Novel : Kemelut Kasih - Part 33
Bab 33
“H
|
oney.. ?? Where have
you been.. ?? I called you so many times but you never pick up. Even
return my call..? If you hear my
message, just give me a call… urgent!” Dalam kegeraman Harith
meninggalkan voice message dalam telefon bimbit Suraya. Dia menghela
nafas panjang. Kebelakangan ini semakin jarang mereka berjumpa. Masing-masing
sibuk dengan hal masing-masing.
Lagipun dia sudah bosan diasak dengan pertanyaan dari kedua ibu bapanya
dengan pengakhiran hubungannya dengan Suraya. Tiga tahun berkawan rapat, namun
masih belum ada apa-apa ikatan. Mummy dan Daddynya sudah tidak
sabar inginkan cucu. Sementelah lagi dialah merupakan satu-satunya pengarang
hati dan jantung Dato’ Mansur dan Datin Maznah. Kedua orang tuanya sudah
berhajat untuk masuk meminang anak dara kesayangan Dato’ Zaharuddin dan Datin
Farina itu. Jadi, by hook or by crook, dia cuma perlu mendapatkan
persetujuan dari Suraya sahaja.
Namun kebelakangan ini semakin hari, Suraya kelihatan semakin jauh
darinya. Seminggu sekali nak jumpa pun agak payah. Jikalau dahulu, setiap malam
mereka berdating. Itu belum lagi dikira dengan panggilannya. Dalam sepuluh kali
panggilannya kepada anak gadis itu, satu pun susah mahu berangkat. Paling tidak
dia meninggalkan mesej pendek (SMS) atau pun voice message. Hanya
sesekali gadis itu membalasnya. Sibuk benarkah dia mutakhir ini..? Soalnya
sendiri. Kemudian Harith menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Harith kemudiannya berlalu menuju ke tandas di kompleks membeli belah di
One Utama ini menunaikan hajat sebelum kembali menyertai tiga orang lagi
rakannya bermain boling.
“Harith Azhar… your turn….” Jerit rakannya Munsyi dari jarak 50
meter.
“Lamanya engkau pi mens… Berak
batu ko apo..?” soal Bala pula. Mereka semua gelak serentak menambahkan
lagi kebisingan suasana di Pusat Boling Utama itu.
Tanpa membalas Harith terus mengambil bola seberat 13 kg itu dan membuat
balingannya. Strike!
“Wow… pergi bertapa rupanya… Terus strike ttuu…” Bala menambah
lagi. Mereka saling bersorak dan memberikan tepukan. Bala merupakan Pengurus
Pemasaran di salah sebuah syarikat pengiklanan terkemuka di Kuala Lumpur,
sementara Munsyi pula adalah Eksekutif Kanan Bahagian Perakaunan dan
Pentadbiran di sebuah syarikat semi government di Kelana Jaya.
Kedua-duanya merupakan bekas rakan-rakannya sewaktu belajar di Wales
University dahulu.
“Well… tengoklah.. siapa orangnya..” Harith sengaja membalas
gurauan mereka. Dia mahu melupakan sebentar masalahnya bersama Suraya.
Walaupun dia sibuk menolong Daddynya mengendalikan perniagaan
perkapalannya, namun sesekali dia tidak lupa beriadah bersama rakan-rakannya.
Kerap kali juga dia ke padang golf
bersama atau tanpa Daddynya demi melayani pelanggan-pelanggan dan
prospek perniagaan mereka. Di dalam kesibukan tugas itu, dia juga tidak lupa melayani karenah anak bongsu
Dato’ Zaharuddin. Seringkali mereka keluar menonton wayang mahupun dinner
bersama. Sehari tidak bersua muka tidak sah dirasakan. Namun itu episod cerita
dahulu. Sekarang.. entahlah..
“Your turn…” sekali lagi gilirannya. Munsyi Ikram menepuk bahunya.
Dia bangun dan membuat balingan ke sekian kalinya. Balingan pertama, tujuh pin
yang jatuh. Dia kemudian membuat balingan kali kedua. Ketiga-tiga baki pin yang
ada jatuh kesemuanya. Spare!
Mereka sekali lagi menjerit keriangan dan berbalas tepukan dan tepuk
lima. Sekarang giliran Munsyi untuk membuat balingan.
