seorang rakan persatuan
ibunya yang bercadang untuk mengubahsuai rumahnya ke konsep yang berlainan
setelah puas dengan konsep ala Bali selama ini. Jadi dia perlu ke sana untuk
melihat apa perubahan yang diinginkan Datin Rubiah dan mengemukakan sebutharga
secepat mungkin.
Kebetulan Datin Rubiah juga akan berjumpa dengan penghias dalaman pada masa dan tarikh yang sama, sementara syarikatnya untuk
menjalankan kerja ubahsuai tersebut. Sesi ini memudahkan untuk ketiga pihak
berbincang secara langsung idea-idea secara bersama.
Pada hari Khamis pula dia ada Management Meeting di pejabatnya bersama
semua shareholder dan juga pihak-pihak pengurusan, yang biasanya
mengambil masa agak lama dari tengahari berlanjutan sehingga ke pukul 7 atau 8 malam
biasanya. Pelbagai perkara yang dibahaskan pada waktu itu. Jadi hari ini dia
agak lapang. Sambil memikirkan apa yang ingin dilakukan. Tiba-tiba dia
teringatkan Shahrul lantas memutuskan untuk menelefonnya. Terdengar tiga kali
deringan sebelum talian sebelah sana diangkat.
“Hello… Shah.. it’s me… how are
you..??” dia memulakan bicara.
“Fine, thank you… hope you do..”
balas Shahrul pula. “Anything
Sue..??” soal Shahrul.
“Nothing, just nak cakap… bajet yang you bagi kat I aritu I dah forward
kat brother and father I.. seems like
they agree… but then until right now it still hanging, no final decision has
been made… Apapun, kalau ada keputusannya nanti, I cakap kat you
ok….” Suara Suraya manja.
“ooOoo.. ok…” pendek Shahrul bersuara.
“Errr, Shah…. Why not we go for a dinner today..??” soal Suraya
lagi. “I saja nak dengar cerita you, dah lama kita tak jumpa kan…. Boring pulak rasanya dok mengadap kerja-kerja ni je.. lagi pula kita boleh
bincang our project…??” tambahnya lagi.
Shahrul berkira-kira sebentar.
“Sue, really sorry.. hari ni I dah ada janji la… Next time ok…”
Shahrul cuba mengelak. “Lagi pula you need to remember, bab keje I dah
hampir settle… sekarang you hanya perlu liase dengan Mr.
William and Puan Marina, don’t you..??”
Shahrul mengingatkan.
“Ala you ni Shah.. I tau la pasal tu… kita keluar makan je.. bukan buat
apa pun… wife you marah ehh.. ?? ” Suraya cuba merayu. “We
still friend, are we..??” bakat menggodanya masih kuat.
“Of course, we do… but Sue… I really got something urgent…. I’m sorry.. Lainkali saja la ye….” Terang Shahrul.
Sebetulnya dia hanya nak temankan Charina pergi mencari hadiah sempena kawan
pejabat Charina berkahwin. Selain itu dia juga mahu mengelak dari terlalu rapat dengan
Suraya. Bunga-bunga tindakan yang adakala ditonjolkan Suraya semenjak mereka
kembali bersua ini kadang kala amat
merimaskannya. Dia tidak mahu Charina
terasa hati. Lagi pula sekarang dia sudah jatuh cinta, jatuh sayang sepenuh
hati pada isteri yang dikahwini atas dasar janji orang tua mereka itu. Dia
tidak tau apa akan terjadi kalau-kalau sesuatu yang akan terjadi di antara
mereka. Selama ini mereka hidup bahagia tanpa sebarang gangguan.
Bunyi suara mengeluh agak kuat dari sebelah sana.
“You memang…. Ok la…. Next time…” akhirnya Suraya mengalah.
Selepas bercakap beberapa detik lagi masing-masing mematikan talian
masing-masing.
Novel : Kemelut Kasih - Part 29
Bab 29
“H
|
ey Kasut… Long
time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus
biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa.
Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali
rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja.
“Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka
berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya
dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah
peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu.
“Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia
memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim
berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda.
“Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi.
“Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul pula.
“Aku ambil alih bisnes bapak aku… Ekceli, bapak aku ada bukak subsidiari
baru.. so aku handle one of the subsidiary…. logistic…” Terang Farid lagi.
Shahrul mengangguk.
“Eh.. takpe la.. kita jumpa lain kali la.. Aku dah lambat, nak cepat neh…” suara Shahrul akhirnya. “Ni kad aku.. ada apa-apa call
je le.. Mana tau nak kuar minum, lepak-lepak ke….” Dia menghulurkan kad namanya
kepada Farid. Farid menyambut. Dia turut mengeluarkan kad namanya dan
menghulurkannya pada Shahrul.
“Ok.. see you…”
Masing-masing meneruskan hala tuju masing-masing.
S
|
hahrul serius meneliti
bajet yang diserah oleh Suraya untuk disemak kembali. Dibalik-balikkannya
beberapa kali naskah yang diberi untuk pengubahsuaian kembali bajet Projek Perumahan
Mega Angel Height mengikut konsep terkini yang telah dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak. Projek mega yang akan menaikkan nama syarikat mereka dan pastinya
jua mereka yang terlibat disebalik semuanya kembali menemukan mereka, namun
dalam situasi yang berlainan. Dia harap mereka boleh bekerjasama dalam situasi
professioanlisme dan tidak mencampur adukkan masalah peribadi yang terdahulu.
