Tuesday, July 1, 2025

Cerpen : Kasih Kita





“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat meraba-raba rambutnya dan sesekali bermain dengan kaca matanya.
Dia mengeluh berat.
“Kau kena pasti dengan perasaan kau, Izat.. kau tak boleh seksa  perasaan mereka.” Murshim diam sekejap. “Susah sangat kau past je la sorang kat aku….,” kemudian dia tergelak kecil.
Dalam aku pening kepala dan serius meminta pendapatnya, boleh lagi Murshim buat lawak bodoh dia tu…. Ish… Izzat Azmir Abdul Aziz menggaru-garu kepalanya yang tak gatal itu… “Kau ni Shim.. aku serius.. kau boleh buat lawak pulak…”
“Well, u know me…..” masih bergurau sahabatnya yang seorang itu. Perwatakannya yang sentiasa ceria, seolah-olah tidak pernah dihinggapi masalah. Dia meneguk air milo yang berada di depannya sehingga hanya tinggal ketulan ais sahaja yang berlaga sesama sendiri. Fikirannya menerawang jauh.


“Maira, akak terlupa nak cakap…. Tadi kawan akak call dan cakap nak kenal dengan Maira.” Suara Kak Marina, rakan setugasku sambil tangannya  ligat menyenduk squids dan sayur kailan ke dalam pinggannya.
Aku mengerut keningku seketika. “Siapa kak?” aku hentikan seketika suapanku.  Mataku di arah ke wajah cantik Kak Marina yang  mungkin berusia dalam pertengahan 30-an. Masih cantik, masih bergetah orang sekarang kata, biarpun sudah beberapa tahun berpisah dengan suaminya.
“Haa, siapa kak yang nak kenal ngan budak sorang neh..??” soal Dina, kecoh! Selain sebagai rakan setugasku, Dina juga merupakan rakan sekursus dan juga rakan serumah sewaktu belajar dahulu. Dan dia jualah yang membawaku kepada kerjaku yang sekarang.
Sewaktu aku berura-ura mahu menukar pekerjaan setelah tidak sanggup meneruskan tugasku selaku Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan di companyku yang terdahulu, sebuah syarikat kosmetik yang diimport dari Taiwan. Tambahan pula aku merupakan satu-satunya pekerja kaum Melayu yang bekerja di situ.
Sering berlaku diskriminasi  namun sering aku ketepikan dahulu perasaanku kerana memikirkan aku masih punyai tanggungan, apatah lagi dengan kereta dan rumah sewa yang perlu dibiayai. Lagi pula simpananku memang tiada langsung. Yang ada sudah dikeluarkan sebagai bayaran pendahuluan keretaku yang kecil ini. Sesungguhnya hidup di kota Kuala Lumpur ini memang membutuhkan kewangan yang tinggi.
“Berapa umur kawan akak tu?” soal Dina lagi kecoh. Malam itu mereka berkumpul di Kelana Seafood, Bandar Tasik Permaisuri itu sempena meraikan seorang lagi rakan setugas mereka yang akan memulakan tugas di tempat baru. Suasana malam di Kelana Seafood di Bandar Tasik Permaisuri itu amat tenang sekali. Sesekali kedengaran desiran air terjun buatan yang di reka letak dan di susun indah di restoran terkemuka itu.
“Alah, lebih kurang baya akak je..,” jawab Kak Marina senang.
“Uish, dah kawin belum kak..??”ringan je mulutku bertanya soalan itu.
“Dah le sayang oi…. Akak suruh ko kawan je ngan dia… bukan suruh kahwin pun..”