“Kau memang terror la.. walau dah lama kita tak main ni kan..” seorang lagi
rakan mereka, Abdul Rahim yang mereka lebih kenali sebagai Abul bersuara. Tadi
dia sibuk melayan dua awek yang dibawanya. Abul sedari tadi asyik dihimpit dua
gadis yang pada perkiraan Harith dalam lingkungan lewat belasan tahun. Mungkin
juga masih dalam alam persekolahan. Namun dengan kuasa mekap yang bersepah di
pasaran, mereka boleh mengubah karektor mereka menjadi lebih dewasa. Di tambah
pula dengan baju spaghetti dan jeans singkat paras lutut. Cukup seksi.
“Rith, mari aku kenalkan engkau pada awek-awek aku ni.. ” Abul mengajak Harith menghampiri kedua aweknya.
“Harith.. kenalkan, ini Yanti… dan yang sorang ni Murni…” perkenal Abul
kepada ketiga-tiga rakannya itu. Murni tersenyum menggoda. Yanti pula
menghadiahi senyuman comel.
“Panggil Yant je.. ” Yanti menghulurkan tangan untuk bersalam. Harith
menyambut dan mengangguk.
“I pulak you panggil honey pun boleh…” Murni bersuara
menggoda. Kemudian dia tergelak. Abul mendehem. Harith hanya tersengih. Dia sebetulnya sudah biasa
melayan perangai perempuan sebegini. Malahan di pejabatnya, ada juga seorang
dua yang cuba menarik perhatiannya. Pelbagai cara telah mereka lakukan untuk
menarik perhatiannya. Sesekali dia melayan juga. Namun banyak kali dia biarkan
sahaja. Buat derk bak kata orang masa kini. Buat bodo bak kata bahasa mat-mat
rock.
“Weyy… nko punya turn la… Asyik kena panggillll je..” jerit Bala sambil
membebel. Harith ketawa dan berlari membuat balingannya yang kesembilan. Satu
balingan lagi habislah game pertama mereka. Sekali balingan, again, Strike!!
“Engkau ni memang la.. tangan berpuaka betul..” suara Munsyi. Jeles juga
sebenarnya. Sebab banyak balingannya hanya berakhir di longkang sahaja. Harith
tergelak kasar.
“Aku tau la.. sebab nkau punya balingan asyik masuk longkang je kan… Tengok
gaya dah ada… Balingan bola pulak tu berputar… macam sommersault.. tapi
sayang.. berakhir di longkang… kah kah kah…” Gelak Bala dan kemudian
disahut dengan gelakan Abul, Harith dan kedua awek Abul. Munsyi bengang… Namun
akhirnya dia turut tergelak sama.
“Poyoo… !! Dah la… pergi buat balingan nkau pulak nun..” Munsyi
menolak bahu Bala. Pemuda berusia 28 tahun, dan sudah bertunang itu boleh tahan
hensemnya. Tunangannya, seorang guru, mengajar di negeri kelahirannya, Pulau
Pinang. Dengar cerita pilihan orang tua. Asalkan mereka bahagia sudah….
“Sue mana Rith.. dah lama tak nampak..? ” Soalan Munsyi mengingatkan
kembali ingatannya kepada Suraya.
“Ntah… busy agaknya…” Dia tunduk membetulkan tali kasutnya. Malas
bersoal jawab lebih panjang pasal itu.
“Hai.. pasal awek sendiri pun ada agak-agak ke..?” Munsyi masih bersoal.
“Eh.. apa kata kau ajak dia, kita pi dance malam ni kat Bangsar..? Dah
lama rasanya aku tak bersosial la….” Munsyi menyambung lagi. “Cuci mata beb..”
dia ketawa polos.
“Tengoklah..” Harith malas memanjangkan topik. “Tapi kawan, ingat sikit
tunang engkau kat kampong nun…” Harith pula membidas Musnyi sekaligus
mengenakannya dalam baik.
“Dio dokek sano tak tau.. ekau jangan memandai nak buko rahsio den
pulak” Mamat Penang itu juga berslanga Nogori pulak.
“Eleh, cam la haku kenai tunang dia..” Harith membalas.
Bala datang setelah habis balingannya. Kemudian Harith bangun untuk
membuat balingan kesepuluhnya. Balingan pertama Strike, kemudian dia membuat
dua balingan lagi. Spare. Markah keseluruhannya pusingan pertama ini adalah 178
mata. Boleh tahan. Bala di tempat kedua dengan 135 mata sementara Munsyi di
tangga ketiga dengan 99 mata sahaja. Seterusnya mereka meneruskan sekali lagi
permainan di pusingan yang kedua. Kemudian mereka membayar bil dan keluar mengisi
perut yang sudah menyanyi keroncong sedari tadi.
