Novel : Kemelut Kasih - Part 34
Bab 34
C
|
harina menolak
troli perlahan-lahan sambil matanya ligat mencari beberapa barangan yang ingin
dibelinya. Dia berjalan ke arah tempat yang menempatkan bahan-bahan cucian. Dia
mencapai dynamo saiz besar dan pelembut serta pewangi baju Petals Hijau dan
Softlan berwarna pink. Dia menyukai kedua-dua bau pelembut itu, jadi dia selalu
menggunakan dan membeli kedua-dua jenis bahan cucian tersebut.
Kemudian dia mencapai pula dua kotak
ubat gigi darlie bersaiz besar. Sebiji mangkuk perlu di ambil di kaunter
penebusan nanti sebagai ‘hadiah’. Suaminya, Shahrul suka menggunakan jenama
ubat gigi tersebut. Begitu juga dia. Kerana rasa yang lebih ‘pedas’ dan
berangin berbanding jenama ubat gigi yang lain. Terasa lebih segar selepas
menggosok. Begitu pandangan peribadinya. Lagi pula, setiap individu punyai hak
untuk memilih.
Dia menolak lagi troli ke bahagian
barang-barang sejuk beku. Niat di hati mahu mencari mentega untuk disapu dengan
roti, dan juga nugget sebagai makanan di waktu senggang. Tiba-tiba dia terasa
seolah kenal dengan jejaka yang berada membelakanginya, senang memilih susu
segar dan juice buahan. Di tangannya sebiji bakul yang sudah berisi beberapa
bahan.
Kemudian jejaka itu berpaling.
Ternyata betul tekaannya. Faizul!
“Eh.. itu bukan Sue ke..?” soal Munsyi berpaling ke arah Harith yang berjalan
sambil menelefon di belakang. M322222222wz cereka baru sudah makan di food
court. Dia memerhati dari jauh.
“Where..?? mana..?” soal Harith pula. Matanya menurut hala jari telunjuk
Munsyi. Bala entah ke mana. Singgah membeli rokok agaknya.Atau masuk di kedai
yang berdekatan untuk window shopping. Abul dengan dua aweknya pula
sudah membawa hala sendiri. Dengarnya mahu ke pusat karaoke. Ada juga diajaknya
tadi, namun Munsyi yang ada temujanji lain menolak, sementara dia pula mahu
pulang ke rumah sahaja.
Tambahan lagi dia bercadang mahu terus ke rumah Dato’ Zaharuddin.
Mudahan Suraya sudah pulang ke rumah. Namun, nampaknya Suraya berada lebih
kurang 300 meter di hadapannya kini. Dia sempat melihat Suraya berlari
mengekori seorang pemuda yang boleh tahan hensemnya. Berbadan tegap, tinggi
lampai dan berkulit cerah. Kemudian dia hanya memerhati dari jauh melihat gadis
pujaannya bercakap atau lebih tepat pada pandangan matanya, merajuk atas
tingkah lelaki saingannya itu.
Harith berkira-kira sebentar samada mahu menyapa Suraya ataupun melihat
tingkah Suraya dari jauh sahaja. Akhirnya dia memutuskan untuk memerhatikan
dari jauh sahaja.
Dia melihat Suraya menghentakkan kakinya sekejap dan berpaling berjalan
menghala ke arahnya. Cepat-cepat dia sembunyikan diri di sebalik stall
yang menjual pelbagai jenis beg dan berpura-pura membelek sebuah beg dengan
penuh minat. Apabila Suraya hampir kepadanya, Suraya belok ke lorong arah kiri
dan menuju ke arah eskalator menuju ke
atas. Dari jauh dia melihat Suraya kemudiannya menuju ke arah elevator di sudut
itu dan menekan tanda arah ke atas. Menuju ke tempat parking semestinya.
“Hait!!” tiba-tiba bahunya di tepuk keras. Terperanjat Harith.
“Mana Sue..?” soal Munsyi kemudiannya. Tadi dia memasuki pasaraya Watson
sekejap yang berada berdekatan.
“Dah balik.. ada temujanji lain. Kejap lagi kitorang janji jumpa.” Helah
Harith, meskipun hatinya agak panas dan sedikit cemburu melihat reaksi Suraya
kepada jejaka tadi. But, the best man win… putus Harith akhirnya. Dia
percaya dia akan berjaya mengikat Suraya.
Tiba-tiba kedengaran ringtone dari telefon bimbitnya. Panggilan
dari Sherry, seorang teman wanita yang sedang cuba menghimpitnya di kala ini.
Dia menekan tanda received call, dan menjawab panggilan. Suara manja
gadis seksi itu mengajaknya berhibur di karaoke. Dia yang pada mulanya kurang
berminat hanya mengiakan setuju sahaja. Sengaja untuk memadamkan amarahnya yang
terbit sebentar terhadap Suraya sebentar tadi. Setelah menetapkan masa dan
tempat, mereka menamatkan perbualan.
“Sherry call… Jom ikut aku pergi karaoke la… Jom..” Harith berpaling mengajak Munsyi.
“Lor… tadi kata ada janji dengan Suraya ? Bukan ke kau
dah nak balik tadi ?” soal Munsyi kehairanan.
Harith hanya diam.
“Alah kau ni.. jom la.. Sherry
ajak.. Lagipun date aku malam kang..”
“Sherry..??” Munsyi menyoal sambil
mengerutkan keningnya. Cuba mengingati gerangan nama yang disebut.
“Ohhh… yang seksi rambut brown tu ya… Yang tak penat nak ngurat nko tu…
Perghh..! so hot.. nanti ko kenalkan lah ngan aku…” Munsyi ketawa kuat. “Tapi aku dah ada
temujanji la beb.. so sorry… bro..”
“Macam-macam hal lah engkau ni, bro.. Ada can baik punya nak ayat awek..
tolak tuah..” Harith turut ketawa., disahut ketawa Munsyi yang semakin tinggi.
Comments