Itulah merupakan bait-bait dan kisah bagaimana aku mula berkenalan dengannya. Mula-mula dia mendapatkan nombor telefon tanganku, dan kemudian dia seringkali menelefonku. Setiap hari sebetulnya, dan seringkali pula mengajak untuk berjumpa. Puas sudah ditolak dengan pelbagai alasan. Namun akhirnya aku berjanji untuk berjumpa dengannya. Niatku dan pada pandanganku hanya satu, setelah berjumpa sekali itu, demi memenuhi pelawaanya yang entah sudah berapa kali aku tolak.  hatinya mungkin tidak lah kecil hati, dan menganggap yang kita ni sombong kan... Seboleh mungkin berkawan biarlah ramai, tetapi berkasih biarlah.. apa? ya satu.... NotakakiHD : Ternampak post ini dalam draft since 2014, lama kan... So kita post la dahulu ya.. kalau rajin kita bersambung, hehehee

Sunday, June 29, 2025

Edisi Jalan- Jalan : Sekinchan & Sg. Besar

 

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 14-15 June 2025


Assalam!

Hai kawan-kawan bloggers..

Lama senyap kan tetiba rajin lak nak update, hahaha

(Last update Jan 2024. June 2025 baru update kembali.. good job bettey)


Kalau-kalau masih teringat, kami pernah punyai  plan last minit yang ONZ. Biasanya lah, kalau plan ni biasa last  minit, eh saya ada hal la.. ehh kenotttt, ada urgency matters lah.. Tapi, trip kami ke Sekinchan dan Sg. Besar ni pun, very last  minit, sama seperti trip kami ke Penang dahulu..

Boleh check link bawah ni

Trip Penang 2013

Kalau dahulu, boss Rahi yang membelanja, kali ini D Shahima pula yang membelanja penginapan dan makan-makan kami. Thanks u uols... (lurve) 

Macam biasa, di suatu petang di hari Khamis 12 June 2025, Shahi cakap, "Korang free ke weekend ni.. si D suh aku bercuti dekat Sekinchan bersama kawan-kawan 1 malam. Dia payung biliklah. Geram dia tengok padi cantik soh aku ootd kat situ" haa gitu, senang kan. walau Rahi ada marathon 21 km awal Sabtu tu, kemudian kerja halfday, while aku punyai event Ahad tu, tapi  macam biasa bila secara tiba2, maka Onz lah dia.  dan, ya.. trip masih kami bertiga lah. (^____^)

Shahi dan aku keluar dari rumah masing-masing selepas Zohor menghala ke Ampang di rumah Rahimah.  around 3 plus jugak la masing-masing tiba. dan terus bergerak ke Sekinchan dengan menaiki kereta Shahima. Aku park kereta di rumah Rahi.

Perjalanan agak panjang melalui lebuhraya DUKE then tembus lebuhraya PLUS dan kami exit di tol Bukit Tagar, kemudian pakcik waze bagi jalan dalam yang jauh tetapi tak jem. Menjelang hampir jam 7ptg kami sampai di Rumah Bendang, Parit 4, Sg. Haji Dorani.

Hence, tadaaa.... sedikit gambaq2 kami di sana. Errm dari kami muda remaja now dah makcik-makcik  remaja purba masih dapat keluar healing kan, bagus kan.. LOL

Trip sekadar makan dan healing sahaja.

Kami sampai di Ampang dalam petang, Rahi ajak kami ke Mentai Sushi pula di Pandan Indah. Adoii, daku  kekenyangan namun makan sashimi dia besh gak, dengan yang lainnya. Aduh mak sengkak kakak!

Lepas tu, sebelum hantar Rahi ke rumah, dan fetch my car, Shahi cakap jom kopi-kopi dulu. Bajet masih banyak. Makkk aihh, ai dah tak larat ni.. tapi kena la pergi jugak kan hahah... so menyinggah di Coffee Bean depan Ampang Puteri tu dulu. Kopi sorang 1, ai amek Americano panas. gula lesssssssss dan 1 kek kongsi 3 orang.

Menjelang Maghrib kami beransur.