S
|
uraya memerhati
telefon bimbitnya. 5 missed called. Semuanya dari Harith. Dia memerhati
terus skrin telefonnya. Fikirannya sudah telus entah ke mana.
“Sue.. Sue…” panggilan Shahrul mengembalikan dia ke alam nyata. Suraya
berpaling memandang manja ke arah Shahrul. Puas dipujuknya Shahrul untuk keluar
menemaninya. Bermacam-macam alasan juga diberikan. Akhirnya alasan berkaitan
projek usahasama mega syarikat mereka juga yang terpaksa digunakannya. Dengan
konon arahan perlu diselesaikan kadar segera. Akhirnya di hujung minggu itu
Shahrul sudi keluar dengannya, dan terpaksa membiarkan isterinya keluar membeli
belah seorang diri.
“Kenapa dengan you ni Sue..?” soal Shahrul cemas. Di lihatnya fikiran
Suraya tidak berada di situ.
“I pening sikit la..” manja Suraya bersuara. Dia memicit-micit dahinya sedikit. Sebenarnya
beralasan. Tangannya yang memegang sebuah file dan tas tangannya
diserahkan kepada Shahrul. Dia duduk sebentar di kerusi panjang di kompleks
membeli belah di One Utama itu. Shahrul turut duduk. Kesian dia melihat mata
Suraya yang terpejam celik itu. Akhirnya dia menawarkan diri untuk turut
menolong memicit kepala Suraya. Yang tanpa dia sedari, dari satu sudut
terlindung, sebuah kamera sedang merakam aksi itu. Dari sudut yang paling baik,
mereka kelihatan amat mesra berdua. Beberapa aksi lagi di rakam oleh kameraman
yang tidak dikenali itu.
“You okay..?? Would you like to drink sumethin’.. ?”
penuh prihatin Shahrul menyoal. Tangannya masih ligat memicit-micit dahi
Suraya.
“It’s okay… sekejap lagi.. Kepala I masih pusing..” jawab Suraya lagi.
Nafasnya dihela kepenatan. Yang sebenarnya, dia amat ingin merasakan sentuhan
tangan hangat bekas kekasihnya itu. Meskipun sudah berapa ratus kali dia ingin lupakan. Namun
gagal. Kenangan cinta pertama tetap sukar dilupakan. Dia sungguh kecewa, begitu
cepat Shahrul melupakannya. Dapat dirasakan, Shahrul hidup bahagia bersama si
perampas itu. Tambahan, bila dia sendiri bersua dengan isteri bekas teman
lelakinya pada suatu hari yang penuh kebetulan dahulu. Cantik, anggun dan penuh
gaya kelembutan seorang wanita yang penuh karisma. Sesungguhnya dia jeles.
Saat itu, dalam diam dia berazam untuk merampas Shahrul kembali. Atau
paling tidak pun memberi sedikit gangguan pada rumahtangga mereka agar merasa
tergoyah. Dia akan membuktikan sisa cinta dari Shahrul untuknya masih
ada !
Akhirnya dia membuka mata dan memegang manja tangan Shahrul. Diusapnya
manja. Shahrul terkesima dan terpaku dengan reaksi Suraya. Dia bingkas bangun. Terjatuh
tas tangan dan file Suraya yang berada di ribaanya tadi. Dia tunduk
memungut kembali barang-barang itu. Wajahnya berada sangat dekat dengan kaki
panjang Suraya yang berskirt pendek paras paha itu. Sekali lagi aksi itu
dirakam dari jauh. Dia mendongak memandang Suraya yang sedikit menunduk mahu
membantunya. Again, aksinya di rakam. Dalam gambar suasana itu amat perfect.
Kelihatan penuh kemesraan.
“I’m sorry Shah…” Suraya cuba menjelaskan. Penuh kepuraan.
Padahal dia sengaja melakukannya. “Jom temankan I pergi minum.. I haus..”
Lembut penuh menggoda dia bersuara. Tapi dipura-purakan agar nampak tidak sihat
di pandangan Shahrul. Dia mahu meraih simpati Shahrul, dan sekaligus cuba
menjinakkan kembali jejaka yang pernah ditambat hatinya suatu ketika dahulu.
Dia nekad. Walau apapun yang terjadi!
Dia menarik tangan Shahrul mengikut jejak langkahnya. Shahrul merasa
tidak selesa. Dengan perlahan dia melepaskan genggaman tangan Suraya, namun
tetap mengekorinya. Dia memerhati lenggok Suraya dari belakang. Fikirannya
melayan mengingati Charina. Apalah yang dia sedang buat sekarang ni di rumah.
