Novel : Kemelut Kasih - Part 33





Bab 33

“H
oney.. ?? Where have you been.. ?? I called you so many times but you never pick up. Even return  my call..? If you hear my message, just give me a call… urgent!” Dalam kegeraman Harith meninggalkan voice message dalam telefon bimbit Suraya. Dia menghela nafas panjang. Kebelakangan ini semakin jarang mereka berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.
Lagipun dia sudah bosan diasak dengan pertanyaan dari kedua ibu bapanya dengan pengakhiran hubungannya dengan Suraya. Tiga tahun berkawan rapat, namun masih belum ada apa-apa ikatan. Mummy dan Daddynya sudah tidak sabar inginkan cucu. Sementelah lagi dialah merupakan satu-satunya pengarang hati dan jantung Dato’ Mansur dan Datin Maznah. Kedua orang tuanya sudah berhajat untuk masuk meminang anak dara kesayangan Dato’ Zaharuddin dan Datin Farina itu. Jadi, by hook or by crook, dia cuma perlu mendapatkan persetujuan dari Suraya sahaja.
Namun kebelakangan ini semakin hari, Suraya kelihatan semakin jauh darinya. Seminggu sekali nak jumpa pun agak payah. Jikalau dahulu, setiap malam mereka berdating. Itu belum lagi dikira dengan panggilannya. Dalam sepuluh kali panggilannya kepada anak gadis itu, satu pun susah mahu berangkat. Paling tidak dia meninggalkan mesej pendek (SMS) atau pun voice message. Hanya sesekali gadis itu membalasnya. Sibuk benarkah dia mutakhir ini..? Soalnya sendiri. Kemudian Harith menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Harith kemudiannya berlalu menuju ke tandas di kompleks membeli belah di One Utama ini menunaikan hajat sebelum kembali menyertai tiga orang lagi rakannya bermain boling.
“Harith Azhar… your turn….” Jerit rakannya Munsyi dari jarak 50 meter.
“Lamanya engkau pi mens… Berak  batu ko apo..?” soal Bala pula. Mereka semua gelak serentak menambahkan lagi kebisingan suasana di Pusat Boling Utama itu.
Tanpa membalas Harith terus mengambil bola seberat 13 kg itu dan membuat balingannya. Strike!
“Wow… pergi bertapa rupanya… Terus strike ttuu…” Bala menambah lagi. Mereka saling bersorak dan memberikan tepukan. Bala merupakan Pengurus Pemasaran di salah sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di Kuala Lumpur, sementara Munsyi pula adalah Eksekutif Kanan Bahagian Perakaunan dan Pentadbiran di sebuah syarikat semi government di Kelana Jaya. Kedua-duanya merupakan bekas rakan-rakannya sewaktu belajar di Wales University dahulu.
Well… tengoklah.. siapa orangnya..” Harith sengaja membalas gurauan mereka. Dia mahu melupakan sebentar masalahnya bersama Suraya.
Walaupun dia sibuk menolong Daddynya mengendalikan perniagaan perkapalannya, namun sesekali dia tidak lupa beriadah bersama rakan-rakannya. Kerap kali juga dia ke padang golf  bersama atau tanpa Daddynya demi melayani pelanggan-pelanggan dan prospek perniagaan mereka. Di dalam kesibukan tugas itu, dia  juga tidak lupa melayani karenah anak bongsu Dato’ Zaharuddin. Seringkali mereka keluar menonton wayang mahupun dinner bersama. Sehari tidak bersua muka tidak sah dirasakan. Namun itu episod cerita dahulu. Sekarang.. entahlah..
“Your turn…” sekali lagi gilirannya. Munsyi Ikram menepuk bahunya. Dia bangun dan membuat balingan ke sekian kalinya. Balingan pertama, tujuh pin yang jatuh. Dia kemudian membuat balingan kali kedua. Ketiga-tiga baki pin yang ada jatuh kesemuanya. Spare!
Mereka sekali lagi menjerit keriangan dan berbalas tepukan dan tepuk lima. Sekarang giliran Munsyi untuk membuat balingan.
“Kau memang terror la.. walau dah lama kita tak main ni kan..” seorang lagi rakan mereka, Abdul Rahim yang mereka lebih kenali sebagai Abul bersuara. Tadi dia sibuk melayan dua awek yang dibawanya. Abul sedari tadi asyik dihimpit dua gadis yang pada perkiraan Harith dalam lingkungan lewat belasan tahun. Mungkin juga masih dalam alam persekolahan. Namun dengan kuasa mekap yang bersepah di pasaran, mereka boleh mengubah karektor mereka menjadi lebih dewasa. Di tambah pula dengan baju spaghetti dan jeans singkat paras lutut. Cukup seksi.