                        Haaa, bawah ni pulak serba sedikit snippet gambar-gambar makan2 kami

Malam tu kami makan di Sekinchan Ikan Bakar, sebab check review dalam google macam biasa

Tapi rasa dia biasa-biasa sahaja. Keesokan hari on the way back, kami menyinggah di Aji Ikan Bakar.

Haaa aku rasa yang ni lagi sedap dan harga lagi affordable. 

Dalam trip ni, Rahi mengajar kami  berdua makan belangkas, mentarang, belut, ikan sembilang, telur ikan sembilang dan juga telur ikan mayong.











NotakakikiriHD: aih, nampaknya mereka berdua dan bos dan D dah membelanja kawan-kawan..

I ni hanya menikmati sahaja la so far ya, kihkihkih *sengih_bibir_bergetar* 


Till we meet again!

Thursday, January 18, 2024

Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Turkiye Part 3)

 


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019


..cont. dari part 2


28-29 Mar 2016, Thu, Fri

Seperti biasa, awal pagi, selepas bersarapan kami di bawa ke tempat pertama di Bursa, iaitu pergunungan Uludag. Taman Negara Uludag dan Pusat Ski yang menarik di sana, tapi kami hanya ke pergunungan Uludag untuk menaiki kereta kabel.

Kami menaiki van dan sesampai di sana membeli tiket kereta kabel - bukan kereta kabel sangat la- more to chairlift, yah chairlift, so naik la ke puncak Gunung Uludag tu yang masih mempunyai saki-baki salji menjelang musim bunga. Satu pengalaman menarik kerana ia adalah konsep terbuka. Di atas sana macam biasa, sesi photo dan minum cay di puncak Uludag, kemudian kami turun dan di bawa kembali ke bandar Bursa. melawat kawasan sekitar yang menarik seperti  Ulu Cami, Cami tu adalah masjid in Turks. Ia adalah tinggalan dari kerajaan empayar Uthmaniah. Dalam ni ada water fountain tau yang digunakan untuk mengambil wuduk. Hanya aku, Zue, Sal dan Zai yang memasuki dan melawat dalaman Ulucami ni.

Selepas itu, Hafiz membawa kami ke Pasar Besar Bursa pula. Memang heaven berbelanja di sini. Kami dibawa mencari barangan kulit, kerana Laili nak cari jaket kulit. Melalui pembacaan dan survey sume cakap barangan kulit beli di sini kerana harga patut. Lepas tu baru pergi mencari tudung-tudung Turki. Sempat berkenalan dengan Oznur, gadis cantik pembantu sebuah kedai yang sangat cantik dan baik hati. Sangat murah dahla semuanya cantik-cantik.

Selepas sesi tudung, pergi mencari kasut kulit pulak... masing-masing semuanya sambar 1 pasang kasut kulit seorang. Selain kasut, aku juga sempat meyambar 1 beg kulit.. sebab dapat diskaun yang sangat menarik kerana kami membeli 1 kasut sorang, so beg ini boleh diskaun yang menariks.

I is sukaaaaaaaa  (^_____^)

Selepas itu, kami membeli belah kacang-kacang, coklat, kurma dan sebagainya. Pendek kata penuh tangan bila pulang ke hotel. LOL

Kami bermalam selama 2 malam di Bursa ini.


30 Mar 2016, Sat.

Keesokan pagi, kami mengemas kerana perlu kembali ke Istanbul pula. Kali ini kami menaiki bas ekspress pula. Tetapi, di awalan pagi, kami masih sempat satu lagi round di Pasar Bursa. Mampus, hahahahaha

Tengahari, kami checkout dan dibawa menaiki bas ekspress. Bas ekspress sini ada pramugara okay gais. Wow! hehe... Kami tiba di Istanbul setelah 2 jam kemudiannya, dan akan kembali ke Noble Hotel di Sirkici, hotel pada hari pertama kami sampai tuuuu.