“Abang, tak nak tidur lagi ke…??” soal Charina sambil meletakkan secawan kopi di sebelah suaminya. Dia
memerhati jam di dinding. 12.15 minit pagi. Dia duduk bertenggek di atas tempat
tangan kerusi suaminya yang sedang asyik meneliti dari kertas dan juga komputer
ribanya itu. Tangannya membelai-belai rambut suaminya. Shahrul memeluk pinggang
isterinya dan meraih sebelah lagi tangan isterinya, dan mengucupnya perlahan.
“Sayang tidur dulu…. Abang nak habiskan sedikit sahaja lagi ni…. Sebab
kita kena cepat submit bajet yang baru….. Lusa diorang nak
tengok….” Shahrul menjelaskan. “Abang
kena siapkan ni dulu… nanti besok nak tunjuk kat Mr. William, lepas dia approve,
Abang kena serah dekat Puan Marina pula
sebelum submit ke Zach’s Holdings…” tambah Shahrul lagi.
Charina mengangguk. Kepalanya dilentukkan ke kepala suaminya. Matanya
memerhati butiran yang terpapar di skrin
yang sedang diperincikan suaminya.
“Okay bang.. Sayang masuk tidur dulu ya… Ngantuklah.. besok nak keje….”
“Ok Sayang.. gud nite….” Dia mencium dahi isterinya.
“Nite, Bang.. Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam….”
Charina berlalu ke kamar peraduannya sementara Shahrul masih meneruskan
dengan kerja-kerja yang perlu disudahkannya segera. Menjelang pukul 3.00 pagi
baru dia beransur menyusuri Charina di kamar.
Monday, April 17, 2017
Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Sebiji Kurma
~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang....~
Assalam kawan2.. lama saya tak mampir di blog sendiri ni kan 😃
Sebagai langkah nak menghapus sesawang, moh la saya berkongsi satu cerita seperti di bawah... Semoga mendapat manfaat bersama 😊
*SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA*
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang beliau beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa dengan penuh khusyuk.
Tiba tiba ia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.
“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara' yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,” kata salah satu dari sang malaikat .
“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana 4 bulan lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua berhampiran Masjidil Haram,” jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia tergamam. Jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT, gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
“Astaghfirullahal adzhim” Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua si penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda.
“4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Dimanakah beliau sekarang?” tanya Ibrahim.
“Sudah meninggal sebulan yang lalu, sayalah sekarang meneruskan pekerjaannya menjual kurma,” jawab anak muda itu.
“Innalillahi wainna'ilaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?”
Kemudian Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya. Anak muda itu mendengarkan penuh minat.
“Nah, begitulah,” kata Ibrahim setelah bercerita.
“Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?”
“Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi saya tidak tahu dengan saudara-saudara saya yang 11 orang lagi. Saya tidak berani mewakili mereka, kerana mereka juga mempunyai hak waris sama dengan saya.”
“ Di mana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu," lanjut Ibrahim.
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi hendak menemui mereka.
Meskipun rumahnya berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakankan oleh Ibrahim.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada di bawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu, sedang berbual-bual.
“Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.”
“Oh, tidak.., sekarang doanya sudah dimakbulkan," kata malaikat yang lainnya.
"Ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”
*Sahabat...*
Luar biasa cerita ini, seolah menampar kita. Jangankan sebutir kurma, mungkin sudah tak terhitung berapa banyak hak orang lain yg kita rebut selama ini? Dengan menghalalkan segala cara berniaga, mendapatkan projek, berpolitik, berkuasa untuk mendapatkan harta.
Setelah harta berada di tangan, tanpa sedar kita menganggap itu hak kita, rezeki kita sepenuhnya.
Kalau sebutir kurma saja membuat doa terhalang, bagaimana dgn ratusan ribu, bahkan berjuta,wang yg kita ambil selama ini sebenarnya bukan sepenuhnya hak kita?
Itu akhirnya membuat kita jauh dari ALLAH. Sulit menerima hidayah, sehingga berani menentang aturan ALLAH. Mudah menghalalkan segala cara. Mudah berbohong. Tidak malu engkar janji.
Kenapa..?
Kerana harta yg masuk perut kita terlalu kotor keadaannya.Akibatnya dari sudut yg lain-anak2 nakal, suami/isteri bergaduh, banyak penyakit, selalu ditipu/tertipu,perselisihan sesama keluarga, dan lain gangguan semacamnya.
Itulah kemungkinan disebabkan oleh harta yg sebenarnya bukan hak kita.
Harta *penghalang doa* semacam ini yg membuat doa-doa kita tidak sampai ke langit.
Wallahu a'lam bissawab...
Sumber: WhatsApp Group Sharing
Saturday, January 21, 2017
Yehhaaaa..... I'm backkk!
"Lihatlah sekitar alam...
Dunia luas terbentang..."
Hi.. Assalam,,,
Lama nau nau tak tinggal jejak kat sini...
Teruk betul tuan dia ni kan... tskk tskkkk tsssk....
So stop by tinggal jejak la jap 😏 😃
banyak nak citer... banyak nak story...
Edisi jenjalan ke Korea/ Japan/ Ho Chi Minh.. KK
eh banyak lah lagi...
ntah bila ada masa (alasan) atau mood (tu yg sebenarnya)
one fine dayy... hope so....
heeeeeeeeee
stop for now...
harap mood menulis akan ada nanti...
bye for now
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cerpen : Kasih Kita
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...
-
Assalam.. lama tak jenguk dan update blog ini kan so sebagai upacara pecah tanah di tengah tahun ini, saya nak share sebuah kisah yang mu...
-
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Entry tertunda : Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019 Yuhuuu... dah updat...
-
“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..” sambil mengeluh Izat mera...