“Rith, mari aku kenalkan engkau pada awek-awek aku ni.. ” Abul  mengajak Harith menghampiri kedua aweknya.
“Harith.. kenalkan, ini Yanti… dan yang sorang ni Murni…” perkenal Abul kepada ketiga-tiga rakannya itu. Murni tersenyum menggoda. Yanti pula menghadiahi senyuman comel.
“Panggil Yant je.. ” Yanti menghulurkan tangan untuk bersalam. Harith menyambut dan mengangguk.
“I pulak you panggil honey pun boleh…” Murni bersuara menggoda. Kemudian dia tergelak. Abul mendehem. Harith  hanya tersengih. Dia sebetulnya sudah biasa melayan perangai perempuan sebegini. Malahan di pejabatnya, ada juga seorang dua yang cuba menarik perhatiannya. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk menarik perhatiannya. Sesekali dia melayan juga. Namun banyak kali dia biarkan sahaja. Buat derk bak kata orang masa kini. Buat bodo bak kata bahasa mat-mat rock.
“Weyy… nko punya turn la… Asyik kena panggillll je..” jerit Bala sambil membebel. Harith ketawa dan berlari membuat balingannya yang kesembilan. Satu balingan lagi habislah game pertama mereka. Sekali balingan, again, Strike!!
“Engkau ni memang la.. tangan berpuaka betul..” suara Munsyi. Jeles juga sebenarnya. Sebab banyak balingannya hanya berakhir di longkang sahaja. Harith tergelak kasar.
“Aku tau la.. sebab nkau punya balingan asyik masuk longkang je kan… Tengok gaya dah ada… Balingan bola pulak tu berputar… macam sommersault.. tapi sayang.. berakhir di longkang… kah kah kah…”  Gelak Bala dan kemudian disahut dengan gelakan Abul, Harith dan kedua awek Abul. Munsyi bengang… Namun akhirnya dia turut tergelak sama.
“Poyoo… !! Dah la… pergi buat balingan nkau pulak nun..” Munsyi menolak bahu Bala. Pemuda berusia 28 tahun, dan sudah bertunang itu boleh tahan hensemnya. Tunangannya, seorang guru, mengajar di negeri kelahirannya, Pulau Pinang. Dengar cerita pilihan orang tua. Asalkan mereka bahagia sudah….
“Sue mana Rith.. dah lama tak nampak..? ” Soalan Munsyi mengingatkan kembali ingatannya kepada Suraya.  
“Ntah… busy agaknya…” Dia tunduk membetulkan tali kasutnya. Malas bersoal jawab lebih panjang pasal itu.
“Hai.. pasal awek sendiri pun ada agak-agak ke..?” Munsyi masih bersoal. “Eh.. apa kata kau ajak dia, kita pi dance malam ni kat Bangsar..? Dah lama rasanya aku tak bersosial la….” Munsyi menyambung lagi. “Cuci mata beb..” dia ketawa polos.
“Tengoklah..” Harith malas memanjangkan topik. “Tapi kawan, ingat sikit tunang engkau kat kampong nun…” Harith pula membidas Musnyi sekaligus mengenakannya dalam baik.
“Dio dokek sano tak tau.. ekau jangan memandai nak buko rahsio den pulak” Mamat Penang itu juga berslanga Nogori pulak.
“Eleh, cam la haku kenai tunang dia..” Harith membalas.
Bala datang setelah habis balingannya. Kemudian Harith bangun untuk membuat balingan kesepuluhnya. Balingan pertama Strike, kemudian dia membuat dua balingan lagi. Spare. Markah keseluruhannya pusingan pertama ini adalah 178 mata. Boleh tahan. Bala di tempat kedua dengan 135 mata sementara Munsyi di tangga ketiga dengan 99 mata sahaja. Seterusnya mereka meneruskan sekali lagi permainan di pusingan yang kedua. Kemudian mereka membayar bil dan keluar mengisi perut yang sudah menyanyi keroncong sedari tadi.


S
uraya memerhati telefon bimbitnya. 5 missed called. Semuanya dari Harith. Dia memerhati terus skrin telefonnya. Fikirannya sudah telus entah ke mana.