Ok, ketika proses nak cari teksi untuk kembali ke hotel sangatlah lama dan susah. Kerana para pemandu teksi di sana suka main kasar la katakan - suka-suki dia je letak harga sesuka hati. Mean pancung kepala pelancong! Bila tanya teksi tu, Hafiz kata no.. yang sini pun, sama... hampir sejam kami menunggu untuk mencari dengan harga patut. Mereka sepakat dengan kuasa jeling jeling sesama sendiri je. Kau tau, aku pun tau.. Kita makan dorang ni!  Akhirnya kami temui juga 2 teksi yang boleh membawa kami ke hotel. Tapi tak sampai hotel sangat pun... Sebab jalanraya di sana sangat jem ok... Massive traffic jam... So kami semua decide turun halfway dan menarik la beg yg berat itu dicelahan lorong-lorong menuju ke Noble Hotel.

Kami check-in kembali, rehat kejap, kemas diri dan kembali bersiap untuk keluar berjalan-jalan lagi di sekitar Galata Tower, Taksim Square dan Istiklal Street yang berada tak jauh ari situ. Kami hanya berjalan kaki sahaja dari hotel ke tempat-tempat yang disebut tadi.

Malam, kami balik dan menyinggah dinner di sebuah restoran masakan Arab.

Bertambah tuu... semua laju je makan nasi Arab kat situ, hahaha.. kerana masakan Turki kurang kena dengan selera kami, tapi makan je la kann... (*____*) Alhamdulillah, syukur apa adanya.

Balik kemudian, kami sightseeing kedai-kedai jualan tepi jalan sepanjang perjalanan balik ke hotel.


31 Mar 2016, Sun.

Hari Balik!! Yeayyyy!!

Seperti biasa, walaupun jauh mana suka mana kita merantau, tetap tanahair juga yang akan paling dirindui. Walaupun orang kata, hujan emas di negara orang, tapi kami tetap memilih hujan batu di negara sendiri. Kami mengemas luggage dan hasil belian kami. Kemudian seawal pukul 8 pagi lagi masing-masing sudah mengheret luggage ke kaunter lobi. Kami akan menyimpan luggage di situ kerana untuk menghabiskan lagi setengah hari untuk melawat ke beberapa tempat menarik sekitar, termasuk Grand Baazar dan juga melihat tulipssss! yeayyyyyyyyyy!! Kami sanggup taknak naik tour bersama cruise di Laut Bophorus, lebih memilih untuk melawat tulips. 

 *loveeeeeeeeee*

Seusai bersarapan, seorang lagi adik peneman dan pemudahcara kami, Djah namanya. Dia merupakan seorang pelajar yang sedang menghabiskan pengajian PhD di sebuah universiti di sana. Kami di bawa ke Grand Baazar terlebih dahulu, sebab satu kemestianlah kan, pergi Turkiye kena lah pergi pasar tertua dan terbesar di dunia itu. Pusing pusing takde apa yang menarik, kerana mengikut perbezaan harga lakukan, beli di Pasar Bursa laaaagi murah laaaagi menarik, hehehe.. So akhirnya, aku cakap nak cari baju kemeja ayahanda ku. So pusing la kami,m semua takde baju lengan pendek. Lengan panjang je semuanya.Akhirnya ada corak yang aku berkenan, so aku belilah juga sehelai. "Operate" katanya penjual tu.. Aku tau, maksud dia suruh kita alter dan potong sendiri lah.. Baekkkkkkkk-lah, kataku sendiri.So di Grand Baazar tu, hanya membeli baju ayahandaku sahaja, yang lain takde membeli apa-apa, hehehehe.

Kemudian, kami berjalan jauh naik tram, naik bas dan jalan kaki lagi untuk menuju ke taman untuk bunga tulips idaman semua. Kami ke Emirgan Korusu Park. Kami sepatutnya dijadualkan untuk ke Gulhane Park yang berdekatan sahaja dengan hotel penginapan kami, tetapi tetapi tetapi... sewaktu menunggu tram untuk ke Sultan Ahmet - Hagia Sophia, Blue Mosque tu hari - kami sempat menjenguk Gulhane Park, tapi semua masih kudup.