Teringat peristiwa pagi tadi
bagaimana setelah Suraya menelefonnya untuk berjumpa. Puas dia mencari helah
namun akhirnya Suraya berjaya jua. Dia terpaksa memberitahu Charina kerana
mereka sudah berjanji untuk keluar membeli stok barangan rumah yang hampir
habis di pasaraya yang berdekatan. Teringat bagaimana wajah Charina yang muram,
namun tidak banyak karenah. Hanya mengangguk dan diam, seolah berjauh hati. Sehinggalah
saat dia keluar tadi, mood isterinya masih tidak baik.
Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon isterinya.
Talian di sebelah sana diangkat pada deringan yang kelima.
“Assalamualaikum Sayang.. Apa khabar..?” Shahrul memulakan bicara.
Langkahnya tetap mengekori Suraya. Entah ke arah mana Suraya menghala. Dia
hanya mengikut. Sesekali Suraya berpaling ke belakang melihatnya.
Shahrul menanyakan aktiviti Charina. Setelah hampir sepuluh minit
bercakap, hatinya sudah berasa lega. Angin Charina sudah ok sedikit.
Sekurang-kurangnya dia sudi menjawab panggilan dari suaminya sudah mencukupi
buat Shahrul. Namun perasaan bersalahnya tetap bersarang.
Kini Charina keluar berbelanja di
Carrefour Subang Jaya untuk membeli
kelengkapan dapur dan rumah yang sudah habis berseorangan. Kesian isterinya.
Perlu melakukannya sendirian. Dia berjanji pada dirinya untuk memujuk isterinya selepas itu.
Suraya yang berjalan di hadapan
berhenti untuk menyaingi langkahnya. Setelah berjalan seiring, Suraya memegang
lengannya manja. Kepalanya dilentukkan ke bahu Shahrul. Shahrul agak
terperanjat. Segera dia cuba melepaskan diri, namun tangan Suraya erat
memegangnya. Seolah sudah menjangka reaksinya itu.
“Sue.. please…” akhirnya
dia bersuara juga. Perlahan namun agak keras. Tangannya masih cuba
melepaskan genggaman Suraya.
“You ni tak romantiklah… tak macam dulu…” Suraya menarik muka.
Mulutnya dimuncungkan. Beberapa orang yang perasan akan adegan itu hanya
memandang mereka. Shahrul merasa agak malu.
Sudahlah hari minggu, orang sudah semestinya ramai.
Suraya…! Dia menjerit di dalam hati. Kesal, bengang semua bercampur
aduk. Dia berjalan pantas menuju ke arahnya sendiri. Suraya mengejar dari
belakang.
“Shah.. you nak pergi mana tu..?” Suraya menjeritkan suara melawan bunyi bising dari sekeliling. Terkedek-kedek
dia berlari dengan kasut tumit tingginya mengikut arah Shahrul yang nampaknya
sudah menghala ke arah elevator yang mahu menuju ke ruang parkir kereta.
Shahrul menekan butang naik ke atas.
“Shah..!” Akhirnya dia berjaya menghambat jejak Shahrul.
“I’m leaving.. takde mood nak bincang.. Kita discuss next time..” pendek dan tegas Shahrul
bersuara. Kebetulan lif tiba dan pintunya terbuka. Shahrul terus memboloskan
diri ke dalam lif yang sudah pun ada beberapa orang di dalamnya. Suraya hanya
memerhati dengan penuh kesal dan bengang. Dalam jangka masa beberapa saat
sebelum pintu lif tertutup, mata mereka saling bersabung pandang. Begitu jua
dengan beberapa penumpang lif yang lain semua memerhatikan Suraya yang berada
di luar. Akhirnya pintu lif tertutup dan menghala ke atas.
Suraya mendengus.
Shahruuullllllllllll….!! Suraya menjerit di dalam hati.
Kau belum tau siapa aku yang sebenarnya… Suatu hari nanti kau akan tau
juga.. Aku yakin kau akan tunduk di kakiku ini. Kemudian dia tersenyum megah
dan pantas berpaling menuju ke arahnya sendiri.
Comments
have to apply such techniques to your won webpage.
in favor of his web page, as here every information is quality based material.
coffee.
blog post. It was practical. Keep on posting!
that I've really enjoyed browsing your weblog posts.
In any case I will be subscribing for your rss feed
and I'm hoping you write again soon!
visit this website, it consists of helpful Information.
what you're talking about! Thanks
quick visit the website, that's what this website is providing.