“Sue.. Sue…” panggilan Shahrul mengembalikan dia ke alam nyata. Suraya berpaling memandang manja ke arah Shahrul. Puas dipujuknya Shahrul untuk keluar menemaninya. Bermacam-macam alasan juga diberikan. Akhirnya alasan berkaitan projek usahasama mega syarikat mereka juga yang terpaksa digunakannya. Dengan konon arahan perlu diselesaikan kadar segera. Akhirnya di hujung minggu itu Shahrul sudi keluar dengannya, dan terpaksa membiarkan isterinya keluar membeli belah seorang diri.
“Kenapa dengan you ni Sue..?” soal Shahrul cemas. Di lihatnya fikiran Suraya tidak berada di situ.
“I pening sikit la..” manja Suraya bersuara. Dia memicit-micit dahinya sedikit. Sebenarnya beralasan. Tangannya yang memegang sebuah file dan tas tangannya diserahkan kepada Shahrul. Dia duduk sebentar di kerusi panjang di kompleks membeli belah di One Utama itu. Shahrul turut duduk. Kesian dia melihat mata Suraya yang terpejam celik itu. Akhirnya dia menawarkan diri untuk turut menolong memicit kepala Suraya. Yang tanpa dia sedari, dari satu sudut terlindung, sebuah kamera sedang merakam aksi itu. Dari sudut yang paling baik, mereka kelihatan amat mesra berdua. Beberapa aksi lagi di rakam oleh kameraman yang tidak dikenali itu.
You okay..?? Would you like to drink sumethin’.. ?” penuh prihatin Shahrul menyoal. Tangannya masih ligat memicit-micit dahi Suraya.
“It’s okay… sekejap lagi.. Kepala I masih pusing..” jawab Suraya lagi. Nafasnya dihela kepenatan. Yang sebenarnya, dia amat ingin merasakan sentuhan tangan hangat bekas kekasihnya itu. Meskipun sudah berapa ratus kali dia ingin lupakan. Namun gagal. Kenangan cinta pertama tetap sukar dilupakan. Dia sungguh kecewa, begitu cepat Shahrul melupakannya. Dapat dirasakan, Shahrul hidup bahagia bersama si perampas itu. Tambahan, bila dia sendiri bersua dengan isteri bekas teman lelakinya pada suatu hari yang penuh kebetulan dahulu. Cantik, anggun dan penuh gaya kelembutan seorang wanita yang penuh karisma. Sesungguhnya dia jeles.
Saat itu, dalam diam dia berazam untuk merampas Shahrul kembali. Atau paling tidak pun memberi sedikit gangguan pada rumahtangga mereka agar merasa tergoyah. Dia akan membuktikan sisa cinta dari Shahrul untuknya masih ada !
Akhirnya dia membuka mata dan memegang manja tangan Shahrul. Diusapnya manja. Shahrul terkesima dan terpaku dengan reaksi Suraya. Dia bingkas bangun. Terjatuh tas tangan dan file Suraya yang berada di ribaanya tadi. Dia tunduk memungut kembali barang-barang itu. Wajahnya berada sangat dekat dengan kaki panjang Suraya yang berskirt pendek paras paha itu. Sekali lagi aksi itu dirakam dari jauh. Dia mendongak memandang Suraya yang sedikit menunduk mahu membantunya. Again, aksinya di rakam. Dalam gambar suasana itu amat perfect. Kelihatan penuh kemesraan.       
I’m sorry Shah…” Suraya cuba menjelaskan. Penuh kepuraan. Padahal dia sengaja melakukannya. “Jom temankan I pergi minum.. I haus..” Lembut penuh menggoda dia bersuara. Tapi dipura-purakan agar nampak tidak sihat di pandangan Shahrul. Dia mahu meraih simpati Shahrul, dan sekaligus cuba menjinakkan kembali jejaka yang pernah ditambat hatinya suatu ketika dahulu. Dia nekad. Walau apapun yang terjadi!
Dia menarik tangan Shahrul mengikut jejak langkahnya. Shahrul merasa tidak selesa. Dengan perlahan dia melepaskan genggaman tangan Suraya, namun tetap mengekorinya. Dia memerhati lenggok Suraya dari belakang. Fikirannya melayan mengingati Charina. Apalah yang dia sedang buat sekarang ni di rumah.
 Teringat peristiwa pagi tadi bagaimana setelah Suraya menelefonnya untuk berjumpa. Puas dia mencari helah namun akhirnya Suraya berjaya jua. Dia terpaksa memberitahu Charina kerana mereka sudah berjanji untuk keluar membeli stok barangan rumah yang hampir habis di pasaraya yang berdekatan. Teringat bagaimana wajah Charina yang muram, namun tidak banyak karenah. Hanya mengangguk dan diam, seolah berjauh hati. Sehinggalah saat dia keluar tadi, mood isterinya masih tidak baik.
Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon isterinya. Talian di sebelah sana diangkat pada deringan yang kelima.
“Assalamualaikum Sayang.. Apa khabar..?” Shahrul memulakan bicara. Langkahnya tetap mengekori Suraya. Entah ke arah mana Suraya menghala. Dia hanya mengikut. Sesekali Suraya berpaling ke belakang melihatnya.
Shahrul menanyakan aktiviti Charina. Setelah hampir sepuluh minit bercakap, hatinya sudah berasa lega. Angin Charina sudah ok sedikit. Sekurang-kurangnya dia sudi menjawab panggilan dari suaminya sudah mencukupi buat Shahrul. Namun perasaan bersalahnya tetap bersarang.
 Kini Charina keluar berbelanja di Carrefour Subang Jaya  untuk membeli kelengkapan dapur dan rumah yang sudah habis berseorangan. Kesian isterinya. Perlu melakukannya sendirian. Dia berjanji pada dirinya untuk  memujuk isterinya selepas itu.
Suraya yang  berjalan di hadapan berhenti untuk menyaingi langkahnya. Setelah berjalan seiring, Suraya memegang lengannya manja. Kepalanya dilentukkan ke bahu Shahrul. Shahrul agak terperanjat. Segera dia cuba melepaskan diri, namun tangan Suraya erat memegangnya. Seolah sudah menjangka reaksinya itu.
“Sue.. please…” akhirnya  dia bersuara juga. Perlahan namun agak keras. Tangannya masih cuba melepaskan genggaman Suraya.
You ni tak romantiklah… tak macam dulu…” Suraya menarik muka. Mulutnya dimuncungkan. Beberapa orang yang perasan akan adegan itu hanya memandang mereka. Shahrul merasa agak malu.  Sudahlah hari minggu, orang sudah semestinya ramai.
Suraya…! Dia menjerit di dalam hati. Kesal, bengang semua bercampur aduk. Dia berjalan pantas menuju ke arahnya sendiri. Suraya mengejar dari belakang.
“Shah.. you nak pergi mana tu..?” Suraya menjeritkan suara melawan  bunyi bising dari sekeliling. Terkedek-kedek dia berlari dengan kasut tumit tingginya mengikut arah Shahrul yang nampaknya sudah menghala ke arah elevator yang mahu menuju ke ruang parkir kereta.
Shahrul menekan butang naik ke atas.
“Shah..!” Akhirnya dia berjaya menghambat jejak Shahrul.
“I’m leaving.. takde mood nak bincang.. Kita  discuss next time..” pendek dan tegas Shahrul bersuara. Kebetulan lif tiba dan pintunya terbuka. Shahrul terus memboloskan diri ke dalam lif yang sudah pun ada beberapa orang di dalamnya. Suraya hanya memerhati dengan penuh kesal dan bengang. Dalam jangka masa beberapa saat sebelum pintu lif tertutup, mata mereka saling bersabung pandang. Begitu jua dengan beberapa penumpang lif yang lain semua memerhatikan Suraya yang berada di luar. Akhirnya pintu lif tertutup dan menghala ke atas.
Suraya mendengus.
Shahruuullllllllllll….!! Suraya menjerit di dalam hati.
Kau belum tau siapa aku yang sebenarnya… Suatu hari nanti kau akan tau juga.. Aku yakin kau akan tunduk di kakiku ini. Kemudian dia tersenyum megah dan pantas berpaling menuju ke arahnya sendiri.





Comments

Anonymous said…
If you would like to get much from this paragraph then you
have to apply such techniques to your won webpage.
Anonymous said…
I think the admin of this site is in fact working hard
in favor of his web page, as here every information is quality based material.
Anonymous said…
I constantly spent my half an hour to read this webpage's content daily along with a mug of
coffee.
Anonymous said…
Hi there, just wanted to tell you, I liked this
blog post. It was practical. Keep on posting!
Anonymous said…
Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say
that I've really enjoyed browsing your weblog posts.
In any case I will be subscribing for your rss feed
and I'm hoping you write again soon!
Anonymous said…
Hello to every single one, it's genuinely a nice for me to pay a
visit this website, it consists of helpful Information.
Anonymous said…
What's up, everything is going fine here and ofcourse every one is sharing facts, that's really good, keep up writing.
Anonymous said…
It's difficult to find well-informed people on this subject, however, you sound like you know
what you're talking about! Thanks
Anonymous said…
Quality articles or reviews is the secret to be a focus for the users to pay a
quick visit the website, that's what this website is providing.

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 27