Jadinya, perjalanan agak jauh kami ke Emirgan Korusu Park amat berbaloi. Jakun masing-masing melihat warna warni indah tulips ciptaan tuhan ni. Alhamdulillah.. Nikmat mana hendak engkau dustakan lagi.

Selepas sesi melawat dan selfie bersama cik tulips, kami beransur dan kembali ke Sirkici. Djah membawa kami ke sebuah kedai souveniers yang glamer di area tak jauh dari hotel penginapan kami je.. Ler.... ruginya...  banyak sangat cenderahati yang menarik dengan harga sangat menariksss. Katanya, kedai itu menjadi pilihan utama orang-orang Malaysia jika ke Turki.

Lerrrr, awat Teh tak habaq awai2.. kalau tak sepanjang dua tiga malam kami disana, kalau tak dah pasti kami jalan-jalan sendiri je tu.. tak jauh dari hotel dan juga Gulhane park tu je. Kedai Mustafa ke Kadir lupa dah.Owner dia pun sangat baik, dan sempat melayan kami. Sempat juga bergambar di hadapan kedai beliau.

Selepas menghabiskan lagi matawang lira kami, kami pun beransurlah untuk lunch, dan kemudiannya luggage collection sebelum shuttle datang untuk menghantar kami ke airport pula. Penerbangan kembali ke King Aziz Airport di Jeddah selama 4 jam.

Kami transit di Jeddah selama 6 jam, dan delayed selama 2.5 jam, sepatutnya anggaran sampai pada pukul 10 malam, menjadikan kami landing at 3am. ERL pun dah tak berfungsi, so aku dan Laili memilih untuk book grab. Mereka yang lain- Zue dan K Long kembali menaiki bas untuk kembali ke Johor, dan Sal dan Zai pula menukar untuk menaiki kapal lain untuk pulang ke Sarawak.

Till we meet again!!!

NotakakikiriHD : last percutian kami ke luar negara, sehingga covid melanda, dan masih buntu belum ada plan sehingga kini. Insya Allah masa terdekat    

Kami di puncak Uludag

bersama owner kedai souveniers yang murah, dan glamer dan harga patut di Sirkici berdekatan Gulhane Park
 


Kami di Grand Baazar


Kami sightseeing sekitar Bursa, tudung sediondon dan baju kaler putih - menarik perhatian ramai, hehe
Ramai tegur canteekkknyaaaaaaa (^____^)

Hanya kami berempat yang dapat masuk di Ulucami di Bursa ini

Naik chairlift or what ever kereta kabel

di luar Ulu Cami bersama menaranya

hasil sambaran Zue dan Zie , boot kulit


Me and Sal with the chairlift
             




 




Gadis dan bunga hahahahah
Riang ria berselfie bersama tullips
 


Kami di Taksim Square

Kami di Istiklal Street, ada orang tu pakai beg baruuuu
bau kedai la, hihihihi
                           
me and Galata Tower

bersama Hafiz dan Oznur sambil memborong tudung Turki


Kami nak balik dahhhhh.. DJah menghantar kami di airport dan kebetulan terserempak pula dengan 
Kak Teh yag mengambil kami di airport dan menemani kami pada hari kedua dia Istanbul


Edisi Jalan-Jalan : Entry Tertunda (Turkiye Part 2)



 




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Entry tertunda : 
Date jalan-jalan itik ayam : 22-31 Mar 2019


..cont. dari part 1


24 - 25 Mar 2019, Sun & Mon.

Kami tiba di Airport Kayseri dalam pukul 10 ke 10.30 malam. Nak imbas kembai balik macam mana sejuknya suasana Cappadocia sewaktu tu.. tak silap dalam 0 darjah celcius. Menggigil kami.. dari dalam kapal tu pun dah rasa haba dan angin sejuk dari luar ketika pintu kapal dibuka. Terus kami keluar sambil berlari ke arrival area dengan hampir kesejukan, Selepas kutip all the luggage, kami terus keluar dan  kemudian terus jumpa dengan driver shuttle  yang menunggu kami.

Kami dibawa memasuki 1 shuttle yang besar. Tapi tak jalan-jalan. Lama kami menunggu di dalam shuttle tu hampir sejam, kemudian sampai la dalam seorang dua lagi. Rupanya menunggu penumpang lain. Maklum ler, driver orang sana, tak cakap apa pun.. Kami pun tunggu la juga. Mungkin flight dorang baru sampai. Kemudian barulah permulaan perjalanan kami ke Cappadocia bermula. Lebih kurang sejam ke dua jam  perjalanan barulah van berhenti dan menurunkan penumpang  di hotel penginapan mereka, sebelum menghantar kami di  My Cave Hotel. Sampai di sana anggaran pukul 1 pagi, mencari bilik dan berehat. Klasik sangat deco hotel di Cappadocia ni. Aku, Zai dan Sal 1 bilik, sementara Laili, Zue dan K Long di bilik sebelah.

Bangun pagi-pagi kami menjenguk di luar tingkap jika-jika ternampak hot air balloon yang berterbangan, tapi malangnya tak nampak pun - kemudian baru kami ketahui, bahawasanya sudah seminggu hot air balloon tak beroperasi, kerana cuaca yang tiba-tiba drop dari belasan darjah celcius kepada 0 dan tahap beku. OooooOOoo macam tu ke, memang kami tak bersedia pun untuk membawa pakaian untuk musim sejuk. LOL

Di Cappadocia, kami terpaksa bergabung dengan 2 family lagi dari Malaysia. Satu family tu, anak 3 semua lelaki. Lagi satu family, anak 3 anak semua perempuan pulak. Antara tempat-tempat di Cappadocia yang dibawa melawat adalah

 i. Ihlara Valley, Aksaray : penempatan pinggir bandar yang cantik sangat, dengan grand canyon dan pemandangan anak sungai yang cantik. Kami kena tour sejauh 7 kilometer ke dalam, mengikut jalan di pinggir anak sungai. Terdapat banyak church yang di bina di atas pinggir bukit sana, so kami kena hike naik tangga yag dibina. So kami ikut la sebab tourist guide tempatan mengajak naik ke atas kan, hehe

ii- Derinkuyu Underground City, di Neveshir : sebuah penempatan bawah tanah, yang mempunyai  5 layer cave system, yang mana pada suatu ketika boleh menempatkan sehingga 20,000 orang. Ia adalah 40 min memandu dari Ihlara Valley 

iii- Pigeon Valley : kami stop by di situ sebentar sebelum ke Ihlara Valley. Mempunyai pemandangan yang sangat cantik, seperti berada di kawasan gurun. Di namakan Pigeon Valley kerana banyaknya burung merpati dan membuat sarang mereka di gua-gua dan teres di kawasan itu.

iv- Gerome Valley & Open House Muzium : Ia adalah di bawah Unesco world heritage sites- di bawah lindungan Unesco. Kami dibawa melawat koleksi rumah dan gereja yang dibina dari batuan dan unsur2 susah nak cakap, sebab bentuk muka bumi di sana adalah sangat berlainan dari kita di sini. Bangunan dan tempat banyak berasaskan batuan seperti gua-gua

v- Kedai-kedai batu permata, hehe : Sempat jugak mereka stop by di situ, dan kami diperkenalkan dengan permata zultanite  yang boleh bertukar 5 kaler dibawah cahaya yag berlainan. Canteekkk angattt... So kat situ kami ambik masa lama gak la haha, aku sempat beli 2 bentuk cincin. one for me, one for my mom. dan mereka yang lain dengan hasil masing2.. Kami yang the last menaiki bas. Rupanya ramai dah ada balik kat atas bas. Ooopsieee, sorry gais.. hehehe

vi- Bandar lupa nama : dalam perjalanan balik, selepas menghantar dan drop by 1 family dan 1 family di penginapan masing2, akhirnya tinggal group kami sahaja. Dan kami meminta abe driver menurunkan kami di sebuah bandar sebelum sampainya hotel kami - sumpah lupa nama bandar tu. So mereka menurunkanlah kami di situ, dan akan balik sendiri nanti. Jadi kami ambil masa merayau-rayau dan window shopping di kedai sepanjang jalan itu.  Kami juga mengambil dinner di bandar itu. Dalam cuaca sejuk tu, senang sangat lapar! and again, ada lagi yang membeli gelang dan batuan permata, aku hanya membeli souveniers, hasil product olive yang glamer di sana, air mawar dan minyak mawar juga untuk seri muka. hahahahahaaa. Joke! 

vii- Tak sempat pergi ke tempat hot air balloon pun, kan  mereka tutup semingu dari beroperasi. Tapi kami sangat bernasib baik kerana sewaktu pagi hari bersiap untuk checkout dan move to Pamukkale, kelihatan awal pagi lagi dah ada berpuluh-puluh belon panas dari kejauhan umpama batang mancis, hehe. So sempat la kami berlari naik ke terrace sebentar untuk snap pic dan video dan juga selfie-ing.


26 Mar 2019, Tues

Kami menginap 2 malam di My Cave Hotel tu. sebelum bergerak menaiki van ke Pamukkale pula. Perjalanan dari Cappadocia ke Pamukale mengambil masa 8 jam untuk sampai, Dah macam perjalanan balik ke Kota Bharu dari KL la kan, macam I kalau nak balik kampung lah ni, hehe.. So dalam perjalanan ke Pamukkale, kami berhenti sekejap dalam sejam setengah di sebuah daerah lain, iaitu Konya. Di sini mempunyai banyak muzium sejarah pasal Mevlana - Kakak kurang faham sangat pasal sejarah sini. So masuk muzium tu dan jaalan-jalan la. Banyak sangat artifak, dan katanya adanya makam-makam dan kubur-kuburan sheikh-sheikh dan pemimpin agama Mevlana serta juga penyair, ahli falsafah. Konya ini antara kota tertua di Turkey yang dibina kembali selepas kemusnahan dari peperangan terdahulu. Landmark Konya ni, ada lelaki pakai skirt yang menari tu

Kami juga membeli beberapa souveniers yang dijual di kedai-kedail di tepi jalan. Kemudian kami kembali menyambung perjalanan ke Pamukkale. Kami sampai di Pamukkale lebih kurang jam 6 petang. Sempat melayan pemandangan indah dari dalam van sepanjang perjalanan ini. Kami di bawa menginap di sebuah hotel yang cantik lagi menarik bernama Melrose Place.


27 Mar 2016, Wed

Awal pagi dah bangun dan bersiap, intai luar jendela, ehh ehh, nampak ada hot air balloon la.. betul2 di depan kawasan hotel kami ni.. tapi tak banyak seperti di Cappadocia la, adalah dalam 7-8 buah yang sedang berterbangan. Kami snap-snap, borak-borak sambil menunggu masing-masing siap untuk sarapan pagi. 

Bentuk muka bumi yang unik juga memberi banyak tempat menarik di Pamukkale ni. Jadi selepas itu, kami di bawa ke beberapa attraction di Pamukkale iaitu:-

i- Hierapolis

Sebuah amphitheathre seperti dari zaman Roman. Dikatakan antara salah satu tempat untuk Cleopatra retreat. Hierapolis ini juga sudah diwartakan sebagai warisan dunia dibawah Unesco- world heritage. Umpama memasuki dunia gladiator bila kita berada disitu. Kami hanya diberi masa sebanyak sejam untuk bergambar disitu sebelum di bawa turun untuk ke Cotton Castle pula.

ii- Cotton Castle (aka Istana Kapas)

Cotton Castle dan Hierapolis ni hanya bersebelahan sahaja. Usai dari Hierapolis kami hanya berjalan kaki sahaja- selepas dari Hierapolis, kena naik buggy sewaan jugak  la untuk turun- nak jalan kaki boleh tahan mengah- so kami ke Cotton Castle. Sangat cantik, menarik, teres dan kolam  mata air  dari pergunungan berwarna putih. Sebab itu dia dipanngil Istana Kapas.Pengunjung boleh berjalan di atas teres dan bergambar disitu. Pemandangan SubhanAllah, cantik sangat. Saujana mata memandang

iii- Hot Air Balloon : juga ada disediakan di sini, tetapi memang kami tak plan nak naik pun. Pada sesiapa yang terlepas peluang di Cappadocia, so bolehlah naik di Pamukkale ini pula. Tapi unit dia tak sebanyak di Cappadocia lah.

iv- Sebuah kolam hotspring lagi, yang aku sudah lupa namanya

v- Bersiar-siar di bandar Pamukkale, sightseeing sambil melihat ada yg menarik untuk di beli ataupun tidak, hehe. Namun takde apa yang menarik, kerana di sini tarikan adalah pada alam semujadi.

Petangnya, kami kembali dan mengemas, untuk berpindah ke negeri yang lain pula, iaitu Bursa. Dari Pamukkale, kami menaiki pesawat domestik lagi untuk kembali ke Sabiha Airport di Istanbul. Kami tiba di Istanbul lebih kurang jam 11 malam.

Hafiz, seorang lagi yang dihantar sebagai pemudahcara group kami menunggu disitu. Kami di bawa menaiki shuttle kerana untuk menuju ke Bursa, lebih kurang 2 jam masa di ambil. kami perlu menaiki shuttle dan kemudian shuttle menaiki ferry untuk tiba di Bursa.

Sewaktu di atas ferry kami sempat turun dari van dan menuju ke kafeteria di atas ferry untuk minum cay. Ada tote beg pulak yang menarik perhatianku, then aku membeli lah 1. hehheh


NotakakikiriHD: Jom layan gambar je la.. banyak sangat gambar menarik ni, hahaha


                         Layan je la antara short video awal pagi dari jendela bilik kami,                                                                                                           sebelum checkout dan      
                         bergerak ke Pamukkale pula, belon panas di Cappadocia.. 
                                                         santekkkkkk angaaaattt..


Ihlara Valley, Aksaray





Hot Air Balloon, Cappadocia - from our terrace hotel


Kami di Gerome 




Cantik sangat dekat Ihlara ni...





Kami di Cotton Castle

depan Melrose Suite, our hotel di Pamukkale
                  
Kami di Melrose Suite


Hot Air Balloon di Pamukkale, ini diambil di depan hotel penginapan kami sahaja

breakfast mewah kami di My Cave Hotel


Lagi kami di Ihlara Valley

stop by kejap di Konya



Me and Hierapolis

Me di Ihlara Valley

e
Selain selfie, mampu renung je lah, haha

Me and My Cave Hotel

Jom naik tangga, banyak lagi tempat menarik kt atas sana

Ok la, dah renung dan selfie,  ketik la 1 gambar dgn wajah pucat ni.. takdan nak tacap, yg penting pi selfie dulu haha

say
say cheeeseeeeee...

Kami masih di Ihlara

kami di Pigeon Valley







Gambar-gambar di Derinkyu undergound city lak..
 Aku dan Zue berjaya turun hingga tingkat terbawah
Hence, beberapa snipet pic kami di bawah tanah sana











Cerpen : Kasih Kita

“Aku tak tau la Shim.. aku keliru dengan perasaanku… Sana aku sayang.. yang sini aku rindu…. Aku buntu..”  sambil mengeluh Izat